Sep 21, 2011

Kerana jamuan hari raya-yang-macam-nak-gila

Hai.
Hari ni, maksud aku tadi, ada jamuan hari raya Jabatan Perdana Menteri which is, jabatan aku adalah salah satu agensi under JPM.*perlu ke bagi tau,reena*

So aku bangun awal tawww. seawal 6 pagi. sebab selama ni aku bangun lagi awal. 6.30 pagi. bangun awal la wey, baru rezeki masyuk. kata nak pergi beraya kan. so semangat tu harus ada. hari ni tema aku adalah pink. so memang 5km korang mesti dah nampak aku. kalau tak pakai pink pon korang still boleh nampak aku. aku kan comel. hikhikhik #ketawa sopan.





muahahahah. pink kan saya.

haruslah pic aku je banyak. ni kan blog aku. dah nak menuju ke tempat sasaran ni.

sebenarnya aku malas nak pergi. sebab pengalaman tahun lalu buat aku serik. ye la, kau bayangkan la, beribu orang nak ambil makanan. aku kan tak suka berebut. aku suke,eh, takpe la, biar la kau dulu, aku kemudian takpe. tapi akhirnya aku yang tak dapat. haih. tapi kakak-kakak opis ajak gak aku pergi. so, malas la nak bersoal jawab. memang ramai pon. ya ampun. sesak nafas aku. ada 14 gerai semuanya yang menghidangkan pelbagai jenis juadah. nama-nama gerai di ambil sempena nama-nama negeri di malaysia. so aku dengan Kak Diya dah aim dah nak makan apa bila MC bagitau satu persatu makanan yang ada di gerai. 
"kite nak pergi gerai pahang"
"akak nak pergi gerai sabah"

bila MC umumkan makanan yang dah biase makan, kitorang cakap "eh, tak mau lah pergi gerai negeri tu. dah biasa makan. kat sini bersepah" wah, sombong kau kan reena. nak tau tak, gerai-gerai tu semua akan di judge oleh PM. at the end, akan diumumkan gerai tercantik. 




with Kak Diya, my bestfren evaaaa.


so PM akan buat lawatan dari satu gerai ke gerai yang lain. bile dia dah habis round je, kitorang apa lagi, serbu lah. aku pegang je tangan Kak Diya takut terpisah. ya, manusia macam semut tau tak. kalau terpisah, payah dah nak jumpe. so, kene pegang tangan. bile berebut macam tu, aku teringat pada kanak-kanak kat Somalia dan orang-orang disana. Ya Allah, macam ni la agaknya dorang kan. mungkin lagi teruk. mungkin ada pijak memijak segala. sedihnya. kat dalam dewan tu, MasyaAllah, tuhan je tau. lelaki tak lelaki. perempuan tak perempuan. ye la, dalam keadaan macam tu, macamane kite nak kawal lagi kan. janji jangan ada yang tumpah makanan atas baju aku sudah. mau jerit aku kat situ gak.



eh, dengan beliau lagi. i love u lah!

bosan menunggu PM sampai, kite tangkap pic dulu ye.

perut kitorang dah berbunyi dah time ni. tu pasal aku ambil pic syok sendiri. peduli apa aku. atenye, PM lambat sampai. 1.30 baru datang.



sila fokus pada objek nganga tu. itu pengantin baru. nampak tak dia pakai baju ape. baju gadis kampung u oll. jadi maskot gerai. Lin, kau lapar sangat ye.

kat atas ni member baik aku. linda. dia ni baru je nikah minggu lepas. kau tengok cara dia makan. macamkan tak makan seminggu. muahahahahah. dia jadi maskot,wakakakakaka gerai negeri Kedah. sebab tu dia pakai baju kurung kedah dengan kain batik.



itu dia mangsa-mangsa kami.

dan lagi.

oh, ni cume pic ulang tayang je.



ok, pic sudah habis makan. muka bahagia



aku cume suke pada lampu PICC ni je.



nampak tak mane PM. tak payah beria cari, tengok kepala pun dah tau. ya ampun, dato seri.



ok, dewan dah lengang.



ok. last sekali aku nak umum kan pemenang gerai terbaik. yang ketiga jatuh pada terengganu. kedua sarawak dan yang pertama.......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



NEGERI PAHANG!!!!! NEGERI KESAYANGAN HAMBA!!!! tepuk!!!

semua rakyat negeri Pahang sila bangun dan nyanyi lagu rasmi Pahang.

Ya Allah Yang Maha Kuasa
lanjutkan usia kebawah duli yang maha mulia *sila sambung*

bangga aku tau. memang pon. dah lah gerai dia ada orang menari-nari. kak Diya siap marah aku lagi. dia kata, orang nak ambil makanan time tu la dia nak menarinya. hahahhahahaha. well, orang Pahang memang berbakat.

p/s: eh, aku tulis blog ni masa jage kaunter tau. jaga kaunter mana ade kerja. duduk je melangut. so jangan cakap aku tak buat kerja eh.
sekian.

No comments: