Aug 7, 2012

Kerana here and there Lee Chong Wei

topik hangat sekarang adalah badminton. subjek utama adalah Dato' Lee Chong Wei (DLCW).
aku berada di depan tv semasa game berlangsung. berseorangan.
menanti detik yang mendebarkan.
dan setelah set ke3, aku main tukar-tukar channel. sebab seram. sebab takut.
aku adalah sangat tak suka pada debaran.
bila aku tukar semula tv1, aku tengok Lin Dan sedang mendepakan tangannya dan berlari ke arah peminat.
so aku fahamlah maksudnya itu.
aku lihat DCLW terduduk lemah. kesian. sebak pun ada.

lalu aku tukar channel, pakai cardigan, sarung tudung, capai henfon, ambil RM5 dan turun bawah untuk ke kedai. beli eskrem. bukan baskin robbin ya, tapi eskrem singgit je.
tindakan spontan. kecewa? ya. sebab ni kejohanan besar dan set pertama DLCW menang.
tapi Lin Dan memang selalu buat kejutan di set kedua kan?
aku sedih masa tengok DLCW terduduk kecewa.
aku dapat rasakan *eleh macam terer dapat rasa-rasa* yang kesedihannya bukan saja kerana kalah secara peribadi dengan Lin Dan, tapi juga dia sedih kerana telah mengecewakan kita, rakyat Malaysia.

then  di Fb, pelbagai kata semangat diucapkan rakyat malaysia.
semua menyatakan satu perasaan, bangga dengan DLCW dan dia adalah wira kita.
aku tahu dia kesayangan ramai.
tapi aku tak pernah tahu dia terlalu disayangi sebegitu rupa sehinggalah game tempoh hari.
walaupun dia tak dapat pulang dengan emas, dia tetap wira kita kan kan kan?

tak lama lagi dia akan bersara.
siapa eh akan jadi pengganti dia. i mean, yang boleh mengharumkan nama malaysia.
dulu ada Hafiz Hashim menang All England *eh betul ke aku ingat-ingat lupa je ni*
gah nama dia time tu.
rasa macam, dia akan jadi legend.
tapi tiba-tiba, eh hilang dah engkau eh.
bukan hilang, tapi prestasi kurang. ewah macam rashid sidek kau ye reena.
aku tau la weh sikit-sikit pasal badminton cuma minat di angin lalu je.
aku dulu peminat tegar kartun anak-anak sidek tau. komik dia pun aku suka.
lepas tu aku tukang gantung raket abah dalam bilik bila dia balik main badminton.
aku juga merupakan tukang sibuk tepi gelanggang bila abah dan adik-adik main badminton tetiap malam.
jadi tidak syak lagi, aku memang ngam dengan badminton.
dulu aku suka lee wan wah sebab dia hensem. hikhikhik.



Pic ambik kat sini
selamat kembali Dato.
jangan sedih-sedih kay.
tak payahlah nak minta maaf kat kami.
kami cool.
kami bangga.
nanti kita buka puasa sama-sama ye. 

eh korang.
jangan asyik tumpukan pada DLCW je.
kita ada sorang lagi wira.
thepocketrocketman Azizulhasni Awang pun tengah kejar pingat tu. pingat kedua untuk negara.
kecik hati dia nanti.
gudluck awak ;) hahaha macam sedara je.
kbye.

4 comments:

Suara Kalbu said...

Dia tetap juara di hati akak. Dia kalah pun secara bermaruah.

Pada yang kondem dia sebab tak dapat bawak balik emas, suruh mereka jangan duduk Malaysia lagi dah

Kopi Susu said...

lee wan wah.....i loikeeee jugakkk......:)

Reena Kamarudin said...

kak suara kalbu :

yeahhhhhh reena pun tetap anggap dia wira negara sebab dia telah menyatukan rakyat malaysia secara tak sedar

Reena Kamarudin said...

layar lara :

yeke?? heheh gimme 5