Duh.
Rujuk semula dengan blog. Ingatkan dah berpatah arang berkerat rotan, kan? Entahlah wei. Tahap malas nak menaip itu rasa menimbun sangat. Kadang-kadang, banyak sangat benda nak cerita nak luahkan nak kongsi dalam blog kesayangan ini.
1. Cerita pasal ibu. Dulu ibu tangkas, kuat dan gagah. Kerja kerajaan selama 30+ tahun. She's the strongest woman that i know. Tapi iyalah, jalan hidup kita Allah yang aturkan. Day by day, penglihatan dia semakin kabur disebabkan kencing manis yang dia hidapi. Sebagai anak sulung (sebenarnya anak kedua, tapi yang sulung dah meninggal so yeah, here i am, menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung), aku cuba kuat. Cuba untuk tidak menunjukkan kesedihan di atas apa yang terjadi pada ibu. Kadang-kadang, tengok dia teraba-raba ambil barang depan dia, yang jelasnya memang betul-betul di hadapan dia saja, aku masih lagi ego dengan mengatakan dalam hati
"Takpe, ibu kuat. Nanti operate, mesti okay"
Dan ianya berterusan setiap kali aku "menangkap" perilaku ibu yang terkial-kial. Setiap hari aku berpesan, jangan masak, jangan basuh pinggan, jangan basuh kain baju. Biarlah pinggan bertimbun ke camne ke, aku balik kerja aku basuh.
Tapi sekuat mana pun aku, atau menunjuk aku kuat, satu hari, di hari Ahad, airmata aku mengalir juga.
Kisahnya, hari ahad lepas, aku, ibu dan abah ke Pekan Sehari (pasar tani) Temerloh tepi Sungai Pahang. Hujan renyai renyai. Nak taknak kena redah jugalah sebab dah sampai. Hujan pun takdelah renyai kuat. Dia macam renyai manja manja gitu ahhh. Tapi kuyup jugalah tudung aku. Ibu memang aku suruh dia duduk setempat, aku dan abah meneruskan misi mencari terung hahah cari terung masam tu uols sebab aku mengidam tahap apa benda entah. But too bad, takde yang jual. Maybe hujan so tak ramai yang keluar meniaga. But that's okay.
Balik, singgah Mentakab untuk makan tengah hari. Tengah enak menjamu selera, abah disapa oleh seseorang iaitu bos lama ibu. Setelah abah bersalaman dengan bos ibu tu, bos ibu pun bertanyakan khabar ibu ayat lebih kurang
"Zan sihat?"
Ibu pun tanya siapa.
Bos pun menjawab "Hai takkanlah dah tak kenal"
Makanya, abah pun memberitahu yang ibu sudah kurang penglihatannya. Bos buat muka terkejut. Aku nak meredakan suasana itu, aku suruh ibu teka.
"Ibu tekalah. Kita main teka-teki. Kenalkan kan suara dia?"
Ibu kata dia tak dapat cam. Abah bagi clue lain iaitu tempat tinggal bos di Kampung XX. So, ibu pun dapat jawab. Selepas ibu dapat cam bos dia tu, bos dia macam happy la kan sebab ibu masih kenal. Kau gila tak kenal bos sendiri. Aku pun nanti sampai ke tua kerepot pun aku akan ingat semua bos aku muahaha. Bos dia beralih tempat (bos dia hanya berdiri) dari sebelah abah ke sebelah ibu.
Kenapa aku menangis? Sebabnya, walaupun bos ibu dah ada di sebelah ibu, ibu tetap memandang ke sebelah abah sambil berborak menanyakan perkembangan terbaru bos dia tu. Sebab dia tak nampak bos dia dah berdiri di sebelah dia. Allah Allah. Masa tu memang airmata aku bergenang, mengalir slow motion sebab sedih sangat.
Aku pun kata "ibu, bos ibu sebelah ibu tu".
Ibu pun mengalihkan pandangan dia.
Allah. Tertusuk di jiwa rasanya. Tapi tangan tetap menyuap nasi. Airmata mengalir juga tapi cepat je aku kesat. Ibu gelak je bila dia salah pandang. Allah. Dia masih mampu ketawa, kan? Redhanya wanita ini.
Bukanlah aku tak boleh terima keadaan ibu. Aku bersyukur walaupun penglihatan ibu kurang, tapi sekurang-kurangnya dia boleh melihat sedikit walaupun terbatas sangat. Orang yang sejak azali buta tu lagilah kan? Cuma entah. Ahad tu memang ahad yang menyedihkan kot bagi aku.
Korang tolong doakan sekali ya, ibu sihat, dapat melihat kembali walaupun tak seterang dulu tapi sekurang-kurangnya dia dapat melihat wajah kami anak-anak dia dan suami :(
Esok final check up. Semoga semuanya berjalan lancar.
2. Kerja sekarang sangat banyak. Tak terkejar rasanya. Tapi taknak cerita. Taknak. Taknak.
3. Kerja sini tak dapat kacau orang haha. Kalau tempat lama, bila penat menghadap pc aku akan bangun dan pergi kacau orang lain dalam 5-10 minit sebelum kembali ke tempat kerja sambung semula mengadap pc. Jadinya di sini, kalau aku rasa nak muntah mengadap pc, aku akan bangun dan turun ke cafe bawah buat-buat beli air, beli kuih ke. Tak pun aku pergi toilet tingkat atas. Janji aku dapat merayau. Aku ni memang tak boleh duduk diam. Itu kira bersyukurlah aku tak membising dah. Jadi pendiam dah aku sekarang ini. Sooo not me.
4. Nanti sambung.
.
No comments:
Post a Comment