Jan 23, 2017

Reena dan Harapan

Aku selalu teringin nak buat sesuatu yang baru. Aku selalu fikir kitaran hidup aku adalah sama dan membosankan. Pergi kerja, balik kerja kemudian tidur, bangun, dan pergi kerja semula. Kitaran yang sama setiap hari (kecuali hujung minggu).

Bila aku berpeluang pindah kerja ke kampung halaman, aku asyik memikir, apa perkara baru yang aku KENA buat supaya aku tak bosan. Yelah, kawasan aku membesar, so aku taulah ceruk mana yang best dan tak best nya.

Setiap hari, bila aku bangun tidur aku memohon kekuatan daripada Allah untuk aku terus melangkah dengan aman damai sepanjang hari. And yes, it wasn't easy. Bila aku mengambil keputusan untuk pindah bermakna aku mengambil keputusan untuk mengubah hidup aku 100%.

Ada satu ketika aku rasa rasa macam hmm apa yang aku buat sepanjang hidup aku ni eh? Tahun 2017 tahun yang aku rasa akan lagi mencabar kot. Tugas kerja yang semakin banyak. CC aku yang akan pencen Januari depan, telan air liur aku rasa sebab dia banyak sangat tolong aku dalam bab kerja ni. Bila ada public datang bertanyakan sesuatu yang aku tak boleh nak jawab, mesti aku panggil dia sebagai penyelamat. Perghh. Rasa nak cakap kat dia i can't live without you please.

Ok bab lain.
Sejenis aku adalah suka buat keputusan secara tiba-tiba. 
Dan inilah, keputusan yang aku buat itu

Klik gambar untuk tumbesaran bagai johan.
Keinginan untuk sambung belajar datang secara tiba-tiba. Walaupun selama ni memang ada rasa "mahu" tapi aku pendamkan saja dan ianya taklah seserius mana. Dia macam angin lalu lah. Kejap nak lepas tu taknak. Ahh gituh.

Sehinggalah penghujung tahun 2016, seorang pakcik datang ke opis dan edarkan flyer pasal OUM ni. Masa tu juga hati aku buat keputusan, i wanna do it, yes i wanna do it. Hari yang sama mendaftar etc. 

Dan semalam  22/1/2017 merupakan kelas pertama aku :)

Memikirkan untuk kembali bergelar pelajar bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati perut aku. Malam sebelum kelas aku nervous gila babeng tak boleh tidur sehinggakan sarapan pun aku tak ambil. Masuk kelas minum air kosong saja, tak bagus untuk permulaan hari sebab sarapan adalah sangat penting. 

Hati berdebar toksah nak kata lah. Sampaikan aku tak nampak mana bangunan OUM nya. Siap dah nak whatsapp abang opis menanyakan manalah celah bedahnya OUM tu. Baru je nak taip salam, kepala aku terdongak kat atas. Laaa, pintu kaca berdepan dengan aku tu la OUM. Aku hanya selangkah nak masuk je. Gila. Nervous sampai tak nampak menda depan mata. Nasib baik tak whatsapp abang opis di pagi ahad kalau tak mau dia kena soal bertubi tubi oleh bininya. (abang opis grad under OUM juga. Dialah yang banyak bagi galakan). Dia kata aku muda lagi, kena grab peluang. Awww aku suka ayat tang muda tu. Sukaaaa. 

Kenapa pilih OUM? Ada yang kata tak baguslah, senang lulus lah, cokia lah apalah. Tapi peduli apa aku. Dah aku nak, kan? Hahaha. Aku pilih sebab yang ni aku rasa "kena" dengan diri aku. Belajar mana-mana ada pro and cons kan? Aku belajar untuk diri aku sendiri. Yang mudah untuk aku attend kelas sebab aku ni kerja sepenuh masa dan tetap. Ada rezeki lain itu cerita lain. 

*****

Aku selalu rasa aku ni anak yang suka mengecewakan abah dan ibu. Aku berhenti belajar di salah sebuah U waktu aku berada di tahun kedua. Jurusan undang-undang. Memang aku nampak betapa kecewanya abah terutamanya. Rasa bersalah, rasa sedih tu aku bawa sampai ke hari ini. Aku hidup dengan rasa bersalah itu. Aku tak pernah luahkan pada sesiapa. Tapi hari ni, takpelah, kasi chance aku luahkan kejap hahaha. Waktu rehat ni wei, kasi chance ahh aku merapu. Dahlah opis gelap. Langit gelap. Tidur pun sedap ni. 

Ok balik ke pangkal jalan.
Bila aku hidup dengan rasa bersalah tu, aku selalu cuba untuk tunjuk yang terbaik untuk abah ibu. Zaman nakal aku, aku sorok haha. Sebab aku taknak abah lagi lagi lagi kecewa dengan aku. Walapun abah tak pernah bagitau aku yang dia kecewa dengan aku, tapi aku tau, riak wajah, senyap dia, air muka dia, memang dia kecewa sangat dengan aku. Allahu. Sampai sekarang, sampai aku taip ni aku rasa sedih gila.

Entah. Aku selalu tak rasa nak buktikan apa-apa pada orang lain. Aku tak suka orang meletakkan expectation yang tinggi pada aku. Aku suka kalau orang rasa "Reena tu biasa-biasa je. Bukan hebat pun. Muka tak lawa, badan gemuk, suara tak sedap" Aku suka begitu. Sebab kalau orang asyik meletakkan high expectation pada aku, aku kena buktikan pada diorang apa yang diorang expect tu adalah betul (kecuali kes selfie ahh kan. Aku memang pakai filter pun. Ada aku kisah?)

Bila aku dah start belajar semula, aku bukan nak abah ibu kembali mengagumi aku (ayat macam harem je kan). Tak. Takde langsung nak buat macam tu.

Aku belajar untuk diri aku sendiri. Aku nak rasa suasana baru. Kawan baru. Dah dapat sorang. Sister bertudung labuh uols. Lemah lembut sangat. Kontra gila suara dia dengan suara aku. Suara aku petir, suara dia ibarat suara angin lalu ahh apa apa jelah ayat ko ni.

Masih jauh lagi perjalanan aku ni. Aku cuma berdoa semoga perjalanan hidup aku sebagai student ni dipermudahkan. Sebab perjalanan kerja dah agak susah---fail berlambak, permohonan banyak huwaaaa takut bila fikir bilalah nak siap semua kerja ni. So, biarlah yang belajar tu senang sikit hew hew hew.

Aku cuma nak buat sesuatu untuk diri aku. Itu saja. Sebab abah selalu pesan "buatlah yang terbaik untuk diri Ngah (aku)"

Itu kira ayat pasrah abah ke apa eh? Huhu. 

Hmm oklah. Nak kembali menyibukkan diri.
Bye.

.



5 comments:

diana aziz said...

Omaigod! tahniah!! awk dah berjaya melangkah ke satu step yg mana smpai skrg sy x berani buat... vahvahvah!Sy doakan awk berjaya & dipermudahkan perjalanan sepanjang pengajian awk di OUM. Aamiiinn..

Reena Kamarudin said...

diana aziz : thanks awak. hehe. buat buat nekad je ni.

Mar Mansor said...

good luck..teruskan usaha

Mia Liana said...

gud luck for study... kak mia pun dulu belajar kat oum...


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

Unknown said...

cari ilmu takde had tau. saya ni, kalau masih ada peluang insyaAllah nak sambung lagi. hihi