Jul 14, 2011

Kerana itu takdir-Nya

ada orang, perjalanan hidup dia sangat indah dan teratur. tak pernah ada masalah yang besar melanda. very smooth. sentiasa bahagia dan tersenyum. ye, tapi tak ramai macam tu. ada orang, perjalanan hidup dia biasa-biasa je. kadang ada gembira dan kadang ada duka. itu aku.

kadang hidup orang tu sangat indah. namun terkadang, sangat pilu. (wah, macamkan kau tu lone ranger kat dunia ni). but yes, sometimes, kita kena rasa kesedihan dan kesusahan untuk kita hargai apa itu erti kehidupan. untuk manusia yang hidup kat Malaysia ni, rasanya 90% masalah bukan masalah peperangan atau kebuluran. tapi masalah hati, jiwa dan perasaan. seperti aku, di kala ni. oh, macamane untuk aku mentafsirkan apa yang bergelodak di hati dan fikiran ku sekarang. aku jua menangis like the other girls.

kadang-kadang airmata mudah mengalir when it comes to family matter. and sometimes, love matter. tapi untuk masalah cinta, aku payah nak nangis. mungkin sebab abah pernah pesan pada aku " jangan jadi bodoh menangis untuk lelaki yang bukan milik awak" aku ingat pesanan itu. sampai kini. terima kasih, abah. untuk nasihat menikam kalbu. namun terkadang, riba ibu akan jadi tadahan airmata aku di saat hati terguris kerana cinta. perghhhhh. kenapa kau tetiba melankolik malam ni, reena???

tapi malam ini, airmata gugur lagi. apakah aku bukan anak yang baik. apakah aku bukan kakak yang baik. lantas seseorang yang sentiasa menenangkan jiwa aku, aku mesej.

"call jap" ringkas saja aku mesej dia. itu biasa sebab aku kedekot kredit. muahahahah.

tak sampai 1 minit, lagu Justin Bieber-yang-aku-rasa-best "that should be me" berbunyi. lantas, airmata tak tertahan lagi di saat dia menanyakan kenapa. huwaaaaa. aku menangis bagai nak gila. orang di sana seperti biasa dan lazimnya, sentiasa tenang. ya. dia seorang yang sangat tenang. kalau aku meroyan dulu-dulu  kat dia, dia cuma diam. bila aku dah senyap, dia akan tanya " dah habis?" masa tu la aku rasa macam nak gigit telinga dia kasi putus. eh??

lalu sesi luahan perasaan berselang seli dengan tangisan bermula. aku rasa, budak rumah aku mesti pasang telinga nak dengar kenapa aku menangis. hahahahah. gasak lah.
"kamu, dah, dah. jangan macam ni. jangan bersedih macam ni.bla bla bla.." bla bla bla tu sebab aku tak dengar apa dia zikir kat telinga aku, sebab aku sibuk menangis. wakakakakaka. but yes, sometimes, menangis tu buat kita jadi lebih ok even masalah takkan selesai. bila dah puas sesi menangis-sapu hingus, aku pon turun ke 7e dan beli aiskrim milo. dan sekarang menaip entri ni. faham kan? betapa aku mengada kan? tidak. itu lah aku. aku cuma perlu buat sesuatu yang dapat lega kan apa yang tersirat di hati aku.

dan aku lega dapat dengar suara dia. dia yang 4 tahun sentiasa ada di sisi aku walau kami sudah takde apa-apa. aku lega bila dia tolong carikan solusi (wah, ayat tak boleh bla).

dan aku lega dapat makan aiskirim milo cup RM 1.50. lega!!!

sekian.

2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

best la... bile sms "call jap" trOs je die call ..

Reena Kamarudin said...

huhuhuhu