Aug 3, 2012

Kerana tekak mengada tetiba je nak makan lauk pauk ni berbuka nanti

sejak dua menjak ni mood macam ke laut je. bukan macam dah, dah memang betul ke laut.
tapi dalam pada ke laut tu memekak juga dengan kak nora kat opis.
eh ingat lagi masa zaman sekolah. tingkatan dua kot.
masa tu biasalah, hormon tengah berkembang.
mulut asyik nak buat bising je dalam kelas.
dapat pula kengkawan sekepala. apa lagi, dapat surat layang la dari budak lelaki yang tak suka kitorang.
tapi ada aku kesah? bukan memekak kuat pun. pot pet pot pet tu biasalah.
ada tu siap cop kami geng bermasalah. bermasalah laaa sangat.
padahal cuma kaki bising je dalam kelas.


macam ni la aku. tiba ada mood nak berborak memang tak reti diam.
cer kalau dah moody, memang senyap je. kau cakap apa pun aku malas nak "sambut".


eh raya dah tak lama dah kan. tapi persiapan satu hape pun aku tak buat lagi.
hmmm. tak eksaited la nak sambut raya.
cuma eksaited sebab dah hampir ke hujung tahun *walaupun ada lagi 4 bulan*
tahun depan banyak yang aku rancangkan.
salah satunya, aku nak transfer balik pahang.
ikotkan memang taknak transfer lagi. sebab aku suka duduk perantauan *laaa sangat* macam ni.
seronok sebab bila balik je, ibu abah macam eksaited je. hehehe.
tapi sebab mengenangkan kesihatan ibu tak berapa baik lately.


so aku nak dekat dengan family.
pindah pahang tak bermakna aku duduk serumah dengan ibu abah.
maybe cari rumah berdekatan kan.
yelah, aku kan dah bekerja. takkan nak duduk rumah ibu lagi. tsskk tsskk.
eh tapi kalau rasa nak jimat duit baiklah duduk sekali. 
ngeeee ngeeeee omey tak kitewww gelak ngeeee?? pangggggggg.


tahun depan tahun yang mencabar kot ecewah macam fortune teller pula.
tapi aku dapat rasakan.
so better aku buat something yang aku rasa senang pada aku dan aku senang hati which is berdekatan dengan family. tapi apa-apa pun semua terletak pada kuasa Allah. kalau Dia tak izinkan, maka duduk je la aku disini.
sobssssssssss.


ohya, buka puasa di karak tu aku buat tau ayam berlada tu.
lepas tu ibu kata sedapppppp. huhuhu.
bangga woo sampai sekarang.
nanti nak buat lagi la.



hahah. kau tengok presentation hancur. tapi lantaklah. dah kata kat rumah.
takde maknanya aku nak hias lawa-lawa.
adik adik aku rakus kau tau. 
tapi nampak macam sedap tak? nampak tak? nampak tak?? *paksa kau angguk kepala*
antara lauk pauk favret aku ialah.


atas ni namanya sambal tempoyak campur. aku pun tak tau apa namanya.
ada sayur apa entah, tapi sedap. lepas tu letak terung kecik-kecik tu pun sedap.
selalunya orang letak petai. me don't like petai, so petai letak tepi atau letak dalam pinggan abah. huhuhu.
sedap ohhh *telan air liur*
seingat aku, setiap kali pi bazar dengan ibu mesti aku beli RM2 je sebab nanti tak habis.



yang atas ni pulok kerabu mangga aku beli kat bazar bentong. aku memang suka kerabu mangga. selalu aku beli yang maklong *sepupu abah * jual kat bazar bentong. tapi hari tu aku datang, dia tak menjual. so beli yang ni. tapi silap la, dia taruk bawang. terus mati selera aku. hasilnya, ke tong sampah. membazir betul aku ni :(


weee gulai lemak rebung. sukeeeee. aku suke rebung. tapi yang ibu masak lah. kalau beli tu makan la juga, tapi ibu buat lagi sedap.



pergggh peria goreng telur. peria adalah salah satu sayur kegemaran aku. selalu pergi bazar memang aku cari peria. tak pun, aku masak sendiri tengok pada tahap kerajinan :)


selera aku sooo kampung kan? dah duduk asal kampung mestilah selera kampung.
lainlah kalau dah duduk bandar, lahir di bandar, membesar di bandar dan takde kampung, barulah boleh kau nak feeling wah kau makan makanan kampung?? kagumnya aku.


tekak aku memang tekak kampung.
kalau KFC ke, Mekdi ke, ciken cop ke, spageti ke, aku memang tak gemor sangat.
dua bulan sekali boleh lah kot.
itupun kalau makan sikit ayam KFC mulalah loya semacam.
tapi cer kau bagi aku ratah kacang botol masak boddo, mesti aku ratah gitu je.
uiii terliur aku. hahahaha.


aku juga suka sangat makan ikan sungai. 
bagi budak bandar yang tak tau apa itu ikan sungai meh akak nak tunjuk hasil tangkapan ikan sungai yang akak tangkap tadi di sungai google.com.




tu la ikan sungai.
dulu abah rajin sangat pergi cari ikan sungai.
tapi sejak kes arwah pokde aku mati kat sungai, terus ibu haramkan abah ke sungai.
yelah, mati dimana-mana tapi taknak lah aku.
abah tau, aku suka ikan sungai. nak pulak kalau masak lemak cili api.
kalau ada yang bagi ikan ni, memang aku lah yang paling eksaited.
padahal ikan sungai je kot.
huhuhu.
so kalau nak bagi aku hadiah, bagilah ikan sungai. eh tetiba.
bukan apa, aku suka bila makan, aku pilih-pilih tulang.
ikan sungai kan banyak tulang. aku suka. mencabar. 


bulan puasa tak dapat lagi makan.
hari tu usha juga kat pasar pagi bentong tapi takde. 
mungkin kena pergi belah belah temerloh baru ada. amboi jauh kemain.


amboi ngidam macam mengandung je. a'ah mengandung. mengandungi lemak. ok tak kelaka.
tapi semua menu ni akan dapat direalisasikan di tekak bila di karak.
kat putrajaya ni tak kosser aku nak beli banyak sangat.
selalunya beli 2 jenis lauk je.
lauk tak kira lah ayam atau ikan.
tapi ikan pun tengok la jugak.
kalau ikan cencaru, talapia aku makan.
kalau ikan kembung nehiii aku alergi.
sayur? sayur semua aku tibai kecuali sawi. tekak masih belum terima sawi.


ok boleh dah ni stat cari resepi baru untuk dimasak di karak nanti.
choww bebeh

8 comments:

Suara Kalbu said...

Akak pun tak suka sawi.

Jom calit sikit :-)

kakchik@ella said...

KC tak pandai makan rebung. hehe.

Reena Kamarudin said...

kak suara kalbu :

yeahhh calit sikit ;)

Reena Kamarudin said...

kakchik ;)

heheh. sedap kak. cubalah.

cha said...

sedapnya. sume tu lauk feveret i maklumla i org kampung gak huhu. u org karak ke?

Reena Kamarudin said...

cha :

yeahhhh orang karak. hahah semangat

dilla nazri said...

Saya pun org karak..n member2 kat mrsm n utm dulu pun panggil saya karak..lol noob giler diorg sbb ingat karak tuh ada hiway x de org duduk..padahal karak lah tempat paling best kat muka bumi nih!!

~PILOT LOVER~ said...

sedapnyer semua :)