Aug 26, 2011

Kerana raya dah dekat wey!!!

Kekhilafan itu biasa. sebab kita manusia biasa. kadang-kadang kita cepat tersedar. namun terkadang, kita tak tahu yang kita telah melukakan hati orang sekeliling sehinggalah mereka bermasam muka dengan kita. itu biasa. dalam tutur kata, dalam perbuatan. tetap tak sempurna. ya, kita manusia biasa. 

setiap malam sebelum tidor, aku mesti scan dulu perkara yang berlaku di siang hari. macam semalam petang, aku tercakap "bengong" pada dia. hihihihi. cuma sekadar ingin bergurau. oh ya, kalau dalam blog ni aku menulis "dia" ia merujuk kepada bekas teman lelaki aku. selepas aku cakap bengong kat dia, kami meneruskan perbualan dalam telefon seperti biasa sehingga kedua-duanya meletakkan telefon. tak sampai 2 minit dia telefon semula

dia: oh, tadi cakap kita bengong eh. sampai hati
aku: lor, lambat giler tindak balas. dah lama kot kite cakap kamu bengong tadi
dia: hahahahahaha.

klik. dia letak telefon. then aku dail semula.

aku: kamu, kite mintak maaf cakap kamu bengong.
dia: hehehehe. 

bila tengah marah, dengan ketawa mampu redakan kemarahan. yup, semalam aku memang marah dia. sangat sangat sangat. sampai mem-bengongkan dia. tapi aku dah pon mintak maaf. 

motip letak pic ni? sukehatiakulah. hehehehe



so here, aku nak minta maaf pada semua jika ada tulisan, kata-kata, perbuatan aku yang telah menyinggung hati kengkawan aku. maaf dari hati aku yang ikhlas. ceewah. SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!

No comments: