Jul 4, 2014

Kerana happy

Ramadhan ke-6, barulah aku terhegeh-hegeh nak update blog.
pheww.
setakat ni ok lagi.
Alhamdulillah.
cuma entah kenapa aku semakin kurang selera berbuka puasa.
berita baik? mestilah tak! hahaha.
aku on diet atkins. harus makan lauk pauk sampai kenyang.
tapi kalau dah tak cukup protein mana nak kurusnya.
dahlah karbo aku tak ambil, ni protein pun tak.
semalam aku masak lauk pauk, tak habis sehingga lah sahur. pun tak habis.

dah membazir di situ.
tak sukanya.

ok.
aku kan, aku suka cari kegembiraan aku sendiri.
aku tak harapkan orang lain untuk buat aku gembira. wah ayat ego ke? tak, kan?
but of course, family aku selalu sentiasa setiap hari buat aku bahagia dan gembira.
tapi bila di Putrajaya ni, aku kan tinggal bersendirian.
apalah sangat nak gembiranya kalau dah tercongok sensorang kan.
nak kata sunyi tu tak pun sebab aku kerja 7.30-4.30.
balik layan drama cina hahaha.
malam pun nak tidur dah.

tapi tipulah kalau aku tak rasa bosan, kan?
dan tipulah kalau aku kata aku happy all day long.
sejujurnya wah jujur katanya, aku melalui juga fasa-fasa tersedih dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.
tapi aku dah jadi more positive.
aku kata pada diri sendiri sambil tepuk bahu, hidup ni bukan lama pun.
kenapa nak buang masa fikir perkara yang menyedihkan (yang buat hati terluka).
so setiap hari aku paksa diri aku untuk positif.
dan antaranya :-

1. bila aku bangun pagi aku akan ucapkan Alhamdulillah kerana diberi sehari lagi untuk menjadi penghuni dunia. lepas tu aku akan senyum. walaupun kau tau, bukan senang ok nak bangun dari tilam empuk tu. jam dah snooze 5 kali pun still tak bangun. tapi aku cuba juga untuk senyum. sebab aku pernah terbaca, senyuman pertama kita di pagi hari akan mempengaruhi mood kita sepanjang hari.

2. buat orang yang tak dikenali gembira. bila kita buat orang lain gembira, rembesan mood gembira akan menular di saluran darah kita hahahaha. sebagai contoh, tekan button hold dalam lif bila nampak ada kakak tu terkedek-kedek lari nak masuk lif yang sama dengan kita. alaa, tunggu la bukan lama pun seminit dua je.
paling tidak kakak tu akan ucap terima kasih. dan tipulah kalau kita tak gembira kan bila orang hargai apa yang kita buat, walaupun simple sangat. yelah, tekan button hold apalah sangat bukannya tolong angkat tong gas pun T__________T tapi still, ianya buat kita happy, kan?

3. aku suka hayati pemandangan matahari terbit waktu pagi masa on the way pergi office. tak terhitung kagumnya pada ciptaan Allah. aku suka tengok dan aku suka melapangkan fikiran aku dengan pemandangan indah macam tu.

4. puji kawan-kawan. tak rugi pun kan. tapi janganlah harapkan pujian semula. tapi aku pernah ok, puji sorang ni aku katalah muka dia flawless dengan harapan dia akan perasan perubahan muka aku hahaha tapi tak pun, dia khayal dengan pujian aku hahaha. ok tak baik tau. pujilah dengan ikhlas. contoh : "cantiklah baju akak hari ni" kan dah buat dia tersenyum. tak ke kita rasa gembira jadi penyebab dia gembira?

5. cuba menegur orang dulu jangan harapkan orang tegur kita. terutamanya waktu pagi. tapi yang ni aku payah sikit lah. sebab waktu pagi aku kan macam malas bercakap sikit. bukan menyombong tapi enjin tak panas lagi. tapi adalah juga kalau jumpa rakan seopis aku akan tegur.

6. yang ni aku terpaling suka dan aku prektikan selalu. lepak sensorang di restoran. hayati makanan sensorang. tapi aku lagi suka minum coklat/nescafe/kopi sambil makan pastry. makanan berat ni payah sikit.
aku suka lepak (contoh Secret Recipe) sambil scroll henfon tengok FB, Blog. dan yang paling suka, tengok gelagat orang hehehe. tapi janganlah tengok tak berkelip-kelip. biadap namanya. cukuplah untuk buat hati terusik. aku tengok gelagat orang entah-entah orang tengok gelagat aku hehehe.

maksud aku, kena ada masa untuk diri sendiri. aku suka sebenarnya jalan sensorang, window shopping sensorang sebab ianya memudahkan. duduk di restoran/cafe, cuba cari apa yang hilang, i mean cuba fikir apa yang kita buat, fikir tentang apa sajalah yang kita nak fikir.

7. beli sesuatu untuk diri sendiri. alaaa tak payah yang mahal pun takpe. yang simple, yang buat mata bersinar-sinar bila nampak. aku pernah masuk Chameleon yang jual aksesori wanita tu. kau tau tak, 5 barang RM5. mau tak happy. adik SA tu kata "nampak akak happy sebab mata bersinar-sinar" hahaha.
tak tau eh? penjual dia akan pandang mata kita. bila kita excited, mata hitam kita akan membesar. so dia faham la, kita suka barang tu. so sedaya upaya dia yakinkan kita untuk beli. cuba kau masuk kedai Coach barang mahal, tapi sebenarnya kau takde duit pun. just nak intai-intai je. sedih tak? yela. kau masuk pun dengan perasaan "alamak duit takde, tapi beg cantik, mesti budak penjual ni taknak layan". mata hitam kita akan nampak kecik kalau kita sedih.

so faham tak apa aku nak bagitau ni? hahaha. alaaa buat-buatlah faham. puasa ni, malas nak taip panjang-panjang.

7 jelah.
buku nota aku tertinggal kat rumah la.
apa yang aku list kan aku tak ingat.

oklah.

.

1 comment:

diana aziz said...

Blh ending camni.... haha.... pasni balik pastu amik buku nota tu, tgk list, sambung entri ni balik.. hahaha... btw, no 2, 5 dan 7 tu kite same... :D