Aug 17, 2011

Kerana belum ada jodoh lah makcik. kecoh betol.

Hah, aku tak peduli. kata wordless wednesday kan. tapi aku nak gak menaip. huhuhu. apa yang aku taip ni nanti adalah apa yang aku rasa saat ni. luahan hati aku. atau mungkin luahan hati wanita-wanita lain.

sekarang ni, aku agak berat vontot untuk ke rumah kenduri orang kahwin. tak. bukan sebab aku pemalas. bukan juga sebab aku takde baju cantik nak di pakai. tak. bukan tu. sebabnya adalah, aku tak boleh tengok pengantin tu. jiwa aku luluh. luruh. merintih hiba. ok, aku poyo. hehehehe. bila tengok pengantin, mula lah aku rasa macam nak lari balik rumah. sebab pengantin perempuan mesti kelihatan gojes macam fazura. ya, jeles. aku jeles.

dan aku juga malas nak menjawab pertanyaan makcik-makcik kecoh yang suka menanyakan pada aku 
" kamu bila lagi?"
"anak si timah tu dah dua, kamu bila lagi nak merasa?"
"bila nak kahwen ni?"

ya. itulah pertanyaan yang selalu aku akan dapat bila ke rumah kenduri kahwen atau pon selalunya bila berjumpa kakak-kakak sedara atau pon memakcik aku. ya, aku sedar umur aku dah 26. tapi belum 30 lagi. relax la makcik oi. kawan baik aku ajar aku satu jawapan yang agak kurang asam di situ. dia kata, bila orang tanya bila nak kahwen, aku kena jawab

"nanti dah nikah, saya kahwen la". ohya, dulu-dulu aku selalu tertanya-tanya apa beza kahwen dan nikah. selalu aku dengar dari senior-senior dorang cakap macam ni

"kahwen dah, nikah je belum".

apa maksud tu. aku kan naif (laaa sangat) masa tu. sekarang aku dah tau apa maksudnya. agak kurang asam kan maksud dia.

berbalik kepada isu aku tak kawen lagi ni. aku tak faham kenapa bila usia menginjak 25 ke atas, soalan yang selalu di tanya adalah bila nak kawen? bila nak berdua? bila nak bernikah? hey, meh sini aku nak bagi tau. siapa yang taknak kawen? siapa yang taknak bersuami/beristeri? siapa yang taknak bila bangun pagi je, orang yang dicintai ada depan mata? siapa yang taknak sediakan sarapan untuk orang yang dicintai? siapa yang taknak memeluk orang yang dicintai time tidor, eh, time kita ada masalah? siapa? siapa? takde siapa yang taknak. semuanya nak berteman. supaya nanti ada pewaris.

cuma masalah orang yang tak kawen lagi adalah kerana JODOH BELUM DATANG lagi. kalau dah ada jodoh, jangan pulak menolak kan (tak, aku bukan gelojoh ok). tengok la jugak serasi ke tak dengan jiwa kita. jangan pakai sebat je. orang nak berlaki, kau pon nak berlaki. penyudahnya, bercerai berai. tak. aku taknak macam tu. aku nak, aku hidup dengan suami aku sehingga ke akhir hayat aku. ceewah.

pada aku 26 masih muda la. kalau dah 40 tak kawen lagi tu, ya buat aku risau. (maaf ya, perumpamaan saja). aku juga pernah berharap pada satu hubungan untuk berakhir dengan satu ikatan yang suci, tapi akhirnya tak kemana pun. jadi aku taknak berharap lagi. biar ia datang sendiri.

siapa lah yang taknak kahwen. kalau ada yang taknak tu, mungkin segelintir je. eh, tapi aku ada member. kakak dia taknak kawen sebab pernah kecewa dengan lelaki. kecewa yang teramat sangat la tu kan sampai tertutup pintu hati nak terima lelaki lain. padahal, kakak dia tu, cun tau. sekarang dah 30 lebih kot umur dia. dia menolak untuk kawen sebab mungkin hati dia tak dapat terima lelaki lain selain dari lelaki yang pernah kecewakan dia tu. mungkin kah aku pun akan jadi macam tu. hanya masa yang akan menentukan.

pada aku, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ni, ada hikmah tersembunyi.  memang hikmah tu, ditunjukkan satu-satu depan aku. dan aku bersyukur aku boleh lagi berfikir secara waras.

aku cuma mampu tersenyum untuk setiap pertanyaan yang ditujukan pada aku. yelah, takkan aku nak menangis kot. kalau nak menangis pon, tunggu dalam bilik la. hehehehe.

Sekian.

5 comments:

Nor iZzaTul izRin ZakAria said...

zaman skrg ne xkisah kot kwen lmbt skit.. enjoy puas2 dulu.. kawen muda2 pon lau xbahagie ape gune kn kawan ;)

Cik Rai @SeriGala said...

~ dah nikah nanti, saya kahwin laaaa ... cam kenal jek, hihihi

Reena Kamarudin said...

Izzatulizrin: betol tu. huhuhuhu (sedapkan hati sendiri)

Reena Kamarudin said...

Serigala: hahahah. ayat ko la yang. ayat sape lagi

Unknown said...

peduli je ape org kate.... susah @ senang kite yg tanggung... klu t'lampau ikut kate org n jd pape hal xde nye dia nk amik kisah... sabar je byk2... smpi mase t ade la...