Sep 9, 2011

Kerana cinta tak seharusnya memiliki

hai.
awww....
feeling jiwang la pulak tengahari buta ni. mood adalah sangat mellow macam harrrr.

bercakap tentang cinta. aku memang payah nak cakap pasal cinta. tapi aku suka mendengar. aku suka mendengar mereka-mereka di sekeliling aku bercakap soal cinta, bercerita tentang pengalaman mereka dalam percintaan, mengutuk ex mereka, mengekspresikan betapa mereka bahagia dengan cinta mereka. yup, aku memang suka mendengar daripada bercakap.

aku ada seorang kawan yang telah putus dengan kekasih hati yang dulunya merupakan tempat dia bermanja, tempat mengadu dan tempat segala-galanya lah. memang bahagia la kawan aku ni. 4 tahun dia bercinta, tup-tup awal tahun 2011 dia dan kekasihnya tu berpisah. secara baik walau pon kawan aku ni bagai nak rak menangis, tapi tetap dia dan kekasihnya (ex) itu berbaik hingga sekarang. masa dorang kapel, lelaki tu selalu tanya pada kawan aku tu, kenapa kawan aku tu cintakan dia (lelaki tu). tapi kawan aku takde jawapan yang betol-betol boleh memuaskan hati lelaki tu. kiranya macam i love u for no reason la kan. but semalam kawan aku ni kata, baru dia tau kenapa dulu dia mencintai lelaki itu sehinggakan dia tak pernah pandang lelaki lain. maknanya setia sangat la tu kan.

1. kawan aku kata, disebabkan dia dan lelaki itu kenal dengan orang yang sama, jadi bila berjumpa terlalu banyak menda nak diceritakan. ofkoz la pasal orang-orang yang dikenali kan. lebih kurang gosip lah kan. so bila jumpe, idea nak berborak tu tak pernah kurang. and yes, kawan aku ni sebenarnya jenis pendiam kalau tak kena gayanya. tapi kalau kena gayanya, memang tak larat la nak layan.

2. duduk 1 kawasan. yup. kawan aku dan lelaki tu tinggal dalam satu kawasan yang mana, bila apa-apa berlaku kat kawasan tu, dua-dua akan tau. even kawan aku tu kerja tempat lain, tapi lelaki tu akan selalu update tentang apa-apa hal yang berlaku di kawasan mereka. and again, idea nak berborak tu tak pernah kurang.

3. lelaki ni lagi tua dari kawan aku. kawan aku ni memang sesuai dengan lelaki yang lagi tua dari dia disebabkan kengkadang dia tak pikir panjang. so bila ada dengan lelaki tu, hidup kawan aku ni lagi terurus. fikiran pon jadi matang sikit.

4. bila dengan lelaki tu, kawan aku rasa selamat. selamat sangat2. walaupon lelaki tu tak lah macam the rock, but still buat kawan aku ni rasa secure bila bersama-sama lelaki ni.

5. lelaki ni dah "masuk" dalam family kawan aku ni. apa jua kejadian, apa jua masalah, lelaki ni sentiasa ada. dari sekecil-kecil hal sampai lah sebesar-besar hal, lelaki ni selalu ada. membuatkan family kawan aku ni sangat-sangat sayang dengan lelaki ni.

6. lelaki ni joker. selalu buat lawak kat kawan aku yang kaki moody ni ketawa. dan kengkadang menangis dengan apa yang telah lelaki tu buat.

7. paling penting kawan aku cakap, dia mencintai lelaki itu dulu sebab lelaki tu buat dia selesa. kawan aku tak perlu nak control ayu. dia boleh menangis dengan muka yang hodoh sampai keluar hingus dan lelaki tu tanpa rasa geli lap hingus tu dengan tangan. dan bila tiba saat kawan aku tu mengada-ngada, lelaki tu akan suapkan kawan aku tu nasi dengan menggunakan tangan. bukan sudu ye, tapi tangan. kawan aku boleh sendawa tanpa segan. kentot je belum pernah lagi. ya, kawan aku cakap, dia jadi diri dia sendiri bila dia dengan lelaki tu. tanpa perlu jadi orang lain.

kawan aku cakap, ada masanya dia keluar dengan kawan lelaki dia sekarang. tapi dalam kereta, kawan aku ni kaku. tak banyak cakap. kenapa? sebab dia tak dapat nak buat kawan dia tu macam mana dia buat dengan lelaki yang dah pon jadi sejarah dalam hidup dia. kawan aku pon dah move on. dah boleh terima kenyataan yang mereka memang takde jodoh. sekarang, dah ok.

p/s: kawan aku tu adalah aku. hari ni genap 210 hari tanpa cinta itu. kenangan tetap kenangan. takkan pernah hilang. genap 300 hari, aku akan bercuti ke pulau.

No comments: