Nov 7, 2013

Kerana emosinya dia hari ini

bila seorang kawan bertanya tentang kemarahan aku di status fb, baru aku tersedar, yeah, aku sudah sikit terbuka untuk emo di fb.
sebelum ini tidak.
maybe ada tapi masih dalam ayat sinis dan troll.

ada sebab kenapa aku up kan komik Bitstrip dengan dialog sebegitu.
sebab aku nak orang tu terasa sendiri.
kalau bukan dia, kaum kerabat dia pun jadilah.

hahahaha.
pathetic.

ibu bagitau aku, sabar.
biarlah, ibu taknak berpanjangan.

tuhan, sesabar itukah ibu aku?

kalau ikut darah muda aku, balik karak esok memang aku sehadap dengan dia dan tanya,

apa motip engkau buat cerita pasal mak aku? kau dah nak menopos ke?

jujurlah eh, takmau selindung.
aku orang yang panas baran.
tapi sejuknya aku sebab ada ibu dan abah.

aku suka bersemuka dengan orang yang cari pasal dengan aku.
sebab aku nak tau, kenapa kau buat aku begitu? sedangkan aku tak sentuh life kau?

ingat lagi dulu, aku dan Farah, naik motor pergi rumah seorang perempuan ni sebab perempuan ni dah buat cerita memacam pasal aku dan adik-adik aku.
time tu ada suami dia di rumah.
tapi aku tak peduli pun.
aku panggil dia keluar.
dengan suami dia keluar sekali.
aku tak salah buat apa aku nak takut.

tergagap-gagap jawab soalan aku.
tapi itulah, bila dia masih lagi suka menjaja cerita pasal kami (hingga kini) aku dan adik-adik anggap dia dah gila dan sehari tak mengata orang dia akan kena sawan dan mulut dia keluar buih.
lantak.

aku tak suka gaduh pung pang pung pang.
aku suka tanya

"kau ada masalah ke dengan aku?"

"aku kacau laki kau ke?"

"aku berak depan rumah kau ke?"

then kalau dia nak mengaku silakan.
kalau taknak, takpe. janji aku tanya.

manusia macam ni pandai menyalak kuat belakang kita.
tapi bila di depan menikus.
sedih.

dulu masa aku kecil bolehlah manusia sebegini langgar apa adanya kami.
tapi sekarang aku ada untuk tahan benteng mulut puaka supaya jangan rempuh lagi hati ibu dan abah.

bodohlah aku sebagai anak, kalau hanya mampu duduk diam tunggu mulut puaka.
bukan reena namanya.

aku nampak saja happy go lucky (ke?), ayat nak cool saja (aku memang cool, aku bukan pura-pura)
tapi bila bersangkut paut dengan hal ibu abah, aku boleh jadi macam singa betina.

itu belum masuk adik-adik aku, farah dan syera.
itu jam kalu, aku tak tau lah kau sanggup tak nak pandang muka kau kat cermin.

sedih.
yang buat pun ada sangkut paut darahnya dengan kami.
nak kata apa?

semua ini, maksud aku dengan semua perkara ini, buat HATI AKU LAGI TAWAR nak duduk di putrajaya.
jiwa, hati, perasaan dah takde.
makin kurang.

tapi dalam pada itu aku muhasabah juga diri ini. 
terkurang di pihak aku untuk jadi hamba-NYA.

haihlah.
mood jiwa kacau ke apa entah aku ni.

tapi asyiklah hati mak ayah kita di sakiti, mampu ke kita duduk diam saja?
mampu?

aku dah banyak kali kata.
jangan usik keluarga aku.
jangan sentuh hati ibu aku.
jangan cuit jiwa abah aku.

ok.
pi ambil wuduk.

.

1 comment:

wan nur said...

assalam.. jemput join contest.. http://wannurrr.blogspot.com/2013/11/contest-im-diva.html