Dec 23, 2016

Tak tau nak letak tajuk apa


Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari, 2016 akan meninggalkan kita semua. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kan? Pejam celik, dah 2017. 

Tahun 2016 ni tak banyak beza pun dari tahun sebelumnya pada aku. Cumanya, aku dapat pindah balik ke Pahang, tukar jabatan. Itu perkara terbesar untuk akulah tu untuk tahun 2016. Bukan mudah sebenarnya nak memulakan sesuatu yang baru, tapi Alhamdulillah, aku berjaya :)

Masa sebulan dua di sini (jabatan baru) aku rasa stress. Aku rasa aku tak mampu. Sebab kerja terlalu banyak dan semuanya mengejar kpi. Mana nak layan public yang datang berurusan. Pukul 1, aku masuk bilik fail, aku nangis. HAHA. Yela, nangis jelah aku mampu. Sebab aku rasa aku tak dapat nak kejar semuanya. 

Tapi masuk bulan ketiga dan seterusnya, Alhamdulillah, aku dah boleh ikut rentak. Dan sehingga kini, aku rasa happy sangat dapat belajar perkara baru, dapat deal dengan orang awam, dapat berkongsi secebis ilmu yang aku ada ni dengan pakcik makcik tua yang tak berapa faham pasal sesuatu perkara etc.

Walaupun aku takde kawan di sini, tapi aku happy. Sebelum ni ada, Fairus, Unit sebelah, tapi dia dapat tukar ke Selangor. Haa baguslah. Aku nak balik kampung, dia kena keluar. Menangis-nangis dia taknak. Tapi sebab di sini dia kontrak je, so untuk dapat tetap, dia kena pindah. Dah takde kawan aku ni. Cian. Lonely juga rasanya. KAHHH.

Hidup aku lagi tambah bermakna bila dapat duduk dengan Ibu Abah ni. Apa-apa jadi, diorang ada depan mata aku. Macam baru-baru ni abah warded sebab darah tinggi naik dan ada sedikit masalah jantung. Aku lega sebab aku ada di sini. Senang aku nak pantau. Tengok ibu nangis-nangis sebab risaukan abah, buat aku rasa Ya Allah, terima kasih atas nikmat hikmah yang KAU beri pada aku which is, dapat pindah balik kampung. Bersyukur sangat. Hari-hari aku pantau kesihatan Ibu Abah. Ibu kencing manis sampai mata pun dah kabur tak nampak. Doakan kesihatan Ibu Abah aku tau :)

Anak buah

Tahun 2016 aku dapat anak buah baru. Adik aku, Farah selamat melahirkan seorang lagi laksamana iaitu Don Arafat pada 13082016.



Abah dan cucu barunya. Now Abah asyik menyebut je rindu Don, rindu Don. Yelah, budak tu dah pandai gelak kalau kita agah. Manalah tak rindu. Dahlah masyam. HAHA. Eii geram.

Sekarang dah 4 bulan. Hari tu dua minggu duduk dengan kitorang di Karak. Ok je budaknya tak banyak kerenah. Sebab bukan aku yang jaga kot HAHA. Aku kan kerja. So, Syera di bantu oleh ibu lah yang jaga. Aku pandai agah-agah dukung sekejap sekejap je. Aku dengan baby kecil ni susah sikit. Aku tak berapa minat nak jaga. Setakat gomol cium tu aku sukalah. HAHA. Tengah tengah main dengan dia, dia berry, cepat je aku panggil Syera. HAHA. Namanya aku nak basuh err memang taklah. Tapi aku suka budak-budak tau. HEHE.



Don, say hi to my friends please.
Nama Don tu nama moyang aku. So Farah nak guna sempena memperingati moyang lah. Arafat tu sebab Yaser Arafat cadangan daripada aku. Aku kan suka masuk campur bagi nama anak-anak adik aku. 




 Besar dah memasing. Penghibur hati sekeluarga. Sayang semua.



Si Mak Enon tahun 2017 dah 6 tahun. Macam tak percaya. Dahlah kuat merajuk. Kuat menjawab pun ye juga. Geram je aku. Kalau bercakap macam orang tua. Sayang sangat dengan dia ni. 

Kesihatan

Well, kalau korang nak tau, tahun 2016 tahun paling banyak aku jatuh sakit. Dugaan. Duduk kampung ni banyak pula aku tak sihat. Farah adik aku kata "sebab di sini kau tau ada ibu abah yang boleh jaga kau, so kau manja. Badan kau tu manja"

Yeah right. Maybe betul juga. Demam banyak kali hoi. Lepas itu on the way nak pergi kerja boleh pula kena serangan asma, dah kena u-turn. Baru-baru ni kena pula keracunan makanan sampai lembik badan. Kalau demam pun, aku gagahkan juga kerja sebab sehari tinggal kerja, alamatnya berlambak la wei. Ada sekali tu aku hilang suara. Totally out suara aku. Punyalah seksa nak keluarkan suara sampai ada makcik tu tak bagi aku cakap sebab dia rasa kesian aku memaksa suara untuk keluar. HAHA. Cian aku. Ubat jangan kata lah. Kau cakap je nak ubat apa. Ubat mata pun aku ada tau sebab duduk mengadap pc mata kering.

Tahun depan bulan Mac genap setahun di sini

Tahun depan dah ada jadual untuk semua kerja T_____T. Januari pun dah start busy. Camne nak pergi holiday ni Hawa, Farah Raihana? HUHU. Kena datang sabtu ahad la kot buat kerja sikit. Kalau merajinlah. Kalau malas, mereput jelah atas katil. 
Kerja sini kena pandai bawa diri. Kena tahu "milik orang lain". Kena pandai menolak. Sebab bila bekerja dengan orang awam ni, kena fahamlah situasi dia macamana. Lebih-lebih lagi aku adalah seorang perempuan. HUHU.

Harapan 2017

Tak banyaklah yang aku harapkan untuk tahun depan. Aku cuma nak semua orang yang aku sayang sentiasa sihat sejahtera dan bahagia selalu. Semua. Ibu Abah, adik-adik aku, anak-anak buah, kawan-kawan. Semualah. Semoga kita semua hidup dalam berkasih sayang sampai bila-bila. Janganlah sebarkan kebencian please. Jangan busuk hati. Jangan dengki iri hati. Kita bayangkan yang baik-baik saja. Please.

Plan untuk bercuti dengan Geng Oh! Kaypoh dari tahun 2015 lagi aku rasa HAHA. Tapi tak terlaksana juga. Ada je halangan. So harap tahun 2017 ni dapatlah kiranya plan itu menjadi. Tak pergi jauh pun, Penang je pun. KAHKAH. Sebab memasing teringin nak naik ETS. Tak pernah cuba lagi. 



Ok. Bye.
.

No comments: