Jan 16, 2014

Kerana orang asing

hai bertemu lagi kita dalam segmen "blogger sendu pemalas tahap dewa".
kihkihkih.
aku bukan pemalas tau korang. aku cuma kurang rajin untuk mencurahkan segala cerita merepek aku ni.
lagipun aku nak kekalkan ke-eksklusif-an blog aku hahahaktuihhhh.
orang pemalas kan, memang banyak alasan.

hari ke 16 tahun 2014.
awal lagi la nak buat perbandingan dengan tahun 2013.
apa pun yang terjadi, life must go on kan.

aku ada baca entri rakan blogger.
dari pembacaan pun aku dah tau maha hebat dugaan yang Allah turunkan untuk dia.
aku pula yang rasa macam, gosh, boleh ke dia galas apa yang terbeban.
tapi..
satu je pegang, DIA takkan bagi kita ujian yang kita tak mampu nak tanggung.
ye.
aku ni cakap mungkin senang.
tapi itu saja yang termampu aku ungkapkan.
sebab itulah mantera aku bila aku rasa macam weh..tak larat dah dengan semua ni
:)

ahad lepas masa naik LRT untuk balik Putrajaya.
sebelah aku seorang yang aku rasa, kakak kot.
bertudung labuh. muka cerah.
dia duduk lepas tu hulur tangan.
aku macam, huh??
yelah, tak terkejut ke bila stranger tetiba hulur tangan macam nak salam.
dalam 10 saat juga aku pause.
hahaha. aku kan blur. cepat rasa pelik.
then dia kata "nak salam"
dia kata nak salam tu, penuh dengan senyuman.
aku pun senyum semula dan hulurkan tangan.
dan tamat.
yelah. aku kan. aku ni wey.
memang berat mulut.
kalau orang lain tak mulakan, memang aku diam kejung jela kat situ.

"nak balik mana, dik" tanya kakak tu

"putrajaya" sambil senyum kat kakak tu.

lama aku diam. dia pun diam.
dah nak sampai stesen Bandar Tasik Selatan, aku pun nak bangun dah sebab nak keluar.
dia pegang lengan aku. sekali lagi aku tersentak.
ok, dia nak salam semula. still tersenyum.
aku pun hulurkan tangan.

"semoga semuanya baik-baik saja untuk adik. jangan risau"

terus aku whoaaaa. macamana dia tau otak aku tengah ligat berfikir?
ke sebab dia tengok aku banyak termenung?
naik LRT sensorang kot takkan aku nak senyum sengih.

terima kasih mendoakan untuk saya, kakak.
doa orang lain untuk kita, doa orang yang tak dikenali antara doa yang dimakbulkan.
InsyaAllah :)

tapi aku selalu perasan.
aku suka tengok wanita yang menyejukkan mata.
antaranya Ibu dan Makteh.
kalau tengok rasa tenang, rasa bahagia dan sejuk hati.

dan termasuklah kakak LRT tu.
walaupun sekejap sangat jumpa terasa tenang bila tengok dia.

aku selalu macam ni weh.
aku selalu terjumpa/terserempak/termasuk sekali dengan perkara/orang yang pelik.

mungkin sebab aku ni sedikit pelik kot hehehe.

kalau nak cerita sepanjang aku menggunakan pengangkutan awam ni memang banyak sangat.
malas dengan rajin je.

mana yang aku rajin aku share la.
yang malas tu, memang hilang macam tu saja.

aku suka perhatikan orang dan sekeliling.
kalau aku rasa aku nak bersendirian, memang aku akan cari tempat yang ok dan tengok orang lalu lalang.
itu yang kengkadang terjumpa perkara pelik.

tapi satu je.
aku memang payah nak percaya orang luar yang tegur-tegur aku ni.
sebab aku pernah kena pukau kot siap serah handphone lagi.
tak ke kelaka aku buka simkad dan bagi terus handphone kat kakak tu.
dengan sekelip mata kakak tu hilang yang ada pada aku cuma sim kad.
hahahahaha nak gelak bila ingat.

oklah tetiba lapar.
bye.


.

1 comment:

diana aziz said...

Best baca citer awk.... Akak tu sape2 la ye.. Bgus btl dia blh doakan utk org yg tak dikenali. Pyh nk jmpe org cam dia.

Awk slalu jmpe org yg pelik... Sy ni pngguna lrt gak tp xde pulak jmpe org pelik. Jmpe org2 yg menyampah ade la.. Ke sbb org pn mnyampah tgk sy? Haha..