Nov 11, 2016

Rajin sikitlah malam ini.

10.42 malam.
Jumaat.

Saat ini aku tengah cuba untuk baca sebuah novel cinta. Sebab aku rasa aku dah lamaaaaaa (nampak tak banyak huruf A tu). Maknanya terlalu lama maybe 3 years aku tak berkhayal dengan novel cinta. Bukan apa. Satu je penyebab malas tu.

Iaitu.

Handphone.

Bila ada handphone mesti ada facebook instagram twitter blog semua kan (smartphone la cerita dia. Bukan nokia baling hanjing tu). So all the social medias tu buat aku ralit. Makanya novel di pandang sepi.

Ni novel ada depan aku. Tapi aku tetap memilih handphone dan menaip entri blog ini. Hew hew.

Hari ni, tadi aku cuti. Sejak dulu semalam aku hilang suara batuk dan sakit tekak yang maha perit. Nak telan air liur pun bercinta rasanya. Semalam since aku sorang di opis, ramai pula public yang berurusan. Boleh bayangkan tak, dengan suara aku yang serak mengalahkan Ramli Sarip, memaksa suara untuk keluar supaya aku dapat bercakap dengan public bukanlah perkara yang menyeronokkan.

Gosh. It wasn't easy.
Aku terpaksa meminta maaf banyak kali kepada makcik yang berkerut kening apabila mendengar suara aku. Maybe dia kata dalam hati apelah kepayahnya budak ni nak bercakap. Huhu. Cian.

So pagi tadi bangun, suara aku totaly out. Aku mesej kakak opis cakap aku cuti.

Kerja ok. Busy melampau. Sebelum tidor mesti susah hati memikir kerja masih banyak atas meja. Huhu. Tapi masih under control. I am ok.

Public pun boleh tahan juga. Last week ada sorang lelaki datang berurusan. Dia punya loyar buruk menjengkelkan aku. Tapi aku relaks je lah. Nanti aku hangin viral pula kan. Semua nak ditanya. Pasal pasu bunga depan aku pun dia tanya. Kalau tanya berkaitan urusan dia oklah kan. Ini tak. Aku jawablah seadanya. Sampailah satu saat dia tanya "Cik, ada tanah tak? Saya nak beli".
Aku jawab "Ada. Tanah kubur". Tapi aku sengih. Dalam hati memang aku dah bengang dah hahaha. Geram juga aku. Nampak fake kan. Muka sengih dalam hati menyumpah geram. Huhuhu.

"Pandai cik buat pickup lines hahaha"

Tak kelakar okay.
Pickup lines kejadahnya la. Tak tau ke aku dah malas nak layan. Lepas siap semak borang dia cepat cepat aku bangun.

Eii malas nak layan. Ada masanya oklah kan nak melawak. Aku pun kadang-kadang kuat juga loyar buruk. Tapi ada masa-masa kena tengok mood orang juga. Busy kah dia, periodkah dia. Gituh.

See aku dah blank nak taip apa. Tadi kemain berkobar kobar banyak menda nak cerita.

Sekarang ni orang tengah hot pasal Fattah Amin Neelofa eh?
Tapi aku tak layan pun. Aku kan mana layan drama bersiri sebab tak suka tunggu.

Tapi itulah. Satu-satunya cerita yang aku tengok is Running Man.
Now tengah bersedih Kang Gary keluar dari Running Man. Tak sama dah okay. That feeling. Bila aku baca dia nak keluar tu aku rasa empty.
Sebab bukan senang aku nak stick dengan satu satu cerita tu. So Running Man is the first one la. Aku rasa first and last la.
So bila Gary undur diri aku rasa macam why Gary why? Haha.

Menonton Running Man adalah kegembiraan aku. Bila aku dah penat dengan kerja. Dah tepu otak. Aku mesti tengok Running Man. Kadang-kadang tahap kelakar dorang tu tak masuk akal.

Tapi takpelah. Ada lagi 6 orang. Ok la tu. Jangan dia stopkan Running Man tu. Haa itu jam kalu, aku terus fly ke Korea makan kimchi.

Donald Trump presiden baru USA. Aku bab politik ni aku tak reti nak komen. Sebab tak berapa minat. Tapi dulu dulu aku suka tengok reality show dia The Apprentice. Dia cari pekerja. Masa tu rasa macam wow hebatlah dia. Dahlah kaya, tegas lepas tu macam best je cari pekerja menggunakan reality show. Anak dia pun cantik and berjaya.

Tapi bila dia berkempen untuk pilihanraya ni, dalam ucapan dia, banyak kata-kata anti-islam yang dia pointkan. Some americans say, tu semua tipu je, dia takkan buat. Entahlah. Just wait and see. Kan best kalau satu dunia boleh kata pada dia "Mr. Trump, you're fired".
Macam selalu dia kata at the end of the show bila dia nak fire orang.

Kawan aku si Ratna suruh aku taip apa saja dalam blog ni. Dia kata merepek camna pun dia baca. Tapi masalahnya aku dah tua haha. Aku dah kurang kot merepek ni. Huhu. Nantilah kalau datang sawan rajin aku, aku taip lagi kay.

Ok gotta go.
Bye.

No comments: