Jun 12, 2023

Hidup baru bergelar seorang ibu

 Akhirnyaaaa i am a mother. 

A mother to a daughter---Areesha Iman binti Jasni.

Sekarang Areesha Iman dah berusia 1 tahun 2 bulan. Dah banyak keletah, dah banyak perangai yang kelakar dan menghiburkan. Kalau sebelum ni hidup berdua ada masanya sunyi, tapi tidak sekarang.

Masih aku ingat, masa mula-mula kawen awal tahun 2020, semasa PKP mula bertapak. Cei ayat taknak kalah. Masa PKP tu, aku rasa sangat sedih, rasa kosong. Walaupun Jas memang penghibur tapi tidak menghalang aku untuk rasa homesick dekat rumah di Karak.

Nah.

Bila Allah hadirkan little angel, Areesha Iman, aku rasa inilah anugerah terindah yang tiada nilainya. Susah nak gambarkan rasa itu macamana.

Kesakitan saat nak melahirkan tu hilang bila dia dalam dakapan kita. Tengok pipi pau dia tu betul betul ambil pipi aku, aku rasa macam alahaiiii aku dan Jas berjaya buat dia ni akhirnya. HAHAHAHA.

Macamana tahu pregnant.

Bulan 7 2021, aku rasa macam badan aku lesu. Cepat penat. Tapi aku biarkan saja. Aku rasa maybe aku penat kerja yang berlambak tak pernah habis.

Bulan 8 2021, aku tetap jogging macam biasa ya. Pagi dan petang. Tapi itulah, bila jogging jadi penat gila yang penat sangat tapi aku gagahkan juga.

Andddd, hidung aku tersumbat. Like tersumbat yang betul betul buat kau rimas. Lepastu aku google tanda-tanda pregnant, macam ada sama dengan aku ciri-ciri tu kan, tapi paling nyata period dah lambat. Hahaha. Lepas tu masa nak tidur cakap kat Jas "macamana kalau kita pregnant?". Jas suruh buat test. 

Esoknya keluar merayau bandar, singgah beli pregnant test tu kan. Balik rumah terus buat. Tak lama terus naik 2 line jelas dan nyata. Aku jerit panggil Jas

"Aaaabannnggggggg, kita pregnant"

Jas bergegas masuk toilet. Dan tunjuk dia. Dannnn aku menangis ya.

Bukan menangis gembira tau. Tapi menangis takut dan cuak. HAHAHHAHA.

Dah siap semua, naik ruang tamu, duduk dekat Jas

Aku: ini semua salah abang.

sambung nangis lagi. HAHAHAHAHAHA bodohlah kalau ingat ya.

Jas: eh kenapa pulak. Patut sukalah mengandung. Ini kan rezeki yang ditunggu-tunggu

Aku: kita takuttttttt

Jas peluk aku.

Nangis lagi. Kalau ingat rasa nak bantai muka sendiri.

Okay, sebenarnya aku memang tunggu nak pregnant.

Satu rahsia nak bagitau, kalau kat opis, aku selalu beli pregnancy test tu melalui foodpanda.

4 kali beli. Buat test dalam toilet opis.

So bayangkan, bila satu line tu betapa kecewanya aku. Bagitau result kat Jas pun, dengan nada yang sangat kecewa. Jas akan cakap, InsyaAllah ada rezeki kita nanti.

Jadinya aku tak faham ya kenapa aku kena menangis takut bila aku tahu aku pregnant sedangkan dah lebih 10 kali aku cek mengandung ke tak kalau lambat sikit period.

Entahlah perangai aku ni kengkadang aku sendiri tak faham.

Okay lepas aku menangis beria ia tu kan, Jas peluk aku tu kan, barulah aku waras dan diam.

Aku: abang, kita akan dapat anak

Jas: iyalah, kita akan dapat anak sayang. Anak abang dan sayang.

Macam tulah lebih kurang dialognya.

Kesian Jas nak kena layan perangai bininya.

Buat test dah lebih 10 kali. Bila satu line, sedih kecewa. Ini bila Allah bagi 2 line, kau nangis sedih jugak. Eii bodoh ya kau ni Reena.

Tapi selepas tu aku happy sangat-sangat. Happy sangat sangat sangat sangat dan tak sabar nak jumpa baby. 

And the rest is history.

10/04/2022 pukul 10.44 pagi lahirlah permata hati kami ini.




No comments: