Apr 4, 2013

Kerana ini hanya untuk wanita. wanita sahaja.

minum kopi kacip fatimah memang buat aku bertenaga.
hidup kacip fatimah hikhokkk.

dalam zaman moden lagi urbanisasi ini, salah satu kerisauan terbesar wanita selain bagaimana mahu makan tanpa gemuk, adalah tentang bagaimana mahu menjaga keselamatan diri apabila berseorangan khususnya.
kami tidak mahu menjadi seperti wanita-wanita malang di luar sana yang telah pun terkorban akibat kerakusan nafsu insan berhatikan syaitan :(
sedih tau tak bila buka paper, mesti ada cerita pasal wanita dirogol dibunuh etc.
robek hatiku ini.

di sini ada beberapa tips yang ingin dikongsi dengan harapan walau tak banyak, sedikit pun jadilah dapat beri manfaat kepada semua wanita gojes yang membaca blog ku ini.

1.bila berseorangan dalam lift tak kira lah lift di opis maupun di tempat kediaman. 
tiba-tiba ada orang asing yang kita rasa berpotensi melakukan kejahatan terhadap kita, masuk dalam lift juga. apa yang kita perlu buat sedangkan dada sudah berdegup kencang? maybe sounds tak masuk akal tapi anda BOLEH TEKAN SEMUA NOMBOR DALAM LIFT TERSEBUT. let say rumah anda tingkat 10 maka tekanlah button lift tersebut dari 1-10. bila lift berhenti di setiap tingkat walaupun tiada yang masuk/keluar, kebarangkalian that weirdo menyerang kita adalah tipis. sebab mereka takkan berani menyerang jika pintu lift sentiasa terbuka.

2. lelaki asing dalam rumah datang menyerang.
pergi berlari ke dapur. jangan nak hindustan sangat naik tingkat atas pi cari bilik dan kunci diri. nooo. a big no. pergi dapur. sebab hanya anda saja yang tahu di mana pisau, serbuk cili, pinggan disimpan. itulah senjata yang boleh anda guna. pecahkan pinggan dan jerit sekuat hati. biar jiran or orang lalu lalang dapat dengar dan tahu anda dalam bahaya. 

3. naik teksi di malam hari.
kalau boleh elak, elak lah naik teksi di malam hari. sedangkan siang hari pun bahaya boleh berlaku inikan pula di malam hari. tapi kalau dah tak boleh sangat nak elak, sila baca ini. sebelum naik, pastikan hafal plat nombor teksi tersebut. wajib. in case terjadi apa-apa itu adalah bukti utama. dalam teksi, cuba berbual dalam telefon dengan mak ayah abang pakwe suami atau sesiapa saja. bagitau lokasi terkini. warna teksi. nama driver. biar driver tu dengar. biarlah dia kata anda saiko pun. kalau takde yang angkat panggilan anda, pura-pura juga bercakap dalam telefon supaya driver itu tau, dia sedang bawa penumpang yang macam singa. bila semua ini anda buat, mesti dia rasa tertekan dan hantar anda dengan selamat.

4. tiba-tiba pemandu teksi itu tukar haluan yang tak pernah anda lalu. bagaimanakah?
jangan berprasangka baik. jangan kata oh nak elak traffic jam letewww. oh mungkin jalan ni dekat. no. please jangan jadi baik sangat nak sedekah diri anda pada orang jahat. kalau situasi ini terjadi, terus telefon ahli keluarga dan bagitau pemandu teksi mengubah haluan dan jika dia melawan i mean suruh diam ke apa, masa inilah anda harus gunakan kekuatan dalaman anda. jangan takut untuk tarik kolar baju dia sehingga dia rasa tercekik. guna dompet atau apa saja yang keras dan tekankan pada leher dia. teksi mungkin jadi tak tentu hala. dan ini akan menarik perhatian sesiapa yang lalu di situ. jerit.

5. jika ada yang stalk, mengekori di waktu malam.
malam adalah masa di mana situasi bahaya lagi tinggi dari siang. sebab malam gelap. orang susah nak nampak. jika anda rasa ada yang mengekori anda, terus masuk ke dalam kedai yang masih dibuka. seperti 7e. takpun, lari masuk ke dalam bank yang ada open ATM tu. selalunya ada pengawal keselamatan yang jaga kan. bagitau keadaan anda. jangan malu. dan kalau driving, terus masuk dalam balai polis, halaman rumah orang, kedai makan yang masih di buka atau mana-mana saja tempat yang ada orang.

berjaga-jaga.
itulah senjata utama.
sentiasa aware dengan keadaan sekeliling. jangan nak jadi berani sangat walaupun anda juara taekwando peringkat kampung lengkong.
juara judo peringkat estet bukit dinding.
jangan jadi berani sangat ya.
cubalah berperasangka buruk sikit.

semoga dapat manfaat.
till then, bubye.

1 comment:

Anonymous said...

sgt bernas petua2 tu reena. akk bc dgn khisyuk, tp bile part estet bukit dinding dgn kg lengkong, akk gelak guleng2.... hahahahah.... _k.nona_