bila tengok kawan aku post entry pasal telefon bimbit @ henfon yang dia pernah guna, aku pon mengada-ngada nak cerita pasal henfon yang pernah aku pakai.
henfon pada aku ada la keperluan sekarang ni. bukan lagi aset yang perlu ditayang. kalau takde henfon, aku tak tau cara macamane untuk aku tau keadaan family di karak dan aku tak tau cara macamane untuk aku meroyan dekat dia dulu-dulu. Unless kalau ada public fon sebelah rumah. tapi macam lah aku rajin bebenor nak bertenggek kat depan public fon tu. aku lagi suka SMS dari telefon. bukan aku kedekot kredit tapi dah aku memang macam tu. 10 minit pertama aku memang banyak idea nak borak apa. tapi selalunya selepas tu aku banyak diam. sebab tu bila kawan baik aku, nama apek dan choi telefon, aku lebih banyak diam. ye, i pendiam hokay.
aku start pakai henfon masa aku dekat matrik. masa tu dapat duit Yayasan pahang pergi bentong, beli henfon dekat kedai cina dekat traffic lite depan bank hong leong tak silap. ya, jangan nak tipu aku kalau takde student yang tak pernah guna duit PTPTN beli henfon. mesti ada. tapi masa ni, ibu kata, henfon tu penting untuk dia tau keadaan aku kat matrik nanti. first nyawa aku adalah
-
-
-
-
-
-
-
masa tu rasa ni lah henfon paling comel pernah aku jumpe. kira kalau sesape pakai henfon ni, dia macam pakai ipad atau samsung galaxy la. gila riak aku masa ni. button dia kecik je. sangat comel. |
kemudian kan, start la era orang hantar MMS segala. jadi aku pon tanpa segan silu, berzikir dekat telinga ibu untuk beli henfon yang ada kamera. tapi bukan guna duit ibu ok. tapi guna duit PTPTN. hehehehe. masa ni aku tengah kapel dengan sorang mamat ni. dia dah pakai N-gage. jadi dia selalu la suruh aku hantar pic aku kat dia. hai, semuanya indah masa remaja kan. ni la henfon nye.....
-
-
-
-
-
-
ni lah henfon kesayangan saya masa itu. masa itu. ya, masa itu. saya sayang kamu :-) |
satu hari, dia bawa aku jalan-jalan ke temerloh. untuk beli henfon baru. hehehe. dia pon nak henfon baru jugak. jadi pergilah kami ke kedai the one mobile di temerloh. dekat 2jam kitorang di kedai tu. dia dah dapat henfon dia. cuma aku je belum lagi. maka, dia telah menghasut aku dengan mengatakan henfon yang tu cantik. aku pon tengok. ya, memang chantik dan boleh buat cermin. tapi harga dia masa tu RM999. tapi dia kata ambil je kalau suka. aku yang pantang di offer ni pon ambil la. boleh masuk memory card 1gig masa ni. ni la nyawa saya itu...
-
-
-
-
-
tahun 2008-2009-->hai, saya sangat shining kan. samsung f330. cool tak saya???? |
tapi betol lah kan, aku mudah jemu. sekali lagi aku dan dia ke the one pada tahun 2009 untuk cari henfon baru. hehehehe. dia cakap henfon ni cantik. maka aku pon setuju. dia belikan aku.....
-
-
-
-
-
-
-
2011-sony w508. dia beli untuk aku di the one mobile. dan henfon aku sekarang. ok dan tak bermasalah. |
ya, percayalah, dia memang banyak belikan aku henfon sebab aku suka tukar-tukar henfon. tapi, aku tak pernah mintak yang mahal-mahal. paling mahal pon samsung F330 tu je la. orang dah nak bagi, kita terima jela. ye tak. haih, bila lagi dapat tukar henfon ni. huhuhuhu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment