Aug 22, 2011

Kerana mengumpat itu best???

Jumaat lepas, aku dengar satu ceramah agama yang di anjurkan oleh jabatan aku bersempena bulan Ramadhan ni. pada aku, memang banyak la input yang aku dapat. walaupon, biase la, bila time ceramah je, mata pon mula lah layu je. tapi aku gagahi juga. cewah. ye la, bukan senang kan nak dengar ceramah macam ni. lagipon ustaz yang bagi ceramah tu agak terkenal la juga. nama beliau Ustaz Salahuddin bin Mohamed. sila lah google kalau nak tau siape ustaz ni.

salah satu point yang menarik minat aku adalah bab-bab mengumpat. ehem ehem. i kan perempuan. so, kengkadang (i said kengkadang hokay) termengumpat tu perkara biasa. hehehe. so, bila poin tu best, aku pon nak take note la. but too bad, aku berlenggang kangkung je ke ceramah tu. nasib baik bawa henfon. yup, henfon tak boleh tinggal. so taip note kat henfon je lah.

ok, dalam Islam ada jenis umpatan (seswai ke eh gune ayat ni. aku dah tak boleh pikir ayat lain dah) yang di benarkan. ada 4 kalau tak silap aku la.

1. dalam berbisnes. ok, ustaz tu kata, bila kita nak mula kan bisnes, kita dibenarkan mengumpat. eh, tapi bukan mengumpat berlebihan tentang keburukan orang tu. cuma, bila kita nak berbisnes, mestila kita nak cari partner yang ok, pekerja yang ok. yang tak memudaratkan bisnes kita. so, disitu la terletaknya hak kita untuk merisik-risik tentang partner or pekerja kita itu dari orang yang terapat dengan mereka. just nak tau ok ke tak.

2. dalam memilih pasangan. ni pon same lah. kita mesti nak tau kan pasangan kita tu ok ke tak. takkan nak pakai sauk je. kang bercerai berai pulak di akhirnya. so, ni gunanya mengumpat tu. just tanyakan pada orang yang terapat dengan pasangan kita tentang macamana si dia ni, ok ke tak. tapi cukup sampai situ je la. jangan lelebih pulak. kang dari niat baik jadi dosa pulak.

3. dalam memilih ketua. takkan aku nak kene terangkan jugak. korang kan bijak.

4. bila kita di zalimi. bila kita difitnah, adalah menjadi kewajipan untuk kita membersihkan nama kita jika kita betol2 tak bersalah. kalau kita berdiam diri, lagi lah orang fikir kita bersalah. masyarakat sekarang ni macam tu pesen nye. so, mengumpat dibenarkan. bukan mengumpat ape pon, cuma kita bagi tau la kat orang lain yang si polan ni memburukkan kita demi menutup kesalahan dia ke, ape ke. sediakan sekali dengan bukti. jangan duduk menangis kat tepi peti ais je. tegakkan kebenaran kalau kita benar-benar tak bersalah. ceewah.

Sekian.

2 comments:

kaizen said...

terbaik!!! pasni mengumpat bende2 yg boleh ni je ek...

Reena Kamarudin said...

huhuhu.