Jan 7, 2014

Kerana entri pertama tahun 2014 ; pisang, adik, 5 bulan, jodoh


1. kita mulakan entri pertama tahun 2014 ini dengan menayangkan gambar pisang. hahaha. pisang ni adalah hasil tanaman abah. lepas tu pisang ni ada yang dijual. ada yang abah sedekah pada jiran dan saudara mara. tapi mostly jiran akan beli sebab segan kot asyik dapat free je kan. abah ni tanam jelah apa pun-- menjadi. yelah, dah pencen ni apa lagi boleh buat kan. kalau tak menoreh, jenguk kebun. janji dia keluar peluh. so pisang ni salah satu tanaman dia yang menjadi.

tapi aku bengang juga la sebab ada kambings orang kampung duk jahanamkan tanaman abah. ok bukan salah kambings la kan sebab kambing bukan tau berfikir "eh ni tanaman pakcik kama ni tak baik kita musnahkan, mari kita musnahkan tanaman pakcik maniam". marilah salahkan tuan punya kambing kerana melepaskan kambing-kambingnya berkeliaran.



2. ok. kau nak yang mana. aiskrim ke roti. benda ni sebenarnya boleh buat sendiri tapi sebab dah ada yang jual kan, so beli jelah. kebetulan masa ke kuala selangor hantar farah balik, ibu yang teringin nak makan. sebelum ni dah pernah rasa sekali so dia nak dua kali. bolehlah. roti dia tak sedap. keras. kalau yang lembut tu lagi mengancam. sudahlah. menda simple buat sendiri pula lepas ni.



3. adik bongsu. bila dia bagitau ibu abah yang dia nak kerja luar, i mean luar dari karak, luar dari pahang, abah ibu memang tak bagi. gila nak bagi. dahlah dia sorang je jantan. harapan nak jaga ibu abah kat kampung. dahlah manja. tapi aku slow talk dengan abah. aku kata, abah biarlah dia berambus menyemak nya duk karak ni. ok tak tak. tipu sangat aku kata gitu. aku kata kat abah "biarlah abah dia nak kerja luar. bagi dia berdikari. umur dah 19. biar dia rasa kerja dengan orang, bangun pagi, basuh baju sendiri. bila lagi dia nak rasa jadi dewasa". so abah dengan berat hati pun melepaskan dia pergi.

tapi, memang berbakul lah pesanan, nasihat abah dan ibu bagi. tak cukup dengan itu, aku pun tambah sebakul dua nasihat dan pesanan. aku sebenarnya tak yakin dengan adik aku ni. takut je dia kena buli ke, hilang arah ke apa ke. tapi mengenangkan tempat kerja dia di Kajang, maka aku rasa lega sikit. yelah, aku kan duta Kajang. hehehe. so senang aku nak jenguk.

aku, ibu, abah dan farah siap bet lagi. 
abah kata, seminggu je, lepas tu gerenti dia balik.
aku kata, sebulan.
ibu dan farah kata, tiba hari nak pergi tu dia tak pergi.
hahahahaha.
jahat betul kami.
adik bengang. dia kata "cubalah bagi semangat sikit dekat adik"

ok ok. kitorang bagilah semangat.
tengoklah dia kemas baju.
kira berapa helai seluar baju dia nak bawa.
muka kami penuh dengan bagi semangat. tapi dalam hati hahahah ye ye je ko ni dik

tapi kengkadang aku kesian juga dengan adik. haha. kalau dia nak have fun dengan member dia, let say dia nak ke KL. ibu dan aku punya pesanan tu mengalahkan dia nak ke China. duit tu letak dalam poket, jangan cuai sangat, melintas pandang kiri kanan, jangan tegur orang yang tak kenal. hahaha. 
lepas tu siap pesan kat kawan dia "tolong tengok kan paez ye"
kawan dia pun terkebil-kebil la menjawab "baik makcik"
padahal umur dah 19 dah tu. macamkan dia tu baru 10 tahun.

kalau dia melepak mamak sekangkang kera dari rumah pun sama. kalau tak ibu yang call, aku yang call. 
kesian. lepastu balik rumah muka masam "ibu ni, malu adik dekat kawan-kawan. asyik call je"
ye kau malu. kalau awek call kau tak malu. ibu call sebab risau. haish.

so seperti dijanjikan, baru 3 hari dia kerja, khamis lepas aku pi tengok dia kat restoran yang dia kerja tu. he works as a waiter. ok not bad lah restoran dia. besar. ada uniform. bersih. makan pun sedap.
sampai-sampai je terus dia cium aku. rindu letewww. nak balik pun sama. banyak kali aku cium dia. rindu weh. 
owner restoran tu (bos dia) datang borak dengan aku.
katanya kalau prestasi paez ok dia nak lantik as a leader.
gaji pun up la sikit.
aku macam, oh yeke, ohhh. 


amboi kemain posing time kerja.
terus rasa, sedangkan orang luar nampak potensi adik aku, takkan aku nak layan dia as a budak-budak lagi kan. tapi tu lah, dia tetap akan jadi adik bongsu aku yang manja yang kelakar yang menyakitkan hati sampai bila-bila.

rindu dengan lawak dia. perangai gila-gila dia.
seperti biasa pesanan aku untuk dia memang berbakul la kan.
hari tu balik karak, rasa sunyi sangat.



4. mak buyung dah 5 bulan. eh tapi kan aku tak suka term mak buyung. macam apa je. tapi sebab kakak-kakak opis asyik guna term tu aku pun terikut sekali. farah dah gemuk. hahaha. padan muka. eh tak tak. dia gemuk sebab salah baby. baby buat dia gemuk. jahat baby ni. ok perkembangan farah. dah mengah-mengah bila berjalan. ohmygod. tak suka. hahaha. yelah, aku dan dia kan aktif kesana kesini. bila dia mengandung ni, terus rasa, ko tak larat ke, pergilah duduk tu ada kerusi tu.
kalau tak tu, dia lah paling aktif. seorang yang berdikari. hati batu. ketegaq. lepastu keras kepala. takde perasaan.

bila dia terkedek-kedek bawa perut aku rasa macam ohmy, tak sangka adik yang 24 tahun dengan aku, jogging tiap-tiap petang, round satu karak cari bakso, cari pisang goreng, redah hutan naik motor sebab nak mandi sungai, dan macam-macam lagi akhirnya akan jadi seorang mak.
aku happy. opkoslah aku happy. happy sebab dia dah berkeluarga. but at the same time rasa sedih lah juga sebab dah takde member nak buat aktiviti mengejut. huhuhu.
semoga Allah permudahkan segalanya.





5. minah ni? alaaa minah ni tak payah lah korang tanya bila, bila, bila. sebab minah ni perasan dia muda lagi mihmihmih.

entahlah weh.
kalau korang tanya bila, aku pun tak dapat bagitau jawapannya bila.
aku rasa jodoh aku bukan bila aku jatuh cinta kot.
sebab bila bercinta tak kemana kan.
jodoh aku mungkin bila orang lain carikan.

oklah.
bye.

.







1 comment:

diana aziz said...

Kot2 petang ni balik kerja, terserempak dgn jodoh tepi jalan.. who knows... hehehe