Menaip sambil mendengar lagu Di Pintu Syurga- Dayang Nurfaizah versi AJL 29.
aku suka sangat lagu ni. lagi suka Dayang nyanyi live di AJL 29.
macam ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila dengar lagu ni.
perasaan sebak, sayu, gembira. berkecamuk. menjadi satu.
Nyanyian live Dayang di AJL 29 memang buat bulu roma aku meremang.
sehari selepas AJL 29, aku asyik ulang video tu dari pagi sampai petang.
bayangkan. dari pagi pukul 9 sehingga 5 petang.
yes. aku memang obses like that.
tapi cukuplah sehari je.
karang muntah ungu pulak.
tak cerita pun kan pasal raya.
raya biasa biasa je. happy bila dapat berkumpul dengan family.
apa lagilah yang aku nak bila dah semakin meningkat usia ni melainkan bersama family.
dulu excited nak raya sebab nak duit raya, nak menggayakan baju raya etc.
tapi sekarang, tidak lagi.
janji aku bangun pagi raya, ada family depan mata.
masih lagi merasa rendang ibu.
itu saja.
bila dah masuk 30 ni (julai hari tu aku genap 30)
ya aku tak rahsia umur sebab aku tau ramai takkan percaya aku 30 bahahahaha nanti mesti ramai yang akan buntangkan mata and kata "yeke 30 macam 21 je" hahah ok tak kelakar.
paling kurang pun ada yang kata aku 26-27.
alaa lantaklah.
sekarang aku tak heran pun dengan peningkatan umur.
yang aku herankan kalau umur dah makin tua, tapi perangai masih nak macam orang muda terkinja kinja.
itu akulah. aku ngata aku.
tak ngata orang lain.
takde masa nak ngata orang lain.
aku kan pengguna LRT.
ni aku nak cerita ni jangan fikir aku nak show off ke apa eh.
sekadar bercerita.
begini ceritanya.
di suatu petang burung burung berkicauan, aku lalu jambatan LRT.
ada seorang kakak penjual tisu.
ohya kalau nampak sesiapa jual tisu tu, belilah.
sebab diorang ni menjual. bukan peminta sedekah.
kalau taknak tu, lantak kau lah. takkan aku nak paksa. hahaha.
aku memang selalu beli tisu kakak tu. sebab peluh, kan.
last week aku beli dan hulur duit tetiba kakak tu pegang tangan aku.
aku selalu bagi duit terus ke tangan dia.
aku akan cakap "kak, saya beli tisu ya"
entah camne last week lepas aku bagi duit, dia pegang tangan aku erat.
sambil tersenyum dan mengangguk.
dia tak cakap apa apa pun.
tapi aku tau dia mendoakan yang baik baik untuk aku.
cewah.
itulah senyuman paling manis aku pernah nampak.
mata dia tak nampak tau.
dia memang setia duduk situ.
eh ada kan sebelum ni aku pernah cerita aku ni muka kaunter pertanyaan?
rasanya ada.
dalam ramai-ramai orang, aku je yang selalu ditanya.
seolah olah orang yang ramai tu aku sorang je yang nampak.
yang si penanya tu tak nampak pun orang ramai tu.
macam minggu lepas, dari jauh aku dah nampak dah, makcik ni mesti nak tanya aku.
memang ya ok.
walaupun sepanjang jalan dia nak sampai kat aku tu, dia lalui 3-4 orang lagi, dia mesti datang kat aku.
aku pun senyum jelah.
gosh.
aku ni memang muka tau serba menda ke apa?
yelah.
tolong menolong, kan.
adalah tu istimewanya aku ni hahaha muntah.
Najib Razak, tolonglah jadikan saya duta kecil malaysia.
letakkan saya di mana mana stesen LRT, saya berdiri je kat situ tukang tunjuk arah.
gaji, nanti kita bincang.
minggu ni minggu yang agak down untuk aku.
kenapa tu tak payah la cerita. a bit personal la kot.
semalam paling down.
tapi masa balik, Allah temukan aku dengan sorang kakak yang duduk belakang rumah aku.
kakak yang baik (first impression la ni)
see.
dalam pada down, dapat kawan baru.
borak-borak pasal kerja. yelah, pertama kali jumpa takkan nak borak pasal personal.
oklah.
stop sekejap. ok sekejap aku tu maknanya sebulan ok.
hahaha.
kbye.
.
No comments:
Post a Comment