Jul 8, 2014

Kerana aku buat kuih (tajuk simple)

bulan puasa ni, dah dua kali Unit aku buat kuih.
and guess what, aku suka sangat.
hehehe.
buat time rehat je.
so takdelah nak curi tulang ke apa ke (kena bagitau siap-siap)
it was fun.

last friday buat Kuih Tepun Gomak.
ohmagad. senang bangat rupanya.
aku ingatkan payah.

dan hari ni buat Buah Melaka.
kemain pergi pasar dan mydin beli barang.
aku kata, aku nak kaler pink buah melaka tu.
dorang ikotkan aje hehe.
cantik la bila dah jadi.

aku ni bukanlah pemakan kuih memanis ni.
makan la juga tapi tak berapa. seketul boleh masuk. masuk dua ketul, aku mulalah pikir, nak buang ke tak haha.
so buat kuih sekadar sesuka je.
layankan Encik S (bos) yang nak. haha tetiba petik nama bos.


proses nak buat tepung gomak.
yang coklat tu inti kelapa dia.
watie buat siap-siap dari rumah.
so tugas kami menggentel je hehe.
tapi aku dah tau dah cara nak buat. wah berlagak.
dan ya, inilah kuih pertama yang aku buat hahahahahahahahahahahahhahah menangis.
ok apa. tak terlambat lagi aku nak belajar buat kuih kan.


pastu gelak-gelak sebab kelaka ada yang kecik ada yang besar.
takpelah, janji boleh makan.
taraaaaa. inilah hasilnya. kuih tepung gomak.




so hari ni buat buah melaka.
zupp zapp zupp zapp siap. buat reramai cepatlah siap, kan.
kalau buat sensorang, memang terkial-kial lah aku.

ibuuuuuuu, mengertilah, anakmu dah pandai buat kuih.
heheh.

pastu semalam terjumpa dengan Kak Nah.
dia buat kuih pastu jual time bulan puasa.
sebab dia buat kuih sedap.
takdelah dia jual buka meja tu. taklah. dia cuma letak dalam beg. siapa nak beli, pergilah ambil.
aku cakaplah, nak makan kuih beger malaysia Kak Nah. asyik kuih manis je.
dia kata insyaAllah dia buat.

memang betul engkau, dia buat.
sukanya aku.
kuih dia tak kedekut ok.
memang sambal ikan bilis, the real sambal ikan bilis yang dia letak.
ada sekali aku beli kat orang lain, boleh dia letak sos dan timun.
hahaha.
tak tau kuih kategori apa.

tapi yang Kak Nah punya, pergghhhh.
memang tak terkata sedapnya.
kemain puji, kena beli juga bukan Kak Nah kasi free. LOL.


dahlah lembut. penuh dengan sambal. dah lah sambal pun sedap.
menitik ailiyo.

.

No comments: