Aug 19, 2011

Kerana Allah sentiasa uji kita demi untuk mengingatkan kita

aku terpanggil (watdeheck ayat kau ni, reena) untuk buat entri ni bila melihat kakak opiz aku sekarang ni yang sentiasa busy. bukan busy kerja. tapi busy dengan masalah yang melanda keluarga dia (sekali lagi, watdeheck?).

ayah dia sekarang di tahan di wad untuk operate kaki. dia cerita yang dia memang tak menang tangan nak buat semua dalam satu masa. ye la, dia pon kerja makan gaji macam aku. as a civil servant (wah gitu) kami di peruntukkan cuti sekian sekian sepanjang tahun. dia pulak dua beradik. jadi memang dia runsing la macam mane nak jage ayah dia lagi, nak kerja lagi yang sentiasa berlambak. aku tengok dia pon macma tak cukup tidor. tak pela, itu pengorbanan dia sebagai seorang anak. semoga dia tabah :-)

aku nak cerita ni. nak gak menyelit cerita aku kan. kata blog personal. haruslaaaaa. masa tahun 2004, arwah abang aku di diagnos ada lukimia. masa tu, aku rasa macam batu besar hempap kepala aku. ye la, abang aku ni memang dah sakit2. cuma dia memang taknak ke hospital. jadi satu hari, abah paksa dia ke hospital. sekali ambik kau, lukimia. lukimia ok. bukan sakit gigi ke hape.

masa tu aku belajar di UIA. abang aku di masukkan ke hospital besar KL. jadi aku la yang paling dekat nak jaga dia. dulu, everytime cuti atau habis kelas, mesti aku gi lawat dia. aku pernah jaga dia 2 minggu kat hospital masa sem break. semua staf hospital tu aku dah kenal. kita yang menjaga ni pon dah jemu dok hospital. inikan pulak yang sakit tu. tapi abang aku ni jenis tak banyak merungut dan kuat semangat. satu hari tu dia nak sangat makan KFC. pergila aku mengagau cari KFC. tapi aku tak tau kat mana KFC terdekat. ye la, aku pon takde kereta masa tu. nak tau aku pergi mana? aku naik LRT pergi beli KFC dekat central market. gigih tak aku. demi memenuhi permintaan abang aku. dapat tengok dia makan tu buat hati aku puas.

bila kena kanser mesti ada kimoterapi kan. so abang aku tak terlepas dari kimo ni. satu hari, lepas dia habis kimo tu semua, aku pon datang lah jengok dia. tapi bila aku sampai kat katil dia, aku tak nampak pulak abang aku. yang aku nampak, semua pesakit-pesakit yang botak dan muka pucat. aku pon berdiri la tengah2 wad tu mencari abang aku. aku dengar pesakit-pesakit tu semua gelakkan aku. rupa-rupanya abang aku tu ada kat depan aku je. aku je yang tak kenal sebab muka dia dah membengkak macam belon tu dan hitam legam. kesian betol aku tengok dia. nak marah pon ada sebab dia main-mainkan aku kan. pulak tu berpakat dengan kengkawan dia pulak tu.

bila jaga abang aku tu, aku kenal dengan kawan-kawan dia yang senasib dengan dia. bila dorang suruh aku turun bawah pergi beli makanan ke, paper ke, majalah ke, mesti dorang bagi aku upah. dorang sentiasa positif tau walaupon dorang tau nyawa dorang tu di hujung tanduk je.

pernah satu hari, aku jaga abang aku. bila malam je, abang aku macam sesak nafas. aku pon panggil la doktor. ya Allah, air mata aku merembes2 keluar bila doktor suruh panggil ibu n abah datang hospital sebab takot tak sempat. aku taknak call. aku jadi takut. tapi Alhamdulillah, pernafasan abang aku kembali normal. boleh pulak dia buat lawak " abang bukan nak mati lagi". ye la tu. aku dah macam nak putus nyawa dah ni tengok dia macam tu.

tapi Allah itu maha besar. dia bagi kesembuhan pada abang aku. dan pada 2005 dia bebas dari lukima ni. satu keajaiban. dan bila dah balik rumah, abang aku bagitau yang kawan-kawan dia kat wad tu semua meninggal. cuma abang aku je yang survive. 

cuma ye la, tuhan tu sentiasa nak uji kita kan. akhirnya, bila sembuh dari lukimia, dia bagi pulak sakit lain pada abang aku. sehingga la dia pergi pada 2009. ah, malas lah aku nak cerita. satgi aku menangis pulak.nah tengok pic dia 3 hari sebelum dia pergi. dia yang snap sendiri.




Alfatihah. kami rindukan abang. sangat sangat sangat.

Sekian

No comments: