Oct 23, 2012

Kerana jatuh cinta lagi. lagi lagi ku jatuh cinta

kita borak kosong je la eh.
ada banyak menda nak cerita kat korang. kot la korang sudi baca. tak sudi baca takpelah, aku tak paksa.
eh tetiba emo.

hari ini harijadi arwah abang aku yang ke 30. takpelah. walaupun dia dah takde, aku tetap ingat sebab macamana lah aku nak lupakan insan yang istimewa dalam hidup aku ini.
malam tadi tepat pukul 12 malam, aku wish kat dia tapi hadap dinding la kan sebab dah nak tidur.
tak tau la aku ni dah jalankan tanggungjawab sebagai pengganti dia ke tak. ataupun adakah aku ni dah jaga family aku seperti mana dia jaga dulu.
aku masih ingat sebulan dua sebelum dia pergi, dia ada suruh aku belajar pandu kereta.
sebab aku ni adalah sangat penakut nak drive.
tapi dia kata, belajarlah, senang kalau ada apa-apa.
and betullah tu. dia takde, of course aku kena drive.

aku masih ingat raya tahun lepas di mana aku "terpaksa' drive kereta pukul 2 pagi untuk hantar adik aku ke klinik. masa tu abah tidur. dan aku taknak kejutkan abah. sebab aku tau abah tak sihat sangat.
so, aku dan ibu yang hantar adik aku.
dan bila dah sampai klinik, ibu nak juga abah.
masa on the way nak ambil abah, aku menangis sepuas hati aku.
rupanya inilah yang dikatakan oleh arwah "senang kalau ada apa-apa".

ok. jangan sesedih, reena.

ok ni nak cerita malam tadi keluar berjimba dengan sayangs aku macam biasalah.
menghabiskan sisa-sisa hidup hakhakhak.
lepas tu masa nak keluar dari kedai makan tu gelap tau.
dah tu jalannya licin.
ambik kau, aku buat gimnastik kat situ terkangkang aku nasib baik sempat brek.
tapi lukalah lutut aku dan buku lali seliuh sikit.
dan wedges putus sebab efek brek mengejut.
dah tu lelaki-lelaki ahli masjid semua terkejut siap ada kata "ha sudah, dah jatuh"
ya pakcik, saya saja jatuh nak bagi show kat pakcik.
dari pakcik lepak sesaja saya bagi hiburan free.
tapi darah bukan main menitik nitik. aku yang tak tahan sakit ni apa lagi, rasa nak nangis.
tengok darah rasa nak pitam dah sekian.
sabar je lah.

bercerita pasal jatuh macam nangka busuk ni memang aku la juaranya kot.
ada sekali masa aku kerja swasta kat karak.
balik dah dekat nak maghrib.
masa tu Roy ambil. aku suruh dia jalan dulu sebab aku nak beli topup.
masa nak turun kedai topup tu aku termiss satu anak tangga.
apa lagi, terus jatuh bersujud aku.
kau tau abang yang beli topup tu kata apa *kebetulan abang tu client tempat aku kerja*
dia kata : eh reena kot ya pun nak solat, maghrib tak masuk lagi ni

hampeh betul. aku tengok Roy dah tercengang.
aku dah macam nak marah la kan sebab dia dah stat gelak.
bukannya nak tolong aku, tapi gelakkan aku lagi.
malu gila aku. cina kedai topup tu sengih je. 

tergelincir sebab selipar licin tak payah cakaplah kan. memang banyak kali wa cakap sama lu.
sebab tu sekarang aku sangat berhati hati bila berjalan.
tapi tu la dalam pada hati hati tu pun boleh jatuh malam tadi. haih.

haih.
aku dengan jatuh memang tak boleh dipisahkan lah.
takpelah. lepas ni kena hati hati gila gila.
maknanya hati hati sangat sangat lah.
tapi jatuh hati jatuh cinta takpe.
sebab best. eh.
lama dah tak jatuh cinta. eh, boleh?
huhuhuhuhu.

early Nov aku ke Seremban sebab ada persidangan.
ok bab persidangan tu aku tak kesah sangatlah.
cuma aku takut tak dapat catch up wedding kawan baik aku pada sabtu tu.
sebab jadi urusetia ni aku tak tau kerja banyak mana.
kalau ahad tu insyaAllah aku dapat attend.

oklah.
bye.


No comments: