Sep 13, 2011

Kerana itu dah memang tabiatnya

hai.

pernah tak mengalami saat di mana korang rasa geram dengan apa yang berlaku di sekeliling korang? macam satu sikap yang annoying giler yang mana kita rasa, benda tu patutnya dapat di elakkan sekiranya manusia tu berfikiran waras or in other word "ada kesedaran sivik". kat bawah ni ada beberapa lists yang aku selalu jumpe tentang perangai manusia yang "bijak tapi mementingkan diri sendiri".cekidaut bebeh!

1. menggunakan eskalator/ tangga bergerak.

mesti korang pernah gunakan tangga bergerak ni. jangan nak tipu la kalau kata tak pernah. pernah tak nampak sign tertulis 'sila berdiri di sebelah kiri untuk bagi laluan pada orang yang nak lalu di sebelah kanan". ok sign dia tak lah tulis macam tu. aku saja je panjangkan amaran tu. pernah tak baca? tak pernah kalu, pergi tengok sekarang kat eskalator. dah terang-terang tulisan tu suruh kita berdiri sebelah kiri. tapi nak jugak berdiri berdua-dua menghalang mereka yang nak naik/turun dengan cepat. hey, tak semua orang nak berdiri diam bila gunakan eskalator. ada yang nak cepat. atau ada yang taknak menghadap bontot orang nanti rase loser "eh, aku ngadap bontot dia apehal". ada yang nak mengejar LRT,ERL,BUS etc. so please, jangan nak pentingkan diri sendiri.

2. lif.

kau naik lif. ofkos la lif tu untuk kegunaan awam. bila kau masuk dulu, apa lah salahnya kau ke dalam and bagi space untuk yang nak masuk kemudian. ni tak, sanggup lah kau mengelak ke kiri ke kanan semata-mata taknak masuk ke dalam. padahal kau turun sama level dengan semua orang dalam lif tu. tapi kalau kau turun/naik kat level lain sekali pon, orang akan tetap bagi kau laluan untuk keluar. ke ada rimau kat bahagian paling dalam lif tu. choi!

3. stop untuk berborak kat tengah jalan.

ni selalu berlaku kat pasar malam atau bazar ramadhan. elok-elok kita jalan nak tinjau apa yang dijual tiba-tiba terlanggar orang yang stop secara mengejut. ni maksud aku jalan kaki k. ye la, takkan nak tinjau2 gerai kat pasar malam naik kereta kan. sebab apa berhenti? sebab jumpa kawan lama, sebab jumpa kekaseh lama. jumpa pakngah. jumpa makcu. tetengah jalan tu juga lah kau nak bersembang, nak muahmuah, nak bersalam, nak berjejak kasih segala. tak boleh ke kau ketepi sikit. nak borak sampai lebam pon orang tak marah.

4. dalam pengangkutan awam.

dalam bus. ni selalu berlaku kat putrajaya ni. bus selalunya akan penuh. kalau dapat duduk tu, memang muka bangga tahap dewa la macam kan dapat 1juta. sesiapa yang berdiri tu, terpaksa la bergayut elok-elok sebab driver bus kat sini selalunya bawa bus macam bawa kereta grand prix kat litar. so, sesiapa yang naik dulu then terpaksa berdiri, boleh tak terus ke belakang untuk bagi laluan pada yang nak naik kemudian. even kalau kau nak turun dekat pun, sila ketepi sikit so that, orang lain boleh masuk. ni tak, kesian aku tengok mana-mana perempuan yang naik bus terpaksa berdiri kat pintu. satgi tersepit kat pintu sebab pemandu bus kengkadang sangat choi. (aku pernah kena. memang kenangan terindah la wa cakap lu). and satu lagi. rasanya ni tak payah nak dibagitau pon kita akan tau. kalau ada orang tua, ibu mengandung, OKU naik bus atau apa-apa jua pengangkutan yang lain tapi dah penuh takde tempat duduk, apa lah salahnya kita yang berkeupayaan ni bangun dan bagi mereka duduk.

ni semua peringatan untuk aku juga. aku pun bukan lah perfect sangat. kengkadang, ye la manusia kan. tak semua mampu berfikr dengan fikiran yang sama. kalau ada, amanlah dunia ni.

sekian.

No comments: