Nov 23, 2016

Bila dah semakin dewasa (or tua lah, senang cakap)

Bila semakin meningkat usia, kita akan rasa beberapa perubahan pada diri kita. Kan?
Ok tolak tepi tentang fizikal T___________T
Memang payah sikit ah nak berubah kurus kalau dah memang dasar pemalas bersenam kan. Hihi.

No, i mean, dalam konteks kehidupan, sikap, perasaan dan sebagainya.

1. Semakin dewasa, semakin tak kisah tentang siapa kawan siapa lawan. Mana yang ada, mana yang tinggal, kita hadapkan saja. Jangan banyak bunyi. Ramai yang dah berkeluarga. Dengan anak-anak dengan suami, dengan isteri. Takkan lah kau bebajet diorang nak ada banyak masa dengan kau lagi kan. Diorang pun kelam kabut menguruskan masa-masa diorang so that boleh bernafas dan berehat sikit. So yes, thanks to WhatsApp sebab dengan adanya dia, kita masih lagi dapat tahu tentang life kawan-kawan kita. Walaupun macam aku, aku lagi suka diam dan baca saja perbualan, tapi aku tak keluar group. Hahaha. Memang ada rasa macam nak left group haha sebab kengkadang ada topik yang dibualkan macam hmmm what the fish rasanya like hal "laki bini" yes you know what i mean--tapi yelah, seperti aku kata, bila dah makin tua (bahasa kasar dan menyentak jiwa tapi yelah reena, kau kena sedar kau dah semakin tua) kau ignore kan saja. Tak suka tak payah baca. Mute kan saja, SETAHUN. HAHA.

2. Perkara remeh-temeh. What? Malas ok nak layan all the dramas macam zaman sekolah dulu. Taknak kawan, taknak pandang muka, tak suka dia lagi cantik, tak suka dia berjaya, no. Malas dah nak layan. Sekarang ni, kita fokus pada diri kita sendiri. Jaga diri kita. Jaga hati kita. Sudeh. Kau taknak kawan aku?  Dipersilakan lah unfriend aku.

3. Rimas dengan ke-expose-an orang tentang hidup dia dalam FB? Sebab dia banyak up pasal anak dia, pasal laki dia, pasal kereta dia, pasal kulit dia? Kau rasa dia bermasalah mental? No. Kau yang ada masalah mental. Kalau kau rasa tak suka, kenapa kau tak unfollow saja dia. Nak tunggu lagi buat apa? Lepas tu kau meroyan dalam status kau. Lantak pi la si Lijah tu nak bagitau satu dunia anak dia dah pandai cari kutu, sebab itu momen indah untuk dia. Untuk dikongsi. Maybe ada saudara mara jauh nak tau perkembangan anak dia. Kau yang rasa sakit hati, bolehlah unfollow dia. Jangan menyusahkan hati dan mata sendiri.

4. Ya. Bila makin meningkat usia, kau semakin sedar emosi pun mampu dah dikawal. More better la kan dari dulu. Takde sangat dah all the dramas. Kalau ada pun, kita buat tak reti je. Kalau ada orang nak cari pasal dengan kita, kita bisik je dalam hati "pergi mampos". Ternyata ya, sikap pergi mampos yang aku amalkan sekarang ni mampu menenangkan jiwa aku. HAHA.

5. Duduk rumah time weekend adalah syurga. Kerja 5 hari seminggu. Bila sabtu dan ahad takde aktiviti like attend majlis kahwin, beli barang dapor, etc, memang rasa happy sangat. Maknanya boleh golek-golek lama sikit atas katil. Bila selalunya ada hal hari sabtu, kena keluar, aku mulalah rasa alaaa tak bestnya. But yes, life must go on, right?

6. Tidak kalut bila ada sesuatu yang menggemparkan. Kalau dulu, maybe akan cuak, panik, menangis, sesak nafas dan sebagainya, sekarang dah kurang. Cuak masih ada, tapi dapat kurangkan sikitlah. Dapat kurangkan panik tersebut. Bolehlah nak tarik nafas dulu. Kalau dulu omg omg camne ni camne ni lepas tu call kawan--nangis. Itu jelah yang aku tau. DULU. But now, kadang-kadang aku boleh gelakkan diri aku sendiri.

7. Sangat alert dengan harga barang dapor. HAHA. Dulu manalah aku kisah harga sekilo bawang berapa, minyak masak sekilo berapa tepung and all that. Sekarang aku alert ok. Kalau nak beli tu siap banding-bandingkan harga lagi. Harga ayam dan ikan pun aku ambil kisah sekarang ni. Kadang-kadang beli tengah bulan, siap buat calculation lagi dengan adik aku di tengah supermarket tu. Kalau rasa over the budget, mesti suruh adik aku letak semula kat rak. What to do? Zaman sekarang ni, i mean, di zaman N ni, semua kena bajet sebab SEMUA BARANG PUN MAHAL NYAMPAH PULAK AKU. Banyak bersabar urut dada duduk Malaysia sekarang ni.

8. Family comes first. Yes. Tak payah nak explain more. Semua pun tahu kan? Tiada family tiada kita, tau. 

Ok buat masa ni, 8 dulu lah. Sebab tetiba ada kerja sikit (padahal dah habis time kerja).
Kerja kuli camni la kan.

Till then bye.
.


No comments: