Jan 19, 2014

Kerana jawapan untuk abah

Aku masih di kampung, karok atau karak bahasa bakunya.
Petang tadi aku tengok demam ibu makin kuat.
Terus rasa tak sampai hati nak balik.
Selimut 3 lapis engko.
Sebab sejuk menggigil.
Terus rasa baiklah akan ku korbankan akan ku rasmikan cuti tahunan aku untuk tahun 2014 ini.
Apalah sangat cuti tu kalau nak dibandingkan dengan kesihatan ibu.
Bukanlah maksudnya bila ada aku, ibu jadi sihat.
Tidaklah begitu.
Tapi sekurang-kurangnya aku boleh tengokkan dia.
Makan ubat ke dia tu.
Makan nasi ke.
Dahlah abah pun tak sihat.
Kaki membengkak.
Aduhai.
Risaunya hati perut aku dengan kesihatan orang tua.
Bilalah aku dapat tukar ke pahang.
Boleh juga aku stay kat karak.
Berulang ke opis je.
Tak payah risau sangat pasal ibu abah.
Memanglah sakit siapa pun akan kena.
Tapi sebagai anak, gila kau tak risau kan.
Masa kecik kita sakit demam siapa yang risau?
Takkan uncle Rama yang jual pensil picit siapa beli paling cun dia paling hebat tu yang risau.
Mestilah mak ayah kita.
Gitu.
Ok berkenaan dengan soalan abah itu.
Memang aku kelu nak jawab apa.
Itulah kali pertama abah tanya direct pada aku.
Selalu dia tanya ibu.
Dan ibulah yang kena jawab muahahah.
Selepas dia tanya memang aku senyap.
Suasana sepi.
Terasa panas pipi.
Detik jam seperti lambat berlalu.
Hahahaha.
Guwa kelu hoii.
Aku rela abah tanya soklan sejarah zaman kegelapan inggeris daripada soalan itu.
Kalau ibu tanya aku boleh jawab main-main lagi.
Ini abah ok.
Lelaki yang paling aku hormati tempatnya paling teratas dalam hati aku.
Pernah dulu.
Aku bercinta monyet dengan budak setempat.
Abah tak berkenan.
Abah memang tak suka anak-anak dia bercinta.
Tapi aku kan degil.
Zaman remaja beb.
Kenalah rebel.
Satu malam di bulan puasa.
Aku naik kereta dengan abah untuk solat terawikh.
Di hadapan kami adalah pakwe aku tu la tengah jalan kaki pun nak solat terawikh.
Dalam hati aku weeeee bangga je pakwe aku solat terawikh mesti abah suka. Mesti abah rasa bagus budak ni.
Tiba-tiba...
"ini pakwe awak? Dia yang akan jaga awak nanti? Budak hingusan ni?"
Hamaigaddd.
Nada sinis sangat ok.
Sebab yelah pakwe aku tu muda sikit dari aku.
Mestilah abah pikir ni semua poyo nak main-main memang lagha haram.
Terus aku diam.
Hilang bangga aku.
Hahahahaha.
Rasa nak balut muka dengan telekung.
Tapi itulah abah.
Suara dia tenang tapi sinis.
Kalau dia tak suka dia akan bagitau ibu dulu.
Selalunya ibu dulu yang kena tadah telinga. Hahaha kesian ibu.
Ok berbalik pada soalan abah tu.
Dalam 3 minit juga aku diam.
Pura-pura main henfon padahal dalam kepala otak pikir apalah nak jawab.
Abah tau aku berkawan dengan seseorang.
Tapi dia tak tau sejauh mana.
Selepas tarik nafas pepanjang.
Aku jawab..
"insyaAllah kalau ada jodoh kawen la kakngah"
"itu dah semestinya. Tapi abah nak tau bila"
"abah ni dah makin tua. Entah esok lusa abah tutup mata. Nak juga timang anak awak"
"mieya dan mika ada. Nanti anak farah pun ada. Abah boleh timang"
"mieya dan mika tu jangan di kira. Anak farah tu anak farah lah. Anak awak pun abah nak timang"
Amboi tamak cucu.
Hahaha.
Dah tu takkan aku nak jawab "abah jodoh ni kerja tuhan siapalah kita untuk persoalkan. Abah sit back and relax je hokay. Nanti kakngah bawak la menantu-menantu balik untuk abah pilih"
Memang tak lah aku nak jawab gitu.
Karang kebas pipi kena sepak.
Hahahah.
So soalan abah tu aku biarkan tak berjawab.
Abah pun diam tak memaksa aku jawab.
Sebenarnya aku tau abah tak memaksa aku.
Cuma mungkin dia terpikir untuk bertanya sebab dia tak pernah tanya.
Dia mungkin risaukan aku yang duduk jauh daripada dia. Seorang pulak tu.
Dia tau aku kawan dengan sesorang.
Tapi hanya kawan.
Tak lebih daripada itu.
Aku tak berlebih dalam berkawan.
Itu yang abah risau.
Dia takut aku tersilap langkah.
Segalanya berkemungkinan lah.
Hehehe.
Abah tau aku kecewa.
Dikecewakan.
Dia taknak aku buang masa bercinta sebab dia menyifatkan bercinta takde faedahnya.
Tapi memang betul la kan.
Kata orang tua jangan ditidakkan.
Kelak merana diri.
Eh kata degil kan.
Padanlah muka.
:p
.

No comments: