Jun 18, 2014

Kerana marah dengan Reena Kamarudin

hari ni aku marah sangat dengan diri sendiri.
entah. secara tiba-tiba.
aku bangun agak awal hari ni.
5.50 a.m
awal kan?
ye, terima kasih kerana puji aku :p

aku bangun awal sebab aku nak keluar rumah awal sebab aku nak pergi beli sambal paru sebab opis aku ada buat potluck sebab CC aku teringin nak makan! (baca dalam satu nafas).
kenalah beratur awal kalau nak beli sambal paru di gerai bawah rumah aku ni.
sebab gerai tu sentiasalah ramai orang.

aku pun bangun dengan semangat waja dengan satu misi HARUS BELI PARU!
tengok bilik air, ok kosong, clear.
by the time aku dah siap semua, i mean semualah, tinggal nak pakai mekap je, 
aku jeling jam henfon, dah 6.44 a.m

dengan tiba-tiba aku telah menghantukkan kepala aku ke dinding dan kepala aku pecah berderai kemudian aku selotep balik kepala otak aku ni.
OK AKU SAJA NAK BUAT LAWAK SEBAB NAK REDAKAN MARAH.
aku campak henfon aku ok!
tapi campak atas tilam la.
kau gila, duit takde nak beli henfon baru walaupun tetiap malam berangan nak beli Note 3.
kahkahkah.
aku campak henfon sambil mulut berkata kuat

"takde maknanya kau bangun awal, Reena!! sekarang pun dah 6.44. mekap pun kau belum. apakejadahnya semua ni. kenapa kau lembap sangat??"

serius weh, aku marah dengan diri aku sendiri.
nak menangis pun ada.
ok aku kalau marah, mesti nangis hahaha.
tak tau kenapa.
nak marah, marah jelah kan, ni tak, nak serta dengan menangis sekali. hell je perangai.

disebabkan marah, aku terus masukkan henfon dalam beg dan terus mencapai kunci dan berambus.
takyah mekap takyah bela tudung.
biar je serabai macam akak cleaner ya dik ya dik tu yang naik van pekerja tu yang dia sumbat 20 orang satu van padahal van boleh masuk 10 orang je.
eh sori tak bermaksud nak kutuk akak cleaner tapi akak cleaner memang pakai tudung selempang bahu je kbyeee.

bila dah kunci pintu bilik dan melangkah tiga tapak ke pintu utama, teringat lupa pakai jam dan cincin.
patah balik.
bukak balik pintu bilik sambil kata "issshhhhhh"

hahaha guwe sebal ni sebal!!

turun lelaju nak kejarkan Paru Untuk CC.
hahaha tajuk macam drama rashid sibir je.
oklah not bad.
mintak 10 hinggit.
tapi paru dia tak sesedap paru akak blok A.
tapi petang semalam aku dah tanya dah akak Blok A tu pagi esok (hari ni) dia bukak tak gerai dia.
dia kata tak.
so terpaksa lah aku beli di Blok C.
memang kurang sikitlah.
sebab agak garing dan keras.
kalau yang Blok A tu memang menjadi idaman satu unit aku ni ha.
lantaklah. bukan aku yang nak makan hahahaha.

so persoalannya, pernah tak korang rasa marah dengan diri sendiri.

aku pun tak faham kenapa aku lambat padahal aku dah bangun awal.
tak boleh ke aku mandi cepat-cepat, berak cepat-cepat semua tu?
kenapa nak kena buang masa.

tapi aku sampai awal jugak kat opis. 
7.10 dah thumbprint.

ok itu je.

bye.

sebal!

.

No comments: