Oct 18, 2011

Kerana jawapan yang boddo

Hai.
hola.
minat artis? artis mana kau minat?
tak kesah la artis mana kan. minat masing-masing. hak sendiri.
baru-baru ni aku tengok satu rancangan hiburan ni. tak minat pon tapi tengok sebab kat rumah, channel tu je yang dapat. atenye, antik sangat tv tu kan. so layannnnn la aku rancangan tu.

wartawan temuramah artis wanita ni yang baru je keluar dengan 1 film yang agak berani la pada aku. tapi aku tak tengok lagi film nya. perlu kah aku tengok?? ok, teruskan.

wartawan tanya lebih kurang la dan apa pengajaran artis wanita tu bila berlakon film tu. kau tau dia jawab apa?

"bila Milah (bukan nama sebenar) berlakon cerita tu, milah rasa lepas ni, milah dah taknak rakam apa-apa dalam henfon bla bla bla bla"

DAH TAKNAK? maknanya kau ada lah rakam sebelum ni? hey, kemon lah, bagi kenyataan tolong lah bijak sikit. aku ni mudah fikir lain. kalau kau rakam gambar elok-elok, video elok-elok, buat apa kau takot nak rakam kan. 

kedua bab pakaian seksi. bila dah kena hentam pakai baju nampak belakang badan, nampak lurah segala, mula lah minta maaf dekat peminat sebab keterlanjuran berpakaian seksi. kau ingat kami peduli dengan maaf kau tu? minta ampon pada Allah. bukan pada manusia. manusia sesetengahnya lagi suka kau tayang sana sini. cuci mata katanya. 

ketiga bila kau bertudung lepas tu kantoi ambil gambar tak pakai tudung. yang si pakwe bijak bistari pergi upload dalam fesbuk. then, mula lah salah menyalah. yang tak tahan tu dia salah kan pakwe dia upload pic dia. "saya dah pesan pada Dollah, apa-apa yang peribadi simpan sebagai peribadi". eh helloooo. ok, tak perlu nak komen.

ok, terlalu emo aku di situ. aku tak peduli dunia artis. serius. aku bukan pengikut setia artis baik tempatan mau pon antarabangsa. aku tau pon semua ni dari blog-blog hiburan dan rancangan hiburan. tapi yelah, takde manusia yang sempurna kan. artis pon manusia jugak. tak lari dari kesilapan.

tapi atleast, tolonglah bijak sikit bila bagi kenyataan. suka letewww bila jadi kontoversi. lagi cepat glamer. ye tak?

sekian.

2 comments:

Korean Style Online said...

Nice blog and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean fashion malaysia online / online shopping blog. have a nice day

Reena Kamarudin said...

ok. sure. thanx for visiting ya :-)