Sep 20, 2011

Kerana "i Love u"


Reena, Farah, Syera (kiri-kanan)
hai.
mukadimah terus gambar. gambar yang menceritakan segalanya. abaikan kecacatan kami. sila abaikan. tatap saja muka kami. jangan muntah.



kau ingat comel la tu mulut ternganga tu, reena.

ni lah adik-adik aku. yang tetengah tu Farah. umur 22. yang tepi sekali tu Syera. umur 19 tahun. adik yang penghibur jiwa. dan juga pengubat luka. adakalanya penambah duka. tapi paling banyak pemecah kesunyian. yang Farah tu, InsyaAllah telah berpunya. saje je nak cakap supaya saham dia jatuh. Syera masih solo dan akan solo sampai dia dah matang. aku? aku masih solo you all. ehem ehem. *perlu ke bagitau*




aku suke sangat pic hitam putih. nampak ekslusif. pic je la. muka dalam tu tak ekslusif pon. jelita je.

nak tau tak. Farah tu mase kecik nakal ya amat. salah satu kenakalan dia yang masih jadi bahan gelak adalah apabila satu hari (maafkan ke-skema-an saya pada hari ini) dia nak ikot abah hantar aku ke tuisyen. masa tu aku form 3 dan dia 11 tahun. dia nak gak ikot. tapi abah tak bagi. tau tak dia kata ape? dia kate BODOH kat abah. abah pon bengang la. abah capai ranting kot dan nak pukul dia. Farah lari satu rumah. masa tu rumah makcik aku. rumah kampung. abah kejar dia keliling rumah. tapi Farah lari lagi laju dari abah. tapi abah give up sebab tak dapat pon Farahnya. dalam kereta abah gelak tak hingat punye. dengan aku sekali gelak. hebat betol dia lari tanpa selipar. tapi tak sakit pon kaki dia. punye lah nakal minah ni.

kejahatan dia pada aku pulak. masa tu aku duduk bawah tangga. dia boleh tolak kerusi berkaki besi ke bawah dan terkena aku. habis luke pipi aku. menangis-menangis aku tau. dah lah nak pergi mandi laut lepas tu. pedih giler. nasib baik hilang dah parutnya. kalau tak, aku balas balik.



alololololo. lempang nak?

Syera ni pulak tak payah cerita la. memang nakal. bebudak biase la. tak nakal tak sah. salah satu kenakalan dia bile dia ponteng puase dan kantoi dengan abah. perghh, kena lempang dengan abah sampai nangis giler2. tu la, nak ponteng tak pandai kaver. tengok macam aku. eh, gurau je.


oh mental retarded.


tapi walau senakal mana pon diorang mase kecik, tak matang macamane pon, diorang tetap ku sayang hingga akhir nyawa. sebab tanpa diorang, hidup aku sunyi. sepi. kami bertiga pon dah cukup. termasuk adik lelaki aku, faeez. kalau kami berkumpul, ade je menda lawak yang diorang buat. yang peliknye tu, aku tukang gelak tak hingat punye la. lepas tu kena marah dengan abah sebab gelak macam pontianak.


buah hati saya.



nyawa saya.
bila kami sekeluarga ada masalah, kami bertiga akan duduk dan berbincang same2. time tu pandai pulak serius. tapi korang jangan tak tau, kengkadang diorang ni lagi matang dari aku. muahahaha.


adik saya, kawan saya, soulmate saya.



dua beradik yang selalu bergaduh. tapi gaduh 10 minit je la. lepas tu berbaik semula. biase lah perempuan. dengki mendengki tu biase. aku yang kakak ni ha yang tersepit. yang sorang mengadu itu. yang sorang mengadu ini. aku yang pening.


mari kita buat muka ada masalah.

tanpa korang bertiga, aku sepi. jadi jangan lari. aku sayang korang lebih dari aku sayang diri aku sendiri. jadi, tolong jaga diri. hanya kita harapan ibu dan abah. aku sayang korang selamanya.



adik bongsu-tukang buat lawak dalam family.




dan....terima lah gambar-minah-takde mood ni. lallallallallaallal


p/s: aku emo sikit kan.
Sekian

No comments: