Oct 6, 2017

Lama tak update blog. Tajuk kali ini ialah ibu dan abah.

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat? Di harap semuanya sihat-sihatlah hendaknya ya. Cei. Macam tulis surat pula kaedahnya.

Oklah. Lama sangat ni tinggalkan blog sampai lupa dah macamana nak bercerita.

Ok aku mulakan dengan cerita yang pertama.


1. Kisah Abah.

Dua-tiga minggu lepas, aku, ibu dan abah ke KL sebab ada urusan. Sampai je di tempat yang kami nak berurusan tu, aku dengan ibu naik ke tingkat 19. Abah stay bawah sebab dia malas nak ikut. So, abah tunggu di luar, di bus stop yang ada betul-betul depan bangunan tu.

Selesai berurusan, aku dan ibu pergilah mendapatkan abah. Abah menanyakan tentang urusan aku dan ibu tadi. Aku pun relaks jelah bercerita kan, tanpa menyedari abah dan tersandar di dinding bus stop tu. Yelah, aku ingat, abah saja-saja jelah sandar. Sambil aku bercerita, aku naklah respons daripada abah. Tapi abah diam je. Lepas tu ibu panggil lah abah

"abang, abang..."

Abah diam. Mata terpejam. Masih menyandar.

"abang, abang. bang!!"

Abah masih lagi diam. Tak menyahut. 
Aku pun bingkas lah bangun, pergi kat abah.
Aku goncang-goncang badan abah. Sejuk. Pucat. Peluh dingin.

Allah.
Aku dah cemas. Ibu dah start menangis dah.

Abah buka mata sekejap. Lepas tu aku tengok, mata hitam dia dah takde. Tinggal mata putih je.

Mata hitam dah ke atas. Allah. Badan dia sejuk.

Aku apa lagi, menjerit minta tolong kat security guard macam orang gila.

"Tolong! Tolong ayah saya. Tolong"

Sambil air mata merembes laju. Tangan tak henti henti tepuk tepuk pipi abah.

Allah, Allah. Allah tolong, aku taknak hilang dia Ya Allah. Belum masanya lagi Ya Allah. 
Aku belum bersedia ya Allah.
Itulah ayat yang aku ingat, aku cakap dalam hati.
Sambil airmata keluar tak henti-henti.

Ada sorang abang tu berlari ke kereta ambil air botol.
Dia suruh aku sapu kat kepala dan muka abah.
Badan abah dah lembik, jatuh, aku tahan guna tangan.
Aku peluk abah. Kuat.

Mulut tak henti panggil abah.

"abah, bangunlah. Jangan macam ni. Jangan takutkan kakngah. Abah!"

Tiada respon. Aku tepuk lagi pipi dia.

Ibu di sebelah dah ajar abah mengucap. 

Allah. Allah. Tolong, jangan ambil nyawa abah lagi.

Aku menangis tak henti.
Security guard tu dah nak angkat abah ke klinik yang terdapat dalam bangunan tersebut.

Dan tiba-tiba, abah menganga luas-luas dan berkeruh dua kali. Berkeruh macamana ya nak cakap. Tak reti pula aku nak kabo.

Lepas pada dia berkeruh, dia buka mata. Takde lagi mata hitam ke atas.

Dah sedar tu, dia tanya kat aku "Kenapa Ngah?"

Allah. Abah. Abah tahu tak, kakngah menjerit macam orang gila. Ibu menangis sambil bisikkan kalimah syahadah di telinga abah.
Sebab kami ingat, kami dah kehilangan abah.

Sesungguhnya itulah saat yang paling menakutkan aku. 10 minit yang menakutkan.

Kenapa takut? Sebab aku dah pernah alami nya dulu, dalam ambulans semasa abang kandung aku pergi 8 years ago.
Macam abah ni lah keadaan dia. Mata hitam ke atas, badan sejuk peluh dingin, berkeruh 2-3 kali, dan nafas pun terhenti.

Aku taknak mengalaminya kali kedua. Sekurang-kurangnya bukan sekarang.
Sebab memori tengok abang aku tarik nafas terakhir tu masih lagi terbayang-bayang di mata aku.
Ingat senang ke nak lupa macamana sedihnya aku bila tengok abang aku tarik nafas dia yang terakhir lepas tu terus senyap :(

Aku belum bersedia lagi untuk hilang abah dan ibu.

Allah je yang tahu betapa lemah longlainya badan aku masa kejadian abah tu.

Nak berjalan pun aku dah tak larat. Aku pegang je tangan ibu dan abah.

"Abah, lain kali taknak macam ni lagi ya. Kakngah tak sanggup hilang abah. Sekurang-kurangnya bukan sekarang"

Abah diam je bila aku cakap macam tu. Lepas pada kejadian tu sampailah ke rumah, aku asyik bagitau abah 

"Kakngah tak bersedia lagi hilang abah"

Allah. Masa menaip ni pun, aku masih lagi rasa betapa cemasnya aku. 
Dengan keadaan mata ibu yang tak nampak tu, di manalah kekuatan aku, jika jadi apa-apa pada abah?

Mati itu pasti.
Tapi aku sentiasa mendoakan ibu abah dipanjangkan umur lagi.

2. Kisah ibu.

Selasa lepas, ibu operate mata buang katarak ganti kanta (ye kot term dia). Setelah 5-6 kali temujanji dengan doktor di klinik karak dan hospital, makanya 26hb sept tu menyaksikan yang ibu akan dapat semula penglihatan dia.

Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Dari check up sebulan sebelum sehingga dapat tarikh. Tak perlu tunggu lama pun. Mula-mula doktor kata mungkin kena tunggu dalam masa setahun sebab Q panjang.

Tapi Allah pemudahkan segala urusan ibu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pagi 26/9 tu, aku bangun awal. Ibu pun bangun awal.
Aku tau, dia berdebar. Sebab dari semalam 25/9, ibu banyak mendiamkan diri.
Yelah. Orang kata, mata je pun, tapi bukan kita yang mengalami so kita tak tahu.
Aku layankan je debaran ibu. Aku cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya akan baik-baik saja.

Kalau selama ini, ibu yang banyak menenangkan jiwa resah aku, kali ini aku pula yang menenangkan jiwa resah dia. Hehe.

Sampai saja di hospital, aku pergi daftarkan dulu nama ibu di Jabatan Kecemasan. 
Tapi sebelum itu, aku hantar ibu naik ke tingkat 8 untuk ke wad.

Berjalanlah aku seorang ke Jabatan Kecemasan. Di awal pagi pukul 7.00.
Yang sebenarnya aku ni penakut dengan hospital.
Yelah, hospital kot. Memacam cerita aku dah baca pasal hospital seluruh Malaysia ni.

Tapi disebabkan ini adalah tanggung jawab aku, makanya secara otomatik aku jadi berani.
Kagum.

Dah siap daftar semua, aku berjalan semula ke wad ibu.
Jauh tau Jabatan Kecemasan tu huhu. Bolehlah buat pecah lemak di pagi buta.

Sampai saja di wad, aku tengok ibu dah duduk atas katil.
Tak lama selepas itu, doktor pun masuk untuk briefing ibu pasal operation mata.
Banyak jugalah soalan yang aku tanya.
Sebab takde pengalaman jaga orang operate mata ni kan. Kenalah faham betul-betul.

Lepas doktor dah keluar, sampailah breakfast ibu.
Tak selera pula nak makan katanya. Aku paksa lah juga dia makan. Sebab nanti dalam operation room lapar pula kan.

Ibu makan sikit. Selebihnya aku sebat.
Tak baik membazir woo.

Tik tok tik tok.

1 jam berlalu.
2 jam berlalu. 3 jam berlalu. 4 jam berlalu. 5 jam berlalu.

Kemain lama nak tunggu turn ibu.
Bapak ah. 

Tepat pukul 12.40 tengah hari, nurse masuk bagitahu ibu dah boleh masuk bilik bedah.

Sebaknya dada aku. Huhuhu. Nanti ibu dah boleh tengok dengan jelas. Yeayyy.
Ibu pun duduk atas kerusi roda. Ibu tak bagi aku ikut. Ibu takut aku penat. Tapi aku ok je.
Tapi ibu berkeras tak bagi. Ok fine. Aku tunggu dalam wad jelah.

Aku cium pipi ibu sambil mengucapkan kata-kata semangat.

Selepas ibu hilang dari mata, aku dengan dada yang sebak huhu, turun ke bawah cari abah.
Ohya, abah ikut sekali. Dia mana nak tinggalkan bini dia dengan anak dia berdua.
Dapatkan abah, ajak dia lunch sambil bagitahu ibu dah masuk bilik bedah.

Selepas makan semua (aku pakai telan je sebab tak selera nak makan, teringat ibu) abah ke surau untuk zohor.
Aku buat apa? Kebetulan Allah bagi cuti.
Dan kebetulan lagi, ada jualan kat perkarangan lobi hospital. 
Aku pergi cuci matalah.
Hehehe.
Belek belek mekap. Belek belek lipstick. Sambar dua batang.

Tengok purse macam cantik. Sambar satu.
Murah-murah je barang dia.
Dalam pukul 2.30 aku naik, ibu tak keluar lagi.

Tiba-tiba teringat, tadi di jualan nampak ada orang jual perfume.
Ok, turun bawah semulalah.
So aku pun turun.
Berbulu je mak guard tu agaknya dengan aku. Keluar masuk keluar masuk. Dah macam rumah sendiri aku buat.

Siap beli perfume naik semula ke atas, tengok ibu masih belum ada.
Luruskan kaki, pejam mata sekejap.

Tiba-tiba teringat air masak dah habis.
Turun semula ke bawah beli air. Belek-belek roti, kek. Hmm tak best. Tak beli.
Beli air botol je.

Pukul 3.15 naik atas tengok eh, ibu dah ada.
Alhamdulillah. Terus buat 2 jari tanya ibu "ibu, ini berapa?"

Hehehehe.
Ibu jawab dua.

Ya Allah.
Ibu dah boleh melihat.

Nurse kata nanti doktor akan datang buat check up, masa tu lah tahu boleh balik ke tak.
Aku harap bolehlah balik. Nak muntah dah ni duduk hospital.
Borak-borak dengan kakak katil sebelah. Dengan makcik depan. Semuanya ada 4 orang dalam satu bilik.

Tik tok tik tok. Pukul 5.30 doktor datang. Ibu jumpa doktor.
Pukul 6.00 tak keluar lagi.
6.15 baru setel, kemas barang. Yeayyy ibu boleh balik.

Setelah ucapkan terima kasih pada semua nurse yang tersangatlah baik peramah, kami pun turun.

Aku pergi Jabatan Kecemasan untuk discharge ibu.
Then ke farmasi ambil ubat.
Ibu tunggu di kantin dengan abah.

Sepanjang jalan nak ke Jabatan Kecemasan, aku menarik nafas lega.
Sepenat mana pun aku, aku puas hati sebab aku ada.
Aku bersyukur dapat duduk sekali dengan ibu abah.

Walau ada masa, aku penat. Walau ada masa, aku hampir nak nangis sebab rasa tak boleh buat, tapi kerana ibu abah, aku gagahkan juga.

Terima kasih yang mendoakan ibu.
Komen korang dalam fb tu aku bacakan kat ibu. Nanti ibu tanyalah siapa dia tu.
Aku pun terangkanlah ohh yang ni kawan kakngah masa kat opis lama dulu.
Yang ni kawan fb kakngah.

Terima kasih semua.

Sekarang ibu dah boleh melihat. Dengan mata kiri.
Tinggal mata kanan je belum buat lagi.
Itu maybe next year turn dia.

Oklah dah panjang sangat ni.
Bye korang.

.

No comments: