Apr 2, 2013

Kerana dapat adik ipar dan terbakar

Alhamdulillah.
setel semuanya kenduri kahwin adik aku, Fara.
lega sangat-sangat.
terasa terlepas batu di bahu.

dari rabu tak cukup tidur. mata dah jadi mata panda.
serius. kak limah pun kalah tau.

tapi demi adik, ku sanggup redahinya jua.

dan hari ini start kerja semula.
kau ingat senang nak bangunkan bontot ni dari tilam setelah cuti 5 hari?
memang payahlah kan.
nasib baik aku masuk 8.30 bermula april ini. 

perubahan setelah dapat adik ipar?
meh sini nak list kan.

1. yang ni penting. sehingga pukul 12 ni, lebih kurang 10 orang tegur kenapa kulit aku terbakar a.k.a rentung.
fine!!! sangat tidak menjaga perasaan. apalah salahnya berbasa basi menegur seperti - "wah tanned nya kulit awak reena. sejibik macam rihanna seksi seksi gitu"

apa nak buat kenduri kawasan terbuka. kampung pula tu.
cuaca pula memang sangat terik.
asyik duduk luar layan tetamu makanya inilah mendapat.
malam tadi letak krim malam, rasa nak nangis sebab pedih huhuhuhu.

2. ada lelaki asing di rumahku.
huhuhu ni tak boleh buat apa lah. dah kata baru lepas majlis so pengantin lelaki stay kejap di rumah aku.
so ada janggal la heyyyy. aku banyak duduk dalam bilik. dia pun duduk dalam bilik. sebenarnya aku ok je dengan adik ipar aku tu. dah biasa. cuma dulu dia tak duduk serumah. datang gitu-gitu je.
tapi takpe, sementara waktu saja. faeez lagi hebat. dia nampak Amit naik tangga nak ke bilik terus dia sound "heyyyy" lepas tu dia kata, eh lupa hahah dah kawen dengan fara. it takes time yawww.

3. tak biasa tengok fara mesra dengan lelaki.
bukanlah mesra sangat. macam ahad tu kan kitorang semua pi mandi sungai kiranya nak hilangkan penat lah kan padahal bertambah penat ada lah. lepas tu masa nak cross sungai tu aku tengok Amit pimpin tangan Fara terus aku rasa eh apahal diorang pegang-pegang ni lepas tu terus keji diri sendiri diorang dah nikah la pompuan!

4. Fara dah tinggalkan aku.
masa mandi sungai, dia jalan jauh tinggalkan aku. dia kat depan dengan Amit. sedih kot. huhuhu. selama ni kami macam belangkas. der, kau rampas adik aku der. memang aku sedih lah kot. tapi takpe, terpancar bahagia di wajah Fara. itu yang aku nak. 

5. masa kenduri soklan ramalan memang sangat tepat keluar.
fine fine. soalan akaknya bila lagi adalah soalan favret masa kenduri berlangsung. dah immune dah.
aku ok je. aku jawab InsyaAllah. nak sangat aku kawen cer bagi satu jodoh kat aku, khennn. hahahaha.

6. sakit tekak hilang suara
sebabnya sendiri cari penyakit. cuaca sangat panas engko. engko pun tak mampu nak bayangkan panas camne. janganlah bayangkan neraka. neraka tu kita tak terjangkau panasnya. so bila panas cepat dahaga la kan. solution yang tak berapa bijak minum air berais. apa lagi hilanglah suara.


pic akad nikah buat di rumah makteh.
mekap dia sangat aku suka sebab tak berat sangat tak nampak macam clown hahaha.
pe-mekap adalah Ema adik Farah Raihana.
memang pada mula-mula nak dia. taknak orang lain dah.
memang the best.
fara ni tak suka over. semua menda dia nak simple but sweet.
so inilah hasilnya.

another pic dalam entri lain ye.
entri khas punya.
tunggu pengantin buat entri dulu kot kot dia nak buatlah kan.
manalah tau dah ada suami takde masa khenn.
hikhikhikhik *gelak ada makna*




 pak itam *adik abah* nun jauh di sana buat unggun api.


 airterjun ni dua tingkat.



heaven kot dapat berendam.
dengan adik-adik sepupu dan pak itam.
tempat ni terpencil dan tak ramai yang tau.
nak sampai ke airterjun ni kena daki sikit bukit, cross sungai dan lalu hutan semak samun.
tapi tempat dia memang best.
air sejuk dan jernih.
jom nak kita pi reramai? huhuhu

oklah itu saja untuk hari ini.
kalau kuasa rajin melanda akan di update lagi.
bye bye

1 comment:

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu...

lame-lame nnt biase la kan :)