May 30, 2014

Kerana aku bukan superwoman

aku tak mampu nak memuaskan hati semua orang.
apatah lagi menjadi Superwoman untuk membantu semua orang disekeliling aku.
ada masa, aku pun jatuh terduduk. 
aku tak suka perasaan bersalah macam ni.
aku tak suka bila perut rasa tak sedap.
aku tak suka bila kata-kata tersekat di kerongkong.
aku tak suka.
tapi aku kena hadapnya juga.

lately, baca suratkhabar, isi kandungannya mengejutkan aku.
ada macam, this is ridiculous, man.
38 rogol seorang pelajar perempuan tingkatan 2 (baca SINI)
aku rasa macam ngeri. how? why?
taknak lah aku bayangkan bagaimana caranya si gadis itu diratah 38 orang at one time sebab aku rasa ngilu.
cuma aku nak bayangkan, bagaimana traumanya si gadis itu sekarang.
Ya Allah, kesiannya.
bagaimana masyarakat sekeliling selepas ini memandang dia dengan satu pandangan "dia lah yang kena rogol dengan 38 lelaki tersebut"
maybe for a year or maybe forever.
i can't imagine that.
aku harap. kesemua 38 lelaki itu dapat ditangkap dan mendapat hukuman yang sewajarnya.

berita lain.
kanak-kanak dikelar leher (baca SINI)
apalah dosa kanak-kanak seusia tu sehingga dia diperlakukan sekejam tu?
bukannya dia ancaman kepada sesiapa.
tak sanggup nak baca apatah lagi membayangkan.
kesian mak ayah dia.
kalau aku jadi mak dia, aku rasa putus nyawa aku kot.
lemah longlai, mati seluruh tubuh.

cerita lain.
as you know, masyarakat kita, i mean bukan semua, segelintir, suka menjatuhkan hukuman sendiri.

badan kurus keding--itu ambil dadah la tu.
pakai seksi suka keluar malam--GRO la tu.
lelaki perut buncit--suka minum todi la tu.
lelaki berperwatakan lembut--eeeuuuww pondan la tu mesti suka lelaki je ni.
perempuan berperwatakan kasar--sah tomboy/pengkid.
perempuan pakai tudung--ala, perempuan pakai tudung bukan baik mana pun zaman sekarang ni.
perempuan tak pakai tudung--memang tempah tiket ke neraka la tu.

aku tak kata orang lain.
aku pun kengkadang ada berfikir macam ni.
kenapa?
sebab itulah mindset kita, mentaliti kita.
tapi nak salahkan mentaliti kita pun tak boleh sebab memang selalunya penagih dadah tu kurus cekeding mata merah.

tapi namanya nak diamkan mulut, siasat dulu? memang tak.

manalah tau yang free hair seksi, yang tomboy, yang lembut pondan, satu hari nanti ditiupkan oleh-NYA keinsafan kesedaran, dan mereka jadi lagi baik daripada yang sedia ada baik ni, sanggupkah kita tadah muka, hadap mereka dan meminta maaf?

.




1 comment:

diana aziz said...

kdg2 mentaliti kite ni asik pk -ve je dulu.. pastu br pk +ve. nk kata org2 tua ajar, x jugak. diri sendiri yg memilih utk berfikir camtu kan... huhu