Aug 18, 2011

Kerana aku juga penakut seperti kamu. ya, kamu.

Dalam hidup ni tipu lah kan kalau takde perkara yang kita tak takut. paling takut sudah tentu pada Allah. sebagai seorang muslim, itu adalah ketakutan yang utama. but kat sini aku bukan nak try jadi ustazah. nama pun blog personal. ofkoz lah yang ditulis semua berkenaan dengan diri aku. kalau tak sikit, banyak. mestilah kena banyak baru mantop.

1. Kehilangan orang tersayang. aku paling takut kehilangan orang-orang yang aku sayang. walaupon aku tau semua tu kuasa tuhan. aku tak dapat bayangkan satu hari nanti, bila aku bangun tidor tanpa family aku. menda ni dah terjadi pon dalam hidup aku. abang aku pergi tinggalkan kami pada 05.09.09. perit. pedih. lama gak la aku tak dapat terima hakikat. bila teringat dan rindu pada dia, cepat je airmata ni mengalir. siapa yang pernah hilang orang tersayang tu, tau la macamana rasanya kan.

2. Bersendirian. ok, kengkadang, aku memang suka sendirian ni. yela, kengkadang, otak kita ni terlalu penat dengan hiruk pikuk kat dunia ni. tiba masanya, kita nak tenangkan otak kita. macam tu juga lah aku. bersendirian ni maksud aku, bila kita perlukan sangat2 kekuatan dari sesorang terutamanya family kita, tapi dorang takde. ha, macamane? takkan nak mintak tolong dari orang asing. eii, idaklah teman.

3. Kesempitan duit. ok, yang ni paling aku takut jugak la. yelah, pada aku duit adalah salah satu jaminan kebahagiaan. siapa kata tak tu, memang menipu. duit sangat penting. berapa banyak kes cerai laki bini sebab takde duit. now tell me.

4. Naik kereta yang driver nya bawa laju nak mati. Memang tak la kan. aku memang sangat fobia dengan orang yang bawa kereta laju ni. sebab aku ada pengalaman ok. masa tu aku naik dengan member lelaki aku pergi Klang. dia bawa tak la laju mana tapi laju jugak la pada aku. sekali bammmmm langgar teksi buruk apek kat depan. menggelabah aku menangis kat situ jugak. yang dia pulak menggelabah pujuk aku. ha tau takut tengok aku menangis.

5. Katak. Family aku tau la betapa aku takut sangat sangat sangat sangat dengan katak. tengok. terlalu takut sampaikan aku taip sangat banyak kali. takut dan geli ok. masa kecik dulu, pakcik aku pernah letak katak tepi pipi aku time aku tidor. aku terjaga sebab rasa sejuk sangat. apa lagi, menjerit meraung la aku. sampai demam-demam aku tau. kalau ada katak depan aku, walaupun jauh, memang aku takkan melintas depan dia. sori eh katak.

6. Ditipu. selalunya dengan boyfren la. memang pantang aku ditipu. eh, aku tipu takpe. kalau dekat luar tapi kata kat rumah. memang nak kena la tu kan.

7. Hilang kepercayaan dari ibu dan abah. bila dah hilang, nak dapatkan semula tu memang payah. macam aku gak la. bila sekali aku ditipu, aku payah dah nak percaya pada orang yang tipu aku tu. so, macam tu jugak la dengan mak bapak kita kan. sekali kita dah menipu dan dorang dapat tau, mesti kita dah payah nak dapatkan semula kepercayaan tu. so, jangan menipu!

8. pergi shopping, bila nak bayar, duit tak cukup. ni memang tak pernah berlaku pada aku. sebab aku jenis membajet apa yang aku nak beli dengan duit yang ada dalam purse aku. cuma aku takut, kot-kot lah aku terlupa, terleka kan.

9. Diekori. Ni sejak duduk putrajaya ni, memang ni yang paling aku takut. almaklumlah, aku ni tinggal di flat antarabangsa. banyak orang-orang asing kat situ. pernah sekali, aku turun bawah pukul 10 mlm sebab nak beli air mineral since that aku jenis tak minum air yang di masak (macam diva tak aku). rumah aku tingkat #. bila nak naik, aku tekan la butang lif. tapi sampai je tingkat * ada abangla 4 orang naik. aku pon mengagau keluar lif sampai tercampak air mineral tu. nampak sangat takutnya. mesti abangla-abangla tu cakap "macamkan kita ni nak rogol dia". eh heloooo, kaum perempuan kena sentiasa beringat hokay.

10. Hujan yang maha lebat bila aku dalam kereta. oh yang ni aku bukan takut. tapi tak suka. bayangkan,kita duduk dalam kereta time hujan lebat sampai jalan pon tak nampak. dulu kalau naik dengan di mesti aku yang jadi co-pilot. sampai dia pon bengang dengan aku. "kamu ke kita yang driver ni"?.eh, mestila. nyawa aku lagi penting tau.

11. Keluar simpang. ok, sekarang ni, bila aku dah pandai bawa kereta, saat yang paling takut adalah bila nak keluar simpang. makan masa gak lah. huhuhuhu. takot wooo. tak dapat mengagak kereta tu jauh lagi ke dekat dah ke. kesimpulannya, aku memang tak suka bawa kereta.

12. Ditengking tanpa sebab. perlu ke nak jelaskan? aku tak pekak la yang kau nak tengking-tengking. cakap romantik-romantik dah lah. eh?

13. Melihat eksiden. ni siapa yang tak takut kan.

14. Bila terpaksa mengecewakan orang-orang tersayang.

15. Tunggu bas sensorang. even kat putrajaya ni pon, aku selalu takot nak tahan bas. takot bas tu tak stop. muahahaha.

sekian.

No comments: