Nov 20, 2013

Kerana selamat tinggal 2013. Abah.

2013 akan ditinggalkan jauh.
biarlah dia pergi.
malas nak ingat lagi.
hahaha.

aku sebenarnya macam tak sabar nak ke tahun 2014.
bukanlah ada apa-apa yang special pun. tak ada.
cuma entah.
i can feel that 2014 will bring something good to me.

aku nak fresh air.
aku nak suasana yang damai.
yang tak sesak dengan segala jenis macam perkara.

i wanna feel free. gitu.

menjadi seorang reena bukanlah senang haha macam orang kesah.
peduli.
kalau asyik fikir apa pandangan orang pada kita, bila masa kita nak bernafas?
kalau asyik menanggung sakit hati, boleh mati tau dak?
so lantak.

2013 ajar aku bermacam perkara.
like seriously, aku dah lalui even yang terpaling buruk.

tapi aku tak pernah pun mengadu domba pada ibu atau abah.
aku cuma senyap.
takut kena marah pun ye jugak.
tapi sebenarnya lebih kepada takmau menambah lagi susah hati mereka.

aku kan suka jadi anak yang baik. winkwink.

terkadang rindu nak lalui zaman sekolah.
yang cuma risau pasal kerja sekolah tak siap.
serius aku cakap, kerja sekolah aku jaaaaaaaaaaraaang siap.
sekolah menengah la. sekolah rendah aku boleh tahan lagi.
kalau prinsip akaun, memang kerjanya asyik meniru.
Fauziana juga jadi mangsa.
kalau add math, Inna jadi mangsa.
hahaha.
pemalas tahap nak meninggal.
tapi kalau English, laju je aku buat. bajet omputih sangat.

tapi itulah.
semua itu aku rindu.

baru-baru ini balik karak.
dalam kereta abah bercerita pasal pokok durian yang dia tanam.

Abah : pokok tu lagi 4-5 tahun bolehlah anak-anak abah, cucu-cucu abah merasa hasilnya.
Aku : (diam. kelaziman aku, bila abah bercakap, aku banyak diam. cuma mendengar. paling tidak aku jawab yeke abah, ohyeke, oooohh)
Abah : abah ni tak taulah sempat ke tak nak merasa. tapi kalau abah dah takde, durian tu la untuk anak cucu abah.
Aku : (sebak. alih muka ke luar tingkap)

haih.
abah memang.
memang buat aku sebak hingga ke hari ni.

aku kira.
tahun depan bulan 6 genap umur abah 64 tahun.
ya Allah.
semakin menginjak usia.
semakin aku takut kehilangan dia.

aku paling banyak terkesan dengan apa je yang abah buat dan lakukan.
ibu----sebab dia pun wanita.
tapi abah--jiwa dia susah nak aku dan adik-adik selam.

sedih ke dia, terluka ke dia, kecewa ke dia, kitorang takkan tahu.

tahu pun dari ibu.

aku ni entahlah sempat tak nak bagi cucu pada abah tu haha.
harapkan anak farah dan syera jelah.


till then, bubye.

No comments: