Aug 11, 2015

Sekali sekala basah kena hujan

Tadi balik kerja 60% aku basah.
Ok. Aku nak beritahu, aku suka mandi hujan.
Dulu, zaman masih menggeletis dengan adik-adik (0-17 tahun masa tu so kita kira 17 tahun la berperangai geletis) bila hujan je, mulalah bagi isyarat kat adik-adik (selalunya Farah).
Isyarat get ready hujan lebat jom main hujan.
So kita berdua akan main hujan lari-lari sepanjang jalan perumahan tu.
It was my happy moment.

Ada orang kebahagiaan dia tak perlu melibatkan wang ringgit dan material pun.
Simple things pun boleh buat bahagia.

Macam aku, salah satu perkara yang buat aku bahagia adalah hujan.
Lagi bahagia kalau dapat kena muka setitis dua.
I just love hujan.
Mendamaikan.
Tapi kalau angin kuat dan kilat sabung menyabung memang mengalah la.
Memang takut.

Betul kan?
Bahagia tu definisi dia luas.
Kegembiraan setiap orang datangnya dengan cara yang berbeza.

Ada orang dia bahagia bila dia banyak duit Who doesnt? Duit memang boleh melonjakkan paras bahagia seseorang.
Aku akuinya.
Tapi duit pun bukan boleh beli keseluruhan bahagia hidup seseorang.
Duit tak boleh beli ketawa mak ayah.
Duit tak boleh beli masa lapang dengan adik adik.
Duit tak boleh beli masa main hujan dengan adik adik.

Untuk hari ini melihat senyuman dua kanak-kanak yang tak aku kenali dah buat aku gembira.
Untuk hari ini menegur seorang kanak-kanak yang cute chubby dan mak dia suruh dia salam aku and aku cakap you are so cute then dia balas thanks auntie dengan senyuman yang lebar---dah cukup buat aku gembira.

Untuk hari ini---dapat siapkan kerja opis dah buat aku gembira.

Untuk hari ini dapat membancuh nescafe untuk di kongsi dengan rakan seopis pun dah buat aku gembira.

Gembira itu dicari.
Gembira itu ada di mana mana.
Di sekeliling kita.

Syukur Ya Allah.
Di saat down, masih Kau bagi rahmat gembira ini kepada aku.

Aku akui, 2015 bukan tahun terbaik aku.
Tapi takkan kerana beberapa perkara yang tak sedap ini aku harus melupakan perkara sedap yang lain?
Penat memang penat.
Sampai satu saat, aku pernah menangis di stesen LRT.
Aku rasa sorang-sorang.
Aku rasa aku lost.
Aku rasa kenapa semua ni boleh terjadi.
Tapi aku fikir semula, Allah uji sebab Dia sayang.
Ada kekurangan aku.
Adalah tu mana mana.

Untuk tahun ini, aku cuba perbaiki mana yang rompong.
Aku cuba isi mana yang kosong.
Cukup-cukuplah jadi manusia yang endah tak endah.
Cukuplah jadi manusia yang asal susah baru ingat DIA.

Selagi masih ada nyawa.

No comments: