Aug 8, 2014

RAYA

so macamana raya korang?
raya aku biasa-biasa saja tapi aku gembira.
gembira sebab dapat berkumpul dengan ibu abah adi-adik.
yelah.
adik beradik tak ramai. 4 orang.
sorang ke sana sorang ke sini.
so terasa kosong di mana-mana.
bila berkumpul, rasa macam nak pecah dinding.
cakap tak pernah nak slow hahaha.
dah tu memasing suka buat ayat lawak dan lawak boddo.
aku tukang gelak.
seronoknya bila ingat.

raya pertama farah balik bawak Sunan Andika.
lagilah meriahnya.
walaupun kau, Sunan tu taknak dekat orang eiii aku tampar jugak budak ni.
kuat menangis ohhh.
tapi normal la kan, budak nangis sebab nak tidor sebab lapar nak susu.
tapi tangisan dia perghh bernanah telinga.

Sunan dah pandai senyum gelak bila kita agah.
lepas tu kan, pipi dia kan, kalau kepala dia teleng belah kanan, mesti pipi dia labuh belah kanan.
rasa lembik je.
geramnya aku nak gigit.
tapi aku suka gigit lengan dia.

malam raya tu takdelah buat menda sangat.
just kemas rumah mana yang perlu.
ibu pulak masak rendang macam biasalah hari raya tanpa rendang ibu memang bukan raya lah.
malam raya paling seronok, kan.
rasa bahagia je.
suasana nyaman.
perumahan aku pun sunyi sepi sebab jejiran balik kampung memasing.

ohya.
malam raya tu aku dan adik aku, Syera lepak kedai makan sebelah rumah aku.
Kedai Makan Abe.
haha.
malam raya melepak. sebab dah lama sangat tak lepak kedai macam tu.
tapi tak lama pun sebab aku bawa Mieya.
Mieya sememey nak balik.
aku kan suka sakat dia. aku kata
"kita tak balik tau mieya. kita duduk sini tidur sini"
terus berair mata dia kau. 
kesian pulak aku tengok

hahah berair matanya.
terus nak duduk atas riba aku sambil aku peluk.
tak lama lepas dapat makanan yang di tapau kami balik. lagipun rimas sangat sebab ada sekumpulan makhluk kat situ.
kalau diam takpe. ni memekak je kerjanya.

Raya pertama.
aktiviti wajib.
ziarah kubur abang aku. tu paling utama lah. selain tu kubur atuk (ayah abah), kedua nenek (belah abah dan ibu).


"assalamualaikum abang, kami datang. selamat hari raya. kami rindu"
memang tulah ayat kami kalau datang.
bila nak balik "bye abang, kami balik dulu. nanti kami datang lagi eh"
itu jelah ayatnya.
buat macam dia masih hidup je huhuhu.
baru rasa dia sentiasa dekat di hati.
ibu kira-kira, dah 6 raya tanpa abang.

adik aku Syera yang sekarang tinggal dengan aku jadi bibik peneman aku.

alaaa payahlah kan taip sambil masukkan gambar.
gambar di akhir entry la eh.

so after balik ziarah abang, kami beraya ke rumah adik-adik abah.
abah kata senang sekali harung.
untungnya, adik-adik abah duduk dekat-dekat.
makteh, makcik, pakcu dan pak itam duduk satu tanah lain rumah.
so haa senang.
tapi aku kan, entahlah.
memang tiap raya lah, payah nau nau nak makan lemang nasi impit ketupat rendang semua tu.
jamah buat syarat je.
cer kalau dah raya ke-12 ni haaa, teringat-ingat rendang ibu. rendang ayam kampung makcik aku.
apakepesen lah tekak aku ni kan.
aku pun tak sure raya tu apa aku telan tapi berat naik 1.3 kg muahaha.
maybe air manis and all the cookies kot.
ah, gasak lah.

malam raya pertama Sunan Andika pun balik apa lagi gegak gempita rumah dengan tangisan dia haha aku kan, suka bebudak. siapalah tak suka bebudak, kan. tapi kan, bila budak menangis aku jadi rimasss sangat.
aku tak suka dengar budak nangis aku rasa derrrr apasal kerja kau nak nangis je ni?
kadang-kadang bila tengok mak-mak biarkan anak dia menangis kan, geram je aku nak cakap "eh boleh tak suruh anak kau diam"
tapi tak payah nak kurang ajar sangat.
aku tak pernah ada anak, so diam. jangan pepandai nak ajar orang yang beranak pinak.
aku tak rasa lagi, bolehlah kata rimas kan.
tapi aku sayang bebudak tau. sayang sangat. kang kata aku kejam pulak.

Raya Kedua.

teman farah pergi jumpa abang aku. pergi kubur.
sebab semalam dia tak dapat jumpa. 
lepas tu pergi beraya lagi.
adalah 2-3 buah rumah je.
selebihnya balik rumah.
aku dan farah ke kedai beli bahan untuk masak makan malam.
aku dan farah tong-tong duit buat nasi ayam dan puding karamel.
memang dah jadi tradisi kot asal raya je mesti aku dan farah akan masak satu masakan.
walaupunnnn hahaha.
taknak suruh ibu sebab ibu dah masak rendang nasi impit segala bagai.
kenapa nasi ayam?
sebab farah kata senang. ok lets.
kalau senang jom buat.
kalau renyah aku malas.
kali ni farah 80% yang masak, aku tengok dan BELAJAR.
bukan tengok sesaja ok.
aku macam fuyooo terornya engkau. fuyoo pandainya engkau.

"ibu, ibu cepat tengok farah, pandai lah dia masak" kata ku penuh jakun.

ibu jawab 

"malulah dia kalau tak pandai mak mertua ipar duai semua pandai masak ada bukak kedai makan"

farah pun mengiyakan. 

"yelah ngah. aku kenalah sama taraf dengan family sana"

hahaha.
hebat.
pada aku masak nasi ayam tu dah kira hebatlah tu huhuhu.

so by 8, pakciks makciks sanak saudara kawan-kawan adik aku pun sampai dan menjamu selera.
kawan aku? sorang je datang, Zaimi @ Beat Teddy. tu pun dia makan puding karamel je.
tak taulah diet ke atau tak kena di tekak dia hahaha.
kau tau, pukul 12 lebih baru licin semua.
licin. nasi, ayam, puding, semua habis. Alhamdulillah.
takde yang membazir.

so next year maybe boleh tambah ke 3-4 menu katakooo hahaha.

Raya Ketiga

duduk relaks rumah layan tv.
tunggu tetamu datang yang kebanyakkannya bebudak.

sampai raya ke 7 pun ada budak datang lagi.
nasib baik ada lagi duit raya.
baru ingat nak keluarkan dari sampul raya buat beli bedak muka hahaha.
tahun ni, farah dan adik bongsu Faeez menyumbang juga duit raya.
Alhamdulillah.

salah satu aktiviti wajib time raya kan, tak kira lah raya pertama ke kedua ke ketiga ke, mesti pergi Pasaraya.
hahaha aku pun tak faham. ada je menda nak beli.
kalau tak aku, farah. takpun ibu.
setiap kali raya.
ada je menda tak cukup.
pergi dengan farah apa lagi, mamak la kita.
duk lepak mamak 15 minit minum-minum baru balik.
seronok.

gambar raya? takde.
tahun lepas ada jugak gambar sekeluarga.
tahun ni takde sebab semua malas nak ambil gambar.
lagipun tak sempat.
mana yang ada jelah

gambar tiga beradik.
di rumah Pak Itam (adik abah)



me with Sunan Andika.
eii payah betul nak ambil pic dengan dia cepat je nak nangis je aku tampor jugak kang haha.
masa ni beraya ke rumah Sepupu abah.
isteri dia cikgu aku masa sekolah menengah, Cikgu Rajmi.


ni pun samalah. tengok tu Syera.
ambil gambar pun nak tidur. bangun hoooiiii

Mieya kan, dia dah jadi macam aku. suka warna pink.
lepas tu suka Hello Kitty. Mieya, mummy suka Mieya ikot gene Mummy. kita geng.


ok, sabtu malam family aku belah abah ada buat potluck.
yang atas ni suku makanan saja tau.
ada banyak lagi yang aku tak snap.
kalau dah namanya makan-makan family abah, takde de makanan tu nak sikit-sikit.
mesti mewah.
ada nasi goreng, mee sup, ketupat, lemang, ikan kerapu stim, masak tempoyak ikan baung, sambal petai, kek batik, puding karamel farah (dapat pujian dari semua memakcik siap suruh farah ajar masak dan farah pun berlagak kata, senang je hahaha), makanan western, ayam bakar dan banyak lagi.
and again aku cuma jamah ayam bakar dan nasi goreng 4 sudu aku pun tak taulah kenapa aku payah benor nak makan kalau event camni lepastu balik rumah mulalah lapar.
agaknya aku tak pandai bila makanan banyak kot.


aku dan adik saudara.
aku kan takde baju raya. aku belasah je mana yang ada.
aku beli baju raya untuk adik-adik aku je.
untuk aku malas.
tahun ni aku lebihkan bab makan dan duit raya.




kesian mak Sunan.
bila jadi mak, kau kena utamakan anak dulu kan?
mak selalu makan last-last haha.
kau tengok seperiuk dia hadap sorang.
hahah.
Sunan!! kalau lu tak hargai mak lu, guwa tak tau nak cakap apalah kan. 
aku beli baju belang-belang farah tu sama dengan syera cuma warna farah tak pekat sangat.
kena bagitau sebab farah kata nanti orang kata dia pakai baju syera.
aku suka beli baju farah dan syera sama pattern hahah tapi warna lain-lain.



time lepak mamak.
hamboi lepak mamak pun nak pakai eyeliner kau dah kenapa?
haha aku kan, kalau tak pakai eyeliner aku rasa muka aku alien sangat.
bukanlah nak kata kalau pakai nampak jelita.
tapi tu yang aku rasa eh suka hatilah kan nak rasa apa pun.

abah.
hamboi sampul raya tu nak tunjuk kat siapa?
ibu mana? ibu tak mau ambil pic.
dia kata rimas k fine ibu. sampai hati.



Sunan Andika.
raya ni, Sunan paling kaya. sekian.

ok cerita pasal raya.
nampak tak betapa sederhana sangat raya aku tahun ni.
tapi aku happy.
aku bahagia.
sebab semua ada.

aku suka suasana raya.
aku suka malam raya--final touch up.
akulah pengurus rumah aku sendiri memastikan semuanya kemas.
walaupun takdelah havoc mana rumah janji takde sampah sarap.
aku suka pagi raya.
aku tukang bangunkan adik-adik aku, Mieya Mika.
seronok sebab aku boleh jerit bangunnnnnnn hari ni hari rayaaaaaaaaaaa.
aku suka meyiapkan kuih muih letak dalam balang satu masuk balang satu masuk mulut.

aku suka pagi raya.
tenang aman damai.
aku suka lagu raya.
aku suka bila semua pakai cantik-cantik.
semua tertib.
semua senyum.

aku suka malam raya pertama.
dapat borak adik beradik.
petang raya ketiga, ibu abah dan aku duduk-duduk sambil cerita kenangan dengan arwah abang aku.
cerita perangai dia, kelakar dia dan semua.
nampak dan jelas sangat ibu abah rindu kat anak sulung dia.

aku suka raya.

1 comment:

diana aziz said...

Mmg bermakna bila beraya bsama family.. btw, sunan tu comel laaa... :)