Nov 27, 2013

Kerana Ku Cinta Kau Seorang.

ya.

memang blog ni macam nak menopos dah.
kejap ada entry. kejap takde.
lepas tu seminggu baru berupdate.

i is malas. takde semangat.
takde mood and all that.

aku perlukan semangat.
come to mama please.

takde apa masalah pun aku ni.
cuma entah.
takde booster dalam hidup.
sesuai nak kena lempang berkali-kali baru sedar diri kot.

bangun pagi, pergi kerja, buat kerja then balik rumah.
eh tapi tak balik rumah terus. mesti melepak kejap pekena sup ayam sepam dua.

ohya.
aku dah lama ok. laaaammaaaa tak makan nasi, mee, tepung etc.
lama tak lama adalah dalam 3 minggu lebih.
hihihi lama ke tu? untuk tipikal tekak melayu macam aku, memang lama.
ni semua untuk kasi kurus la engko.
engko yang dah kurus tu patut bersyukur.

kalau yang kurus selalu mengadu "aku gemuk lah"

dah tu yang gemuk macam aku ni apa?
gedempol?

arghhh i is stress. kau dah kurus ok. bersyukur. tak payah nak kata kau gemuk.
cuma kau kena maintain dan jaga tahap kolestrol kau je.
tak payah nak ambil kisah lemak kau yang macam segan-segan nak berternak dalam badan kau tu.

panjang omelan aku.
aku mengamalkan DIET ATKINS.
sama-sama dengan officemate aku--Oni dan Watie.
dan juga bff aku--Farah Raihana.

semoga kilogram kami akan berkurangan dari hari ke hari.
mula-mula memang rasa macam boleh ke tak sentuh nasi ni.
rupa-rupanya boleh ok.
semuanya kena tekad.

and now, pandang nasi pun tak.
dah otemetik ambil sayur dan lauk je.

eh, korang google la ye apa itu Diet Atkins.
aku malas nak explain.

boleh juga nak like page dia kat fb

Kelab Diet Atkins Malaysia

ohmy.
kau tau.
memang rasa nak menjerit tengok geng yang dah kurus sebab amalkan diet ni.
rasa jeles sangat.
rasa nak ambil pic dorang tampal dalam bilik jadikan inspirasi.
serius.
aku terkagum kagum sangat.

satu lagi kesan pada diet ni selain aku dah turun lebih pada 5kg ehem ehem nak bagitau aku dah turun lebih 5 kg. boleh jadi 6 kg, 7kg, 8kg.
RAHASIA. mihmihmih.
aku selalu timbang dengan Oni.
Oni lah yang observe bila aku timbang dan aku observe dia.
cei cei cei.
takut main tipu letewww.

eh nak cerita selain kesan dia turun berat badan, satu lagi kesannya adalah aku rajin buat breakfast pepagi.
aku tak pernah ok sentuh kuali sudip time pagi.
sebab tak suka minyak-minyak tangan.

tapi aku dah rajin now.

ok lah stop pasal diet.

malam tadi sampai rumah pukul 9 lebih.
tengah cuti kan, tak kesah lah balik pukul berapa pun.
bukak tv tengok muka Remy Ishak terpampang.

terus aku teruja.
rupanya cerita bersiri dia ok.

aku tau dia ada cerita bersiri kat Tv9 tu dengan Tiz Zakyah tu.
tapi aku tak sukalah sebab watak dia koprat sangat.
dah tu ala-ala gawwang sangat.
ite tak shuke la pakwe gawwang gawwang.
huhuhu.

so malam tadi tengok watak dia macam kelaka.
pastu dia jadi lelaki kampung duduk dengan nenek.
jaga nenek dia dengan kasih sayang ohmy aku jatuh cinta tau.
hahaha.

tajuk cerita tu Ku Cinta Kau Seorang.

mestilah aku nak tengok sampai tamat kan.

kalau terskip pun, Tonton kan ada.

tadi time rehat aku repeat semula episod pertama (yang aku missed tu sebab aku kan tak tau drama apa main kat tv sebab aku jaaaaaraaaangggg tengok tv)
memang best la.

aku kan.
dah kalau remy yang berlakon semua best.
filem Anak Halal aku kata best.
filem Cun adalah dekat 7 kali aku tengok.

kesimpulannya aku memang gila kat Remy Ishak.

dah itu aje.



pic googled.

oh.
camne la aku tak terjatuh hati kat mamat ni.
cayyaq aku weh.

by the way, aku tak kenal pun heroin dia.
eh tak kisahlah.

ok dah. bye
.




No comments: