Sep 28, 2011

Kerana randomly Reena #1

Hai.
Selamat petang. hari ni mood adalah berubah mengikut suhu dan keadaan dan orang-orang di sekeliling aku. pernah rasa janggal? seolah-olah kau pergi ke majlis harijadi bertemakan bollywood tapi kau pakai baju temanya irama malaysia dan semua orang pandang kau seolah-olah kau naked di situ. pernah? dan kau rasa macam janggal dan benci dalam satu masa. atau dengan kata lain kau rasa nak balik ataupon menyorok muka kau di mana-mana.

1. sandal putus. klik sini. kau tau, aku jalan punye la ayu jelitasss tetiba pappp (ok tipu. mane ada sound efek pon sandal putus). kau rasa nak menangis ke nak gelak?

2.tunggu bus, then kau tahan bus tu. kau dah menuju ke arah bus tu dengan gaya yang paling ayu jelitass tetiba bus tu bergerak macam takde orang nak naik. padahal kau dah nak sampai ke bus tu. pernah? aku pernah. semalam. aku rasa macam nak...arggghh memang muke aku kanyo (malu=loghat pahang) mase tu.

3. kau naik lif tetibe butang tingkat yang kau nak pergi tu tak boleh tekan. orang dalam lift hanya memandang kau. dan kau hanya kata "oh shot,oh shot"

4. tersepit lift. muahahaha. aku selalu kena. kena explain jugak ke? lesson dia, jangan tahan lift kalau dia dah nak tutup. lepas kan je. macam kau bercinta la. jangan tahan orang yang dah nak berambus dari hidup kau. lepaskan je. buat sakit hati je kalau di tahan2. macam kentot la. eh, perlu kah aku terangkan pasal kentot? sendiri mau faham la.

5.kau nak melintas jalan. jalan memang clear. tapi entah celah mana honda odyssey (pergg nak gak kereta favret tu) meluncur laju. yang hanya mampu keluar di mulut adalah "oh mak kau". ok tipu. aku akan selalu cakap "bengong".

6.sedang kau berjalan di koridor opiz tetibe orang yang tak pernah senyum kat kau (baca:bos), senyum dengan lebar sekali. sekarang kau pulak yang janggal. nak balas ke tak

7. sama seperti di atas tapi kau yang tersenyum

8. kau tulis status fesbuk pasal harga kasut marie claire di alamanda, tetibe kawan kau balas tentang harga nasi lemak. nampak tak dua menda yang berbeza? kau rasa nak maki ke atau nak padam status tu?

9. tiba-tiba kat fesbuk, ada lelaki tulis nak meminang kau. kau rasa kau ayu jelitass time tu ke atau kau rasa loser lelaki melamar dalam fesbuk?

10. lelaki yang kau tak tau hujung pangkal panggil kau sayang. aku ada sorang kawan baik lelaki. aku panggil dia choi dan dia panggil aku choi jugak. aku suke kawan dengan dia sebab dia tak jiwang tak tentu hala. (eh, tetibe teringin nak buat entri pasal kawan baik lelaki)

11. kau tak rapat dengan Melah. bila jumpe kau cume hi bye je. senyum pun macam nak taknak je. tetibe dengan tak semena-mena,wah ayat, kelasss, dia kata kau poyo sambil gelak-gelak. ye, aku dengan kengkawan baik aku memang agak kasar. tapi, kalau dengan kawan yang tak rapat, aku memang sopan. ehem3. so tetibe kau nak ber-poyo segala dengan aku. memang dapat pandangan pelik la dari aku kan.

12. kau terbawa charger henfon nokiah padahal kau bawa henfon sonni ke opiz dan bateri kau macam dah nazak.

13. bila dah naik bus, kau nak masukkan syiling dalam tabung bus tu tapi kau perasan instead of masukkan harga tambang 50sen, kau cume masuk 45sen je. dan driver tu dengan senyum kata, takpe. tapi kau dah gelabah dah. chill ok, chill.

14. kau nak beli shaver (pencukur bulu la senang). kau dah nak ambil tapi ada brader belakang kau nak beli juga. lantas kau pon bertanya kat dia, lelaki cukur jambang sesuai pakai yang mana ye. suami saya suruh beli. padahal kau yang nak gune kan.

15. kau bercamwhore di stesen ERL. ambil pic syok sendiri. tetibe ada brader datang dan tanya, boleh saya tolong ambilkan pic awak. dan kau terpana seketika sebab tak tau nak jawab apa.

tak salah untuk rasa loser sekali sekala. dan jangan terlalu nak kaver diri sampai rasa macam robot. cewah. kau yang gelojoh, reena.

sekian

2 comments:

faizal mohd said...

kalau kat upm ni, aku slalu kena yg pasal bas tu. aku dah nak sampai kat pintu, bas pon jalan. Urgh!!! dgn student dlm tu yg punya ramai, mmg kena maki la org tu. tapi dlm hati jek. HeHe :)

Reena said...

Hahaha. Kan? Memang malu gler ah.