Aug 24, 2014

MH17

Tak reti nak taip apa.
Tak tahu mana nak mula.

Satu Malaysia berkongsi rasa.

Jumaat lepas, adalah jumaat di mana airmata sentiasa bertakung di mata.
Tak jatuh ke pipi.
Hanya meniti di kelopak mata.

Tragedi MH17 (dan MH370) bukan satu perkara yang remeh dan kecil.

Ketentuan Allah.
Tiada siapa boleh menidakkan.

Cuma satu, keadilan.
Aku nak keadilan supaya durjana yang menembak jatuh MH17 terima hukuman yang selayaknya mereka terima atas tiket undang-undang dunia.
Di akhirat kelak, hanya Allah yang layak menghukum.

Dan MH370.
Di mana?
Tiada khabar berita.
Peritnya bila fikir isteri menunggu kepulangan suami.
Ayah menanti kepulangan si anak.

ALLAH.

inilah dugaan.
Tidak pernah terlintas di fikiran aku
(atau mungkin warga Malaysia yang lain) bahawasanya perkara sebegini akan berlaku pada negara kita.

Tak pernah.

Tapi yang terjadi akan tetap terjadi.

Al-Fatihah.

1 comment:

diana aziz said...

yup.. rase sebak dlm hati tp air mata x mngalir pon. ni dugaan utk negara kita. tfikir jugak psl MH370. Ape la nasib penumpang2?