Aug 4, 2011

Kerana senarai-senarai ini jarang didapati di dalam diari wanita/gadis

kalau nak diikotkan, setiap gadis/wanita dalam dunia ni ada senarai atau ciri-ciri lelaki idaman kan? well, tipikal senarai such as beriman, baik, penyayang, penyabar, pembersih and bla bla bla. kalau nak lagi rare, ciri-ciri fizikal mesti dimasukkan sekali. atleast, once in a lifetime, woman akan berangan nak miliki selebriti or even footballer untuk dijadikan suami. as for me, DAVID BECKHAM la sape lagi. huahuahua. dulu, dia pernah uji aku, kalau aku jumpa BECKHAM ape aku nak buat. eh. ofkoz la aku peluk dia. peduli ape aku. ngeeeee. so, dia bengang di situ. siape suruh tanye.

kalau dulu, masa zaman sekolah atau study, aku memang suka lelaki yang pandai main bola la, pandai main gitar la. memang woman akan ada ciri-ciri ni yang dia nak kat lelaki idaman masa zaman-remaja-tak-matang. betol tak. aku pernah kapel dengan mamat ni yang memang terer giler main gitar. cakap je lagu apa yang aku nak, dia mesti tau main. tapi setakat pandai main gitar je la kelebihan dia yang aku nampak. ate nye, aku mentah lagi time tu. nak expect ape kan?

tapi, aku juga (or maybe other women out there) ada simpan dalam hati, ciri-ciri lelaki idaman dulu atau sekarang yang jarang terlintas dalam kepala otak. betol tak. here are the lists yang aku rase, wah, aku sorang je yang cool ade senarai macam ni.

1. ANAK YATIM PIATU

wah. macam cool je kan kalau aku kawen dengan anak yatim piatu. paling bertuah mase time raye, kitorang akan balik rumah aku je kat Karak. mesti bahagia aku rase. satu lagi, honestly, aku ni tak la berapa pandai nak melayan orang tua. muka aku akan nampak macam bodoh gile kalau berbual dengan orang tua. sebab aku tak reti nak sambut perbualan orang tua. tapi aku hormat orang tua tau. (sila kira perkataan orang tua). satu lagi, kalau anak yatim piatu ni selalunya more independant. betol tak? selalunye la kan. sebab dia hidup sendiri tanpa bantuan mak ayah, unless kalau dia membesar di rumah anak-anak yatim. tapi still dia pandai berdikari. betol tak?

2. BOLEH TAHAN DENGAN WARNA PINK

kawan-kawan rapat dan family aku tau la betapa aku obses dengan kaler pink. kebanyakan barang aku adalah kaler pink. bukan takde warna lain, tapi selalunya pink akan jadi pilihan aku. u name it. baldi,selimut,berus gigi,pen,berus basuh baju,bantal,semualah! semua warna pink. dan aku berangan if i'm getting married someday, tema bilik tidor aku adalah pink. baru lah romantis. lalalallalalala. ade setengah lelaki will feel sick macam nak muntah dengan kaler pink. kenape eh? pink tak bersalah tau. huhuhuhu. so aku harap, one day i'll meet a guy yang boleh tahan dengan ke-pink-an aku. lagi bagus kalau dia boleh pakai tshirt kaler pink. ok, just kidding.

3. MEMPUNYAI KETAHANAN TELINGA YANG KUAT

ok. ni penting. becoz, hobi aku bila naik kereta, aku suka menyanyi. bukan menyanyi yang humming tu ye yang suara kepit macam FashaNakSandar tu ye. Bukan! aku kalau menyanyi dalam kereta memang bangsa macam menyanyi dalam karoke tu. hehehe. nak-nak pulak lagu dari kumpulan May meniti suratan. memang aku tak kasi can la. lagu favret tu. jadi aku harap, aku akan jumpe lelaki yang tak kesah aku menyanyi macamane pon.

4. TENANG

kenape? sebab aku seorang yang kelam kabot. aku suke menjatuhkan barang. aku sangat clumsy dan sangat cemerkap (memang tunggu time je nak pakai perkataan cemerkap). dalam sehari, bukan Reena namanya kalau aku tak jatuhkan barang, tak panik dan tak kelam kabut. adik aku tau lah aku macamane. tapi bila aku dalam situasi yang sangat-sangat genting, boleh pulak aku bertenang. jadi aku harap, aku akan jumpe lelaki yang boleh tenangkan like
"shh shhh, saya ada dengan awak selalu"

5. ANTI-SOSIAL

aku bukan tak pandai bersosial. pandai. cuma bukan all the times. ade masa-masa tertentu, aku lagi prefer buat hal sendiri, pergi kedai makan yang tak ramai orang etc. dulu, masa dengan dia, kitorang suka pergi kedai makan yang tenang dan tak sesak dengan orang. mungkin dari situ, sifat anti-sosial aku wujud kot. hehehehe.


tu je la yang mampu aku list kan. yela, siape la aku nak mintak lebih-lebih. kalau aku chantek macam Fazura tu takpe la juga nak mintak lelebih. senang hati la juga lelaki nak bagi kat aku. tapi ape pon semua list ni cuma sampingan je bak kata orang. aku still nak lelaki yang beriman yang boleh jadi imam, yang boleh bimbing aku dan anak-anak aku ke jalan yang benar.

Sekian

No comments: