Sep 26, 2013

Kerana Cinta Jannah. dan klise.

aku ni bukanlah kaki tv.
kalau astro tu aku layan channel hallmark (sekarang dah takde ganti DIVA)
AXN sebab ada CSI itupun sekarang langsung tak layan dah. rindu Horatio muahaha.
tapi paling terlayan sekarang adalah Running Man.
kalau melayu aku layan Super Spontan dengan Betul ke Bohong.
aku kan suka Jep Sepah.
tapi musim baru Super Spontan tak best sebab ganti dengan Shiro.
tak kesahlah.

drama melayu terbaru aku suka adalah "Jihan Tak Nak Balik Raya"
hahahah kelakar sangat drama tu. Jihan Raja Lawak yang berlakun.
masa raya tayang. kau tau, aku tengok 5-6 kali kot.
itulah aku. kalau dah suka, memang ulang tayang banyak kali.
sama dengan lagu. kalau suka, asyiklah lagu tu je aku ulang.
bernanah telinga Kak Nora aku ni ha mendengarnya.




hahahah tengok pic pun aku dah gelak.
ibu dan adik-adik aku pun suka.
kelakar la. semua pelakun kelakar dan best. 

ok.
sekarang kan ada slot akasia ke apa entah yang pukul 7 tu?
seriusly aku bukan layan pun. walaupun ada adiputra.
hari tu yang tentang dhia tu kan?
aku layan gitu-gitu je.
kalau termissed, tak tengok pun kat tonton.
sebab malas.
walaupun favret aktor aku.

tapi aku tengah tunggu Remy Ishak punya cerita bersiri ni.
kalau ada, memang aku melekat kot.

sekarang aku tengok trend drama:-

:- hero heroin tak saling cinta.
:-kahwin paksa
:-gaduh-gaduh
:-hero gawwang gawwang sangat marah-marah heroin
:-heroin pulak lembap nak mampus muka redho pasrah tadah je telinga bila mak mentua maki hamun
:-yang mak mentua pulak bersekongkol dengan pompuan gedik rambut perang untuk mengenakan menantu yang lembap tu.
:-dalam bilik hero paksa untuk "bersama" wah geli ketiak aku.
:-heroin pun tertewas dan pagi esok mandi wajib muahaha.

see?
sama tak?
ini semua adaptasi novel kan?
semua penulis novel duduk semeja lepas tu ambik skrip yang sama ya?

Jannah.
hoi apa ke lembap sangat pompuan ni kan.
redhoo sangat lah gayanya bila kena maki hamun dengan tengku tu.
my god.
menantu pilihan sangat.

9 tahun kemudian anak dia dah besar.
gila lah, 9 tahun aku tengok drama tu. paling lama hahaha.

aku faham, tv pun ada target marketing nya.
mungkin dorang fikir kalau tayang cerita camtu rating naik.
tapi memang betullah kan. memang naik pun.
tapi boleh faham tak cerita macam tu tak menjana minda?

rindu nak tengok drama ala-ala Rumah Kedai, Opah dan so on.
Kutub Utara Kutub Selatan pun not bad. fenomena juga tu.
walaupun jalan ceritanya lebih kurang--mak mentua tak berkenan menantu.
tapi mak mentuanya bukan datin matin. norlia ghani tu ha, still jadi standard mak untuk melayu.
apakah semua melayu kat malaysia ini berpangkat datin, puan sri atau tengku?
kenapa tak boleh buat mak hero itu perempuan biasa saja?
kenapa tiada drama kekampungan? ai is orang kampung tawww.
ai is tak boleh masuk dengan orang kaya raya ini tsskk tsssk.

cerita ala cinta jannah membuai perasaan.
it's fake ok.
in reality takkan jumpa kisah cinta macam itu.
lelaki romantik macam izaril?
kalau ada pun tidaklah sesempurna itu.

dengan aku sekali terbuai perasaan. hahaha cibs betul.
yelah siapalah yang tak terjatuh hati dengan lelaki macam izaril tu kan.
but at the end of the day, itu semua fantasi.
realitinya, i'm still forever alone hahaha.

kalau nak buat drama untuk novel Ramlee Awang Murshid mesti macam mustahil kan. sebab novel dia macam complicated sangat.
mesti besar budget nya.
tapi itulah yang aku suka.

till then bye.

No comments: