Sep 15, 2011

Kerana "aku terima nikahnya"

hai.
aww..
sejok seh kat opiz ni. kata dah standardize (betol ke aku eja? gasaklah) ekon nya. but still sejok mencengkam tulang aku. walau lemak banyak, still sejok oh. ape, orang banyak lemak tak boleh sejok ke?.

hujung minggu ni banyak jemputan kenduri kawen yang aku dapat. rasenya ada dua. dua tu banyak hokay. lebih dari satu. so, plural. kena tambah S. salah satunya kawan baik aku satu opiz. salah dua nya, jiran aku kat Karak yang ada bau-bau bacang la.

aku suka pergi rumah orang kawen (tangan di dada mata ke atas). sebab satgi abah akan berleter kat aku kalau aku tak pergi. mula lah dia buat ayat menikam kalbu kat aku. aku dan adik-adik aku pulak mula lah pandang memandang sambil berkata dalam hati "kau la yang salah" 'eh aku pulak yang salah". ha, begitu.

sebab pertama aku suka pergi (tangan didada lagi. jangan pikir dada lain ok) rumah kenduri sebab aku suka makan ayam masak merah rumah kenduri. rase dia lain oh. cara masak tu lain. memang ngam-ngam soi dengan tekak aku. setau aku, yang sejibi masak ayam merah macam tu adalah jiran aku yang berniaga nasi lemak tipa-tiap pagi atau nama glamernya "mak iwan". kenapa mak iwan? sebab iwan tu nama anaknya. so, senang panggil "mak iwan". eh, tapi sekarang ni dah payah kan nak jumpe ayam masak merah kat rumah orang kawen. ok takpe, nanti aku belajar masak. nanti la bila aku ter-rajin.

sebab kedua. jeng jeng jeng. dapat jumpe kekaseh lama. padahal kekaseh lama satu kampung je pon. sebenarnya takde la gatai meghela sangat nak jumpe. cume feeling terjumpa tu yang best. tiba-tiba rasa jelita time tu. terasa ayu gitewww bila ada yang pandang dari jauh. poyo. tapi sangat loser bila tau dia pon akan kawen tak lama lagi.

sebab ketiga nya adalah, dapat jumpe kawan lama. satgi mula lah ada cakap kat aku "wah, makin sehat kau ni reena". eh, ye la. takkan maken saket pulak kot. hey, kalau tak buat ayat menyentap jiwa boleh tak. satgi aku tak jadi makan mengenang nasib diri ni. yela yela, kau jela yang jelita time tu. aku je la yang hodoh. pasrah.

seterusnya, sebab nak tengok pengantin. best hape tengok pengantin jalan lemah lembot padahal kita dah tau dedulu dia la yang paling hantu kat kampung tu. tetibe bila kawen, pandai pulak kau bersopan santun ye. kalau dulu tengok dia la yang paling selekeh tahap dewa. tapi bila hari kenduri, wah, hensemnya kau. kalau yang pengantin perempuan pulak, selalunya tak mekap. tapi bila time kawen, mekap punya lawa sampai aku confuse eh ni fashanaksandar ke si milah ni.

sebab ke lima, dapat makan free la. selalunya bila kitorang adik beradik malas nak pergi, ibu akan ugut kitorang. dia akan cakap yang dia takkan masak untuk lunch. so kami (bukan aku ya), yang memang sangat rajin memasak ni pon bergegas la bersiap.

sebab yang ke enam, dapat gosip-gosip. selalunya dengan adik aku je la. satgi gosip depan abah, mahu kena jeling 360 darjah. tengok orang tu, gosip. tengok orang ni, gosip. lepas tu gelak macam ape ntah. jangan tiru perangai ni. berdosa. tak bagus.

hmmm. tu je la yang mampu aku tulis. banyak lagi sebenarnya. tapi sebab sejok punye pasal, tangan pon dah kejung.

Sekian.

No comments: