Sep 29, 2011

Kerana sebiji bola, aku dan David Beckham

wah, tajuk tak mau kalah kau ni reena. kelasss.
eh, hai.
bola. siapa suka bola angkat hidung. well aku biasa-biasa je. takdelah sampai sanggup sengkang mata tengok bola. kalau dulu ya. sebab aku suka tengok player yang hensem. menggelabah kan. eh tapi itu lah fungsinya player hensem di tengah padang. untuk di tonton, di puji dan di berangan kan. muahahaha. kalau negara aku suka ENGLAND dan ITALI. kalau kelab aku suka MANCHESTER UNITED. sekarang aku sokong MALAYSIA. tapi tolong ya player Malaysia, jangan suka curang dengan tunang #tetibe.

aku stat tengok bola masa World cup 1998. masa tu la aku mula minat the one and only DAVID BECKHAM. cewah. ni minat tahap dewa la. ada je pic dalam paper gunting dan simpan. beli mag yang ada cerite dia je. lepas tu siap beli vcd tentang dia. giler fanatik woi. tarikh lahir dia, tempt lahir dia semua aku hafal. kalau hafal fakta sejarah pon aku tak terer macam ni. tapi kau tau tak nama penuh dia adalah David Robert Joseph Beckham. wah. giler kemain panjang nama. dan kau hafal kan reena. cube sebut 99 nama Allah, sekarang (tipikal melayu ni).



ala biase lah perempuan. perempuan kan gedik. kau je reena yang gedik. perempuan lain tak. meh tengok lagi pic dia.



ok. aku memang suka lelaki yang messy macam ni. effortless.



kenapa aku suka dia? sebab ofkoz la dia hensem. tapi yang lain-lain aku rasa sebab dia terer main bola kot. cer kalau dia ambil corner kick, mesti masuk terus la. ohya, aku tau la jugak term bola ni sebab abah kaki bola. aku ni boleh di katakan membesar di padang bola, sama dengan adik aku. tak pon dulu selalu kena tinggal sebab abah main bola serata tempat. jadi bila ada bola kat tv, aku suka teman abah tengok.

suke dengar abah cerita pasal zaman memuda dia (mata ke atas). hahah. ok, suke sebenarnya. tak baik menderhaka.





sekarang Beckham dah tua. ni pic terbaru dia aku snap. muahahah. berangan je la nak snap pic dia.



oh,dia sudah ada kedut. tapi takpe. i still setia dengan u :-p



oh ya. selain Beckham adalah gak aku suka player lain antaranya.




del piero.



eh, ni pic dia 2011 punye.




raul gonzales.





ok, tipu. aku tak minat dia tapi
          Atiqah Liyana minat giler kat dia.





eh lupa. name dia Morientes. tiqah minat dia. muahahaha.


sekarang aku dah kurang minat. tapi kalau Malaysia, aku adalah gak ambil tau. aku cuma kenal safee sali, lepas tu goalkeeper tu siapa ke namanya, fahmi eh? lepas tu kembar yang kawen dengan artis tu. tapi aku paling suka dato' rajagobal la #pengsan. huhuhuhu.

akhir kata, majulah sukan untuk negara.

sekian.

*all pics googled*

2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

terbaekkk! Ridhuan Abu Bakar likes this :D

Reena Kamarudin said...

nape? dia pon minat beckham gak ke