Aug 10, 2011

Kerana dulu lain, sekarang pon dah lain kot

setuju tak kalau aku cakap, bila something bad happened to us, perangai, sikap or mentality kita akan berubah? just like me. aku ambil contoh diri aku lah ye. dulu aku ni jenis tak berdikari. pada aku, aku ada arwah abang aku yang boleh jaga the whole family aku. so, aku jadi enjoy di situ. dulu-dulu, kalau nak hepy dengan friend, aku tak rase bersalah sangat. but, lepas abang aku pergi, aku mula jadikan motto "family comes first". apa-apa hal, family adalah keutamaan aku. sampai sekarang. dah 2 tahun abang aku pergi, dan sekarang aku adalah anak sulung.


apa-apa hal, mesti ibu dan abah akan minta sekali pandangan dan pendapat aku. memang kengkadang, aku tak mampu nak setel semuanya. tapi aku happy bila aku dapat mengurangkan walaupon sedikit beban ibu dan abah. aku terharu bila ibu kata, aku adalah kekuatan dia, tonggak dia. bukan anak-anak lain tak buat dia jadi kuat. adik-adik aku masih muda. mungkin dorang belum cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab ni semua. aku sebagai kakak.


same goes to my love story. hey, before that aku nak bagitau. hari ni genap 180 hari aku tanpa dia. 6 bulan. dulu masa dengan dia,4 tahun dengan dia, aku langsung tak pandai berdikari. bayangkan lah, kalau masa belajar kat UIA dulu aku memang menggunakan pengangkutan awam ni. tapi bila dah dengan dia, dia lah driver aku. cakap je nak kemana, memang dia akan hantar aku. jangan harap lah aku boleh pergi sendiri. macam kan aku ni Miss World sangat.


tak, aku faham, dia takut apa-apa jadi kat aku. almaklumlah, aku ni perempuan kan. lemah pulak tu. wah. then, bila aku dah dapat kerja di Putrajaya, setiap jumaat je dia akan ambil aku dan hantar aku ke Putrajaya semula pada hari Ahad. Karak-Putrajaya-Karak. itupon aku masih tak reti nak hargai dia. kalau dia terlewat sikit ambil aku, dia kata muncung aku boleh sangkut kunci kereta dia. baru-baru ni aku mesej dia.


aku: hey kamu, kita kat TBS ni. ingat tak dulu-dulu kita selalu lalu kat sini, kamu kata TBS ni macam airport?
dia: yeke? besar tak? cantek tak dalam dia?
aku: ntah. kita bukan masuk dalam pon. kita kan tunggu ERL ni. tak sangka la kita akan  jejak gak kaki kat sini.
dia: kalau dengan kita, mesti kamu tak merasa kan jejak kaki kat situ? asyik naik kereta je kan. ada hikmah tak?
aku: choi!! hikmah la sangat!!!
dia: hahahahhaha. janganlah marah.

ada sebab kenapa hubungan kami tak dapat diteruskan. demi kebahagian semua pihak. tapi aku happy 4 tahun dengan dia. dia ajar aku erti setia. erti sabar. erti rindu. erti cinta. erti sayang. dan sekarang, walau kami bukan lagi pasangan kekaseh (ceyyy, poyo), dia tetap kawan aku.


yup. dulu aku tak berdikari. macamane nak berdikari kalau asyik dengan dia je. tapi sekarang tidak lagi. sekarang ni aku rase, aku la wanita paling berdikari dalam dunia ni. walaupon berdikari aku tu cuma sebab aku balik Karak sendiri je. but at least, ok la kan. pengajaran yang aku dapat bila putus cinta ni, adalah, when someday, aku jatuh cinta semula, aku takkan bergantung harap dengan boyfren aku tu 100%. cukup lah sekali aku bergantung hidup, bergantung harap dengan dia dan akhirnya bila putus, aku terjelepok jatuh macam nangka busuk. menangis aku kat KL Sentral tu tau bila 1st time aku kena balik naik bus ke Karak. yela, bayangkan betapa lama aku tak naik pengangkutan awam kan. semua tu ada hikmah kan. yelah, betol la apa yang dia kata tu. bila dia takde, ada hikmahnya kan.

sekian.

No comments: