Aug 11, 2011

Kerana luaran tak menggambarkan dalaman

baru-baru ni, aku balik Karak untuk ber-ramadhan bersama family yang mana memang terbaik la apa yang ibu masak untuk aku. rasenya, bertambah-tambah la lemak aku naik macam ni. bukan selalu kan dapat makan sedap-sedap macam ni kan. kat Putrajaya ni, sorang-sorang pulak tu, apa lah yang aku nak expect sangat kan. asyik-asyik lauk tu je yang aku bahan. kengkadang masakan panas ala-thai yang tak berapa nak thai sangat.

ok. bukan lauk pauk yang nak aku story kat sini. aku nak cerita insiden masa aku dengan ibu dan abah ke pasar sabtu Bentong. selalunya, abah akan park kereta kat dalam masjid. kena bayar RM1 kot kat adik comel dalam pondok tu. ok. lepas dah beli segala bahan, kami pon menuju ke kereta untuk pulang la kan. (ok, aku pon tak tau kenapa ayat aku very the skema mcm ni).

sebelum sampai ke kereta, kami pon singgah la kat pakcik yang jual macam2 jenis ubat, madu, n segala jenis apa lagi la. dia bukak meja kecik kat tepi pagar nak masuk tu je. so, kecik je la tempatnya. ibu kata, dulu ibu upah pakcik tu haji kan arwah abang aku. pakcik tu pakai kopiah, ada janggut dan nampak sangat tawaduk. memang impression aku at the first place macam " wah, segannya aku kat pakcik ni". aku pon tengok-tengok la apa dia jual.

then tak lama lepas tu, lalu la wanita-wanita myanmar yang bawa tikar, beg mengkuang tu. ala, yang datang dari rumah ke rumah tu la. pakcik tu pon pandang je perempuan myanmar tu. then dia bersuara

"cuba tengok bangsa ni. datang tempat kita menjual apakebendanya. panas je hati saya. kalau ikotkan saya, saya bakar je kereta dorang. menganggu kita yang nak berniaga. kalau kita pergi tempat dorang, ada dorang bagi kita berniaga. eii, memang rasa nak bakar je kereta dorang ni."

aku pandang abah, abah pandang aku. lepas tu, pakcik tu membebel apa ntah lagi pasal kerajaan tak betol la apalah. ironinya, dia pesara kerajaan. ok fine. aku dah muak, aku tarik tangan ibu pergi ke kereta.

 aku sedih. aku hormat dia mula-mula. tapi? pakcik, rezeki ada dimana-mana saja di bumi Allah ni. terpulang pada kita nak berusaha, nak explore macamana. bersyukur la dengan apa yang pakcik ada. haishh. berapi jugak la aku time tu. sebab puase, aku diam je. lagi pulak abah ada. takkan aku nak menjawab kot. kang kena jelingan maut abah kang.

nak bakar kereta dorang? aku rasa Rasulullah pon tak pernah nak bakar membakar ni semua. bila ada orang dengki kat dia, dia cuma perlu bersabar. ke pakcik ni terpengaruh dengan geng-geng yang bakar Sosilawaty?

menganggu pakcik nak berniaga? pakcik berniaga ubat dan madu ok. dorang pulak berniaga tikar dan beg mengkuang. apa yang menganggunya? tak tau la pulak kalau dalam beg dorang ada ubat yang sama demgna apa yang pakcik jual. huhuhuhuhu

dorang tak bagi berniaga di tempat dorang? kalau di bagi peluang, nak ke pakcik berniaga di tempat dorang? dengan ekonomi yang tak berapa baik, masalah politik negara tu lagi (sori kalau aku salah fakta). sebab negara dorang tak ok la, dorang datang berniaga kat sini. cara halal atau haram itu antara dia dengan Allah.
Bumi Allah ni seluas luas alam. bagi la ruang untuk mereka berniaga. beli tak beli itu hak kita la pulak sebagai rakyat Malaysia.

aku boleh dikatakan lurus. mudah percaya dengan apa yang aku tengok dan lihat. ok fine, aku still hormat pakcik tu as a Muslim. tak pe lah, maybe itu cara dia, pandangan dia. tapi kalau dalam diri dia di didik dengan ilmu agama yang kuat, apatah lagi berulang alik pergi Mekah, rasanya simple thing macam tu dia akan faham.

Sekian.

5 comments:

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

muka bumi tuhan ni luas..cmpak kat mana2 pun kalau dah tertulis rezki ada kt situ, tetap ada, ada 10org jual madu kt tmpt yg sama pun masih ada rezki kl dah ditentukan..

xperlu nk bakar kereta org..allah tu maha pemurah.masing2 ada bahagian masing2..

zaman skg ni luaran x gambarkan dalaman

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

gua rasa lu kene buat ruang komen ni pop-up windows..security code tu xperlu kot.mcm susah org nk komen.lg2 kl readers yg internet mcm siput

maaf, skdr pandangan..

Reena Kamarudin said...

huhuhuhu. thanx atas opinion tu. sekarang dah upgrade :)

faizal mohd said...

kalau aku komen, aku digelar pinkiest gak ke? tu je aku nak komen. haha :)

Reena Kamarudin said...

pejai: hehehehe. ala, suka lah. suka lah eh.