Sep 26, 2011

Kerana sakit bila putus chinta (suka lah tambah H pada cinta tu ye)

warning: entri ni mungkin agak jiwang dari biasa. so, sesiapa yang tak suka jiwang, jangan baca.
warning #2: entri ni telah lama di draf. saje je nak bagitau yang aku tak taip time kerja. satgi korang cakap aku makan gaji buta pulokkk.

Hai. 
Pernah putus cinta? berapa kali? ala, korang kan hebat. cinta berkali-kali. tentu putus cinta pun berkali-kali kan. cinta yang aku tulis ni maksudnya bukan cinta monyet atau puppy love k. maksodnya cinta yang korang dah bayangkan akan hidup selama-lamanya dengan dia. amboi, kemain kau ni reena. kau ada ke,reena? mestilah ada, that's why aku tulis.

sakit tak bila putus cinta? as for me, yup. sakit. rasa macam kena sembilu tajam (ni ayat lirik lagu ni). so, macamana aku overcome kesakitan tu sampai lah aku dah betol-betol heal? ni antaranya yang aku guna pakai.


1. Menangis macam nak penuh satu tempayan.

ok. tak salah kita menangis bila hilang dia yang kita sayang. or at least, pernah sayang. jangan la nak pura-pura kuat sangat pada hal dalam hati macam nak meletop. aku ngaku, aku menangis. orang first yang tau aku break up adalah ibu. time tu jugak aku call dia sambil menangis. ibu cakap, nangis la puas-puas sampai rasa tak mau nangis lagi. so aku nangis. aku luahkan kat ibu betapa aku sedih dan aku sakit hati. kaum lelaki selalu cakap, perempuan ni sikit-sikit nak nangis. sikit-sikit nak nangis. eh hello, air mata di buat untuk di keluarkan. kami tak kuat macam anda #tddmka. 


2. Buang barang kenangan

well yang ni untuk yang ada surat cinta la, teddy bear la, diari cinta etc. pada aku, tak payah buang pon takpe. just letak somewhere yang kau takkan nampak. as for me, aku letak bawa almari. kenapa perlu buang segala kenangan sedangkan kita boleh kenang semula 20-30 tahun akan datang. nanti boleh cerita kat cucu tentang kisah cinta tak kesampaian kau. "dulu nenek bercinta dengan david beckham. tapi apakan daya, victoria lagi seksi dari nenek" sambil jeling2 atuknya. bila aku dah heal sekarang, aku ambil semula diari cinta kitorang tu dan baca. nak tergelak pon ada. alahai. 


3. Buat perkara yang dibenci

kalau dulu si dia tak suka kau buat itu, buat ini masa kapel dengan dia, kenapa tidak kau try sekarang-bila dia bukan lagi pemberitahu peraturan dalam hidup kau. janganla pulak masa kapel kau nak sangat buat tarian tiang, then bila dah putus kau nak buat tarian tiang sepuas-puasnya. not good ok. maksud aku, kalau dulu dia tak bagi kau panjat gunung, kenapa tak sekarang start cari grup yang aktif panjat gunung? tunjukkan pada dia yang kau memang boleh hidup tanpa dia.


4. jangan dengar lagu masa dengan dia.

i bet that masa kapel kau mesti ada lagu berdua kan. lagu yang antara korang je tau betapa lagu tersebut sangat bermakna. yang mana, bila keluar je lagu tu kat radio, kau atau dia akan cepat-cepat call dan cakap "sayang, lagu kita kat radio minnal fm" sambil menghalakan telefon ke radio. dan kau pon dibuai-buai perasaan indah bila dengar lagu tersebut. atau pon tibe-tiba dapat voice sms dari dia yang memperdengarkan  lagu kegemaran kau. "pastikan kau dengan aku, jangan ada cinta lain" lalalalalallalala. so, try jangan dengar masa kau tengah sakit tu. nanti lagi sakit. jauhi telinga kau dari lagu-lagu yang boleh buat kau meroyan. nanti bila dah heal, nak dengar 18x sehari pon takde hal.


5. jangan call, mesej, fb,bbm.

bila kau tengah sakit, kau akan rasa macam nak maki hamun dia kan. JANGAN! kalau kau maki dia, lagi dia rasa dia menang. because it shows that kau tak boleh lupakan dia. kalau boleh buang nombor dia. atau kau tukar nombor. 


6. Jangan brsendirian

aku lagi kerap balik Karak sebab aku nak suasana yang bising. kalau sunyi lagi teringat pada dia. try la duduk dikelilingi kawan-kawan yang boleh menghiburkan kita bukan kawan yang akan mengeluarkan ayat seperti " tu la kau aku dah cakap. si meon tu buaya. dia ada bedah, ada melah. kau tak percaya". jauhi kawan yang macam tu. sebab akan buat kau lagi sakit hati. ingat, kawan menangis susah nak jumpa. kalau kau ada, tahniah pada diri sendiri


setakat ni, itu je yang aku boleh list kan. mesti kau tanya, kenapa aku selalu relate dengan diri aku? sebab lagi senang. tak perlu aku nak jaga hati sesiapa. lagipun ianya adalah pengalaman aku. blog ni umpama jurnal aku. kalau aku hidup lagi 30 tahun dan blog ni masih ada, sudah tentu aku akan bagi anak cucu aku baca. 


Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah, sebelum bertemu dengan orang yang tepat. kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 

sekian.

No comments: