Sep 26, 2013

Kerana hati #1

Sejak semalam tukar address blog.
Dan memang menurun stats.
Tapi aku tak kisah. Aku menaip bukan untuk kejar traffic ke nuffnang ke or glamer. Aku menaip untuk suka-suka.
Mencoret kenangan indah dan pahit.
Untuk aku sendiri baca.

Iya.
Bila berkelapangan aku akan baca blog aku. Semua entri lama aku godek.
Sebab aku suka.
Mengingat apa adanya aku sebelum ini. Aku suka.

Meluah yang terpendam.
Melampias apa yang tersirat.

Kalau ada yang benci, apalah terdaya untuk aku beri.
Tadah saja.
Kerana aku hidup bukan untuk puaskan orang lain punya hati.

Kebelakangan ini, emosi agak serabut.
Jiwa tak setara dengan otak.
Apa yang aku buat semuanya, aku terasa seperti tak berpijak di bumi yang nyata.

Seringkali aku bagitau.
Sabar hati sabarlah walau seminit.
Setiap apa yang kurang ada hikmahnya. Ada manisnya. Bukan sekarang. Mungkin satu hari nanti.


2 comments:

diana aziz said...

Jiwa kacau le tuu... same cam sy. suke baca entri lama dlm blog sendiri.. pastu bile tgk gmbr, tetibe ckp dalam hati:-

"eh, dah lama x pakai baju ni la..."

"Eh, dah lama xmakan kat kedai tu la.."

hehehe....

reenapple said...

Samalah kita. *high 5*