Dec 4, 2013

Kerana kau yang pelik lah

aku selalu jumpa/kenal orang yang pelik.
tapi pelik yang menghiburkanlah.
balik rumah still tersengih teringat. sebab maybe kelakar situasi tu ataupun macam kau dah kenapa.

semalam masa turun opis guna lif.
dalam lif ada brader tu tengah ketip kuku.
dahlah ketip kuku dia besar gabak.
ketip kuku sambil buat kerut-kerut dahi.
aku pandang jelah. sebab aku dan dia je ada masa tu.

lepas tu..

brader : kuku saya sakitlah. nak buang yang ni lah 

*sambil tunjuk kuku dia kat aku. aku pun dengan otometiknya pergi dekat dan tengok. yang ni aku tak faham kenapa aku pergi tengok. kesian mungkin*

aku : ohya ke? 

tu jelah aku mampu jawab. dah tu takkan aku ajak dia bersila meh abang meh duduk bersila biar adik yang tolong ketipkan. eiii tak kesior

brader : sakitlah 

alolololo anjew anjew sangat

aku : *terus keluar haha memang taklah aku nak melayan walaupun aku tau brader tu kerja sama blok dengan aku tapi lain tingkat*

sampai malam aku rasa kelakar je bila pikir.
eiii, geli hati adik ni tau, abang.

bos aku, Encik S dah tau aku buat diet atkins (laa sangat hahah sebab kadnag-kadang ter-cheat jugak makan coklat)
eii tak suka dia tau. entah siapa bagitau berapi je aku.
pastu asyiklah tanya aku macam-macam like..

tak lapar ke
dah turun banyak ke reena?
pergi timbang sekarang saya nak tengok
patutlah cincin ahli sihir reena dah muat
nanti kena buat baju baru la eh

aku : Encik S, cakap kuat lagi, tingkat 1 dan tingkat 2 tak dengar suara Encik S.

T___________________T

dahlah tanya kuat.
satu floor ni boleh dengar.
ai is malu lah kan.

ok.
itulah antara orang pelik yang buat aku tergelak.
nanti aku cerita lagi kay.

sebab aku nak balik.
yeehaaa
till then, bye.

.


2 comments:

diana aziz said...

awk selamat tahun baru.... sy ingat awk dh lama tak update... yela, kat bloglist sy tulis 3 bulan dh awk x update. rindu okeh dgn penulisan awk yg klaka...

Reena Kamarudin said...

haha. tu la gila gak list ni. hehe. tp lama jugak sye tak menaip.