Sep 25, 2015

Penang Part 1--Ending dia boleh buat orang caruts.

Assalamualaikum.

Hai. masih cuti raya ke? aku dah kerja. pathetic, i know. dont mention that.

bulan september bulan yang agak sibuk lah bagi aku.
takdelah sibuk kebabom sangat.
tapi sibuk dia luar biasa sikit dari bulan bulan yang lain.
but still, aku tak lupa makan. dont worry. makan tetap utama. kahhhh.
bestnya kalau busy sangat sampai lupa makan, kan? mesti kuruihh. kahh lagi.
(gelak stail baru. tapi sebenarnya lebih kepada malas)

kenapa aku tak cuti?
ok sebab cuti aku dah meng-kurus.
satu lagi sebab next year aku plan nak bercuti. perlukan cuti yang banyak.
so aku harap, aku mampu carry forward cuti tu tahun depan.
kalau tak, menangis jelah kau di tepi pondok telepon sana.
cuti kemana tu masih rahsia. eii poyo je kan.

ok ok.
19hb lepas i went to Penang. yuhuuuuu.
eksaited sebab aku fikir, pergi Penang bukan setakat untuk meraikan pernikahan big boss aku, tapi sebab aku nak jumpa my BFF, Farah Raihana.
lama gila kot tak jumpa dia. since dia pindah ke Penang ikot laki dia.
eh tapi sebelum dia pindah pun kami tak jumpa juga hahah so lama dia tu susah nak ingat berapa lama.
ye.
aku eksaited sebab nak jumpa dia je. tu jelah terpaling eksaitednya.
nak pergi kenduri kawen bos tu pun eksaited jugak tapi nombor dua.

aku plan untuk pergi by bus.
sebab aku suka begitu.
tapi aku nervous nya la weiiii.
aku tak pernah naik bas ekspress jalan jejauh macam tu sensorang.
pertama kali dan terakhir tahun 2011 rasanya dengan Atiqah dan Farah Raihana from Butterwoth tu Pudu Sentral.
Penang jugak.
kali ni Penang jugak.
takut pun ada, eksaited lagi lah ada.
balik Karak tu selalu lah. tapi hoii sejam je pun. tak sempat nak berangan dah sampai.
takde nak berhenti RnR ke apa ke.
one shot je dah sampai.

dan ini juga kali kedua sepanjang aku hidup travel sensorang.
kali pertama ke Kluang Johor tahun 2011 jugak by train.
mygaddd by train uols.
dahlah sejuk. ekonomi class pulak tu.
bergoyang lemak, uols.

camne lah nak jadi backpacker ni Reena kalau ke Penang pun kau dah nervous hahaha.
kau bayangkan eh.
aku tak pernah masuk Pudu Sentral (dulu Puduraya)
never.
tak pernah sekali pun.
so aku macam tercangok cangok lah mencari platform nya.
ohya. aku beli tiket di Putrajaya Sentral a week before.
tapi kena naik di Pudu. sedih gila hahahaha.
aku kan, kalau aku tak pernah buat satu menda tu kan, aku akan tanya berulang kali. sebab aku takut salah.
masa beli tiket tu aku tanya banyak kali kot.
mesti adik kaunter tu rasa menyampah melayan aku kan?

dah naik bas, cari pulak tempat duduk.
ok ni lagi satu kagum.
aku dapat tempat duduk single weiiii.
selesa. tersengih sengih aku sorang. hikssss.
eii suka tau. rasa macam yayyy tak payah berlaga bahu dengan orang lain.
tapi sebenarnya berangan juga dapat duduk sebelah jejaka lepas tu pura-pura tidor and lentokkan kepala kat bahu dia hahaha.
hell sangat fikiran.
eh gurau je pun.
bawak istighfar, Reena.

oklah enough with all the bas pengalaman semua ni.
sampai hotel, terus ambik kunci and masuk bilik.
first thing mesti ah mandi kan.
badan sikit lagi nak bau kambing.
ada bath tub. so kau ingat aku nak biarkan je bath tub tu kat situ?
memang taklah. dah semestinya aku berendam.
sambil pasang telinga kot kot bunyi loceng Farah Raihana datang.
oh ya. Farah akan bermalam dengan aku. esoknya (20hb) dia akan ikot aku ke Majlis Kahwin bos aku tu.
sebab?
sebab aku dah tanya siap siap bos aku boleh tak bawak Farah? bos kata ok, boleh je.
satu lagi sebab, laki Farah, Diwant tu official photographer untuk majlis bos aku tu.
ok banyaknya sebab kan.



16 tahun dah kawan. 1999-2015.
banyak menda aku share dengan dia ni.
tapi tu lah. bila balik rumah mulalah, alaaa lupa nak cerita yang tu, lupa nak cerita yang ni.
Thanks beb sudi layan aku teman aku and tahan perangai hodoh aku walaupun takdelah hodoh pun sebab perangai kau lagi hodoh gelak besar dalam bas CAT pusing town dan semua orang pandang kita sebab gelak kau tu.
aku dengan dia ni takde bertapis pun. kasaq. dia pun sama.
sentap ke apa ke memang takde.
dah tua haih. nak sentap apalah lagi.
lempang nak?

dari form 2 kot kawan.
lama gila, kan?
kitorang satu geng. ada 9 orang.

ok back to Penang.
aku just love Penang.
serius aku suka Penang.

eh nanti aku sambung eh.
bye.



1 comment:

uncle gedek said...

Uncle takot bath tub!

(akibat banyak sangat tengok cita hantu...)