Oct 3, 2014

Jadi Mummy untuk 10 hari. phewww. not easy.

Assalamualaikum.

kesian kan.
bulan september langsung takde entry blog.
aku pun tak faham kenapa aku malas sangat nak menaip.
padahal banyak sangat benda nak cerita.

bulan september-----

Mieya, my niece anak Syera stay for about 10 hari dengan aku.
memang satu pengalaman baru kau tau.
baru aku tau bukan senang nak handle budak umur 3 tahun ni.
pelbagai ragam ok.
Mieya taknak kat syera walaupun tu mak dia. huwaaa.
dia cuma nak aku.
mandi nak aku mandikan.
pergi taska (tempat syera kerja) pun nak aku yang pimpinkan.
makan pun nak aku suapkan.
i was like, huh, ok. 
pengalaman baru sangat.

ada sekali dia tak mau bangun pagi.
tak mau pergi taska.
mungkin masa tu dia demam sikit.
so dia buat perangai.
syera dah pergi dulu sebab dia kena pergi awal.
aku lah yang kena berkorban.
aku bangunkan dia, dia tak mau.
menangis tak mau ni.
kau tau aku buat apa?

aku menangis sekali hahaha.

aku kata "kakak nak apa? nak mummy buat macamana lagi (dia panggil aku mummy). mummy dah lambat ni. nanti bos mummy marah mummy. bangunlah kakak"
sambil kesat mata airmata berjurai.
drama sangat engkauuu.

ha engkau.
bingkas dia bangun bila tengok aku join dia menangis hahaha.
saiko sangat aku ni.

aku takde pengalaman jaga budak sensorang camtu.
kalau dia nak kat umi dia (syera) takpelah jugak.
ni tak. cuma aku yang kau mahu cewah macam tajuk lagu.

so aku menangis lah. dia bangun. pergi basuh apa yang patut dan pakaikan dia pampers.

oklah dia dah diam.
taknak pulak berjalan.
nak berdukung.
bayangkan eh.
aku dukung budak 12.5 kg turun tangga dari tingkat 5.
sampailah depan 7e dalam 300 meter.
kau rasa??
huwaaa penat sangat.
inikah dugaan yang kuterima mencintaimu sepenuh jiwa.

sampai senget benget tudung aku.

tapi aku sabar.
aku taknak marah-marah sebab Mieya ni a bit sensitive.
aku kuatkan hati haha aku kata takpe inilah sedikit cabaran yang harus aku tempuhi.

petang pula, kena ambil dia dulu.
sebab pagi dia dah siap-siap pesan "mummy jangan lambat eh amek kakak"
ok baiklah anak.
mummy sepantas kilat nanti.
so bila dah ambil, kena lalu taman permainan.
so yes.
kena stop dulu sebab dia nak main.
oklah.
mainlah puas-puas.
aku duduk kat kerusi mata tak lepas dari tengok dia.
risau aku.
zaman sekarang ni jangan buat cuai.
karang ada menangis tak berlagu.

then tibalah saat di mana dia bertambah demam batuk dan berkahak.
lagilah aku risau.
maybe campur dengan bebudak taska.
tu yang buat dia sentiasa tak sehat.

dalam pukul 11 pagi syera mesej bagitau mieya menangis sebab batuk tak henti-henti.
aku apa lagi menggelabah la.
aku kan mak yang baik tettt ok.
so aku pun bagitau bos nak keluar pergi klinik.
bila ambil dia kat taska, eh, happy je tak nangis pun, ceria je huwaaa mainan apakah ini.

so ok bawa dia pergi klinik.
kat klinik dia kena ambil darah.
tak nangis pun engkau.
aku yang rasa nak nangis sebab kena pangku dia kan, so aku nampak jarum tu masuk kat tangan dia.
bangga la juga dia tak nangis.
sebab aku jangkakan dia akan meraung.
tapi sebelum masuk bilik tu aku dah kata dia akan kena cucuk ambil darah.
so dia oklah kot.

so sekarang dia dah balik karak dah.
duduk dengan ibu semula.
sebabnya ibu lah.
asal call je cakap dengan mieya mesti keluar ayat "tokwan rindu kakak. atuk rindu kakak. baliklah"

tak ke gelabah cucu tu nak balik?

haiyaaa.

kesabaran sangat.




thanks mieya bagi mummy satu pengalaman yang sangat berharga.
bagi mummy kelam kabut.
bagi mummy menangis hahaha ini lawak.
aku takkan lupalah kenangan ni.

tapi nanti mieya kena datang putrajaya lagi sebab mieya kena sekolah sini.
jangan nak berkepit dengan atuk dan tokwan je.

oklah bye.

1 comment:

diana aziz said...

u r such a good aunty... nk jd ank sdara boleh? hihi